Gaya Hidup

Syura Kongsi Wajah Terkini Bayi Lelaki, Kecomelan Umar Eussof Usia 2 Bulan Raih Perhatian!

Comelnya anak bongsu Syura Badron! Selamat melahirkan bayi lelaki secara normal pada 13 Mac lepas, pelantun lagu Nazam Berkasih ini sepakat menamakan anak comelnya Muhammad Umar Eussof.

Meniti usia dua bulan, peminat setianya nyata teruja melihat permata hati penyanyi kelahiran Johor berkenaan.

Menerusi perkongsian di Instagram baru-baru ini, pemilik nama Zuraidah Badron ini meluahkan rasa syukur ibadah akikah untuk anak tersayang berjalan lancar.

Kredit Instagram @syurabadron
Kredit Instagram @syurabadron
Kredit Instagram @umareussof

“Happy 2 months old sayang mommy daddy. Semoga Umar terus membesar dengan sihat dan bijak. Jadi anak yang soleh ye sayang. Korang rasa Umar Eussof ni ikut muka siapa? Mommy ke daddy dia?”

Pada November tahun lalu, Syura memuat naik video sambutan hari lahir suami tercinta sambil mengumumkan berita kehamilan di platform media sosial.

Dia yang kini berusia 37 tahun melahirkan anak keempat selepas kali terakhir bersalin kira-kira 12 tahun lepas. Selebriti wanita ini sah bergelar isteri kepada Muhammad Farizat pada 22 Januari 2022 dan merupakan perkahwinan keduanya.

Kredit Instagram @syurabadron
Kredit Instagram @syurabadron
Kredit Instagram @syurabadron
Kredit Instagram @syurabadron

Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin namun berpisah pada Ogos 2015.

Hasil perkongsian hidup itu, dia dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, 16 tahun; Nur Qaisara Sofia, 14 tahun; dan Muhammad Irfan Aryan berusia 12 tahun.

Selain terima jemputan menyanyi dan berlakon, Syura juga mengusahakan bisnes Tart Nanas Premium. Malah, dia turut rajin menyertai festival jualan bersama-sama rakan artis yang lain.

Pelakon Aida Aris pun rancak buat bisnes https://www.nona.my/aura-cantik-aida-aris-bakat-lakonan-masih-berbisa-makin-rancak-bisnes-makanan/

Pada hujung Mei nanti, dia turut serta dalam Starvendors Foodstival Melaka. Syura juga pengasas Charmant Beauty dan Bekal Mak Kiter by Syura Badron.

 

 

IKLAN
Share