Mula Berniaga Dari Zaman Sekolah, ERRA FAZIRA Dedah Pernah Jual & Buat Keropok Sendiri!

Mula Berniaga Dari Zaman Sekolah, ERRA FAZIRA Dedah Pernah Jual & Buat Keropok Sendiri!

Wah, tak sangka rupa-rupanya Erra Fazira sudah mula meminati bidang perniagaan sejak di bangku sekolah lagi. Tatkala ditanya kerjaya impian Erra sekiranya bukan bergelar artis, ibu kepada Engku Aleesya ini memberitahu dia mungkin menjadi seorang ahli perniagaan.

“Saya rasa saya akan menjadi seorang businesswoman. Sebab saya suka berniaga. Dari saya kecil lagi saya dah berniaga. Kecil-kecil dulu saya pergi sekolah.. saya berniaga keropok. Sayalah yang menggoreng, cabut sendiri ubi kayu dan segala-galanya saya buat sendiri.”

Ternyata, impian tersebut bukan omong kosong sebab aktres jelita ini berjaya membuktikan dia mampu memiliki empayar niaga sendiri melalui penghasilan jenama tudungnya, Rara by Erra Fazira dan Rara Cookies. Khabarnya, perniagaan tudung Erra ini juga telah bermula secara kecil-kecilan sebelum dia mengenakan hijab lagi.

Disifatkan sebagai seorang wanita yang berdikari, Erra yang kini berstatus ibu tunggal enggan melihat perkara itu sesuatu yang menyukarkan. Sebaliknya, melontarkan kata-kata semangat ini buat semua wanita yang melalui nasib sama seperti dirinya.

“Jangan menghempas diri.. kita kena bangun. Kita tak ada orang lain untuk kita nak bersandar. Jadi, semua sandaran tu hanya kepada kita. Maka bangunlah. Kita ketepikan tanggapan orang lain terhadap kita. Tapi kadang-kadang yang paling sakit itu adalah tanggapan daripada keluarga atau saudara-mara sendiri.

Tapi tak apa, itu semua cliche. Kita buktikan bahawa ibu tunggal boleh membesarkan anak, boleh hidup dengan baik.. boleh didik anak dengan baik. Yang penting, kita balance dunia akhirat,” terang Erra ketika menjadi penghias muka depan Nona Edisi Oktober 2018.

 

OKI SETIANA DEWI Terharu Anak Jadikan Dirinya Inspirasi & Setia Menemani Ke Majlis Ceramah!

OKI SETIANA DEWI Terharu Anak Jadikan Dirinya Inspirasi & Setia Menemani Ke Majlis Ceramah!

Pasti hati Oki Setiana Dewi berbunga riang saat anak perempuan sulungnya, Maryam Nusaibah Abdullah meluahkan rasa kagum terhadap dirinya. Masakan tidak, walaupun baru berusia tiga tahun… anak kecil ini sudah bijak mengenali peribadi si ibu dan setia menemani Oki ke majlis-majlis agama.

Seakan memahami tanggungjawab dan tugas ibunya sebagai pendakwah terkenal di Indonesia, Maryam yang merupakan kakak kepada dua beradik yang lain kelihatan sangat tenang berada di sisi setiap kali Oki menyampaikan ceramah di depan ratusan penonton. Jelas isteri kepada Ory Vitrio ini, meskipun Maryam sudah biasa mengikutinya ke majlis ilmu namun dia juga seringkali menunduk malu terutama apabila melihat khalayak yang ramai.

Maryam setia berada di sisi ibunya ketika menyampaikan ceramah

Berkongsi perbualan di antara dirinya dan Maryam tidak lama dulu, Oki yang merupakan ibu kepada tiga orang anak sama sekali tidak menyangka dirinya menjadi tumpuan dan ikutan oleh anak sendiri. Membahasakan dirinya sebagai Umma, personaliti berusia 37 tahun ini memberitahu, “Sebelum tidur tadi, saya berbincang dengan Maryam. “Kalau sudah besar mahu jadi apa, nak?” Dia menjawab dengan jawapan yang membuat saya sangat terharu, “Mahu jadi seperti Umma..”

Maka saya katakan, “Maryam tidak akan seperti Umma. Maryam akan jauh lebih baik dari Umma. Hafal 30 juz, menguasai Bahasa Arab, Inggeris dan bahasa lainnya, ajak orang untuk dekat pada Allah. Makanya dari sekarang, Maryam kena pintar mengaji ya.” Lalu dia menjawab dengan manjanya, “Tapikan.. penatlah mengaji.”

Saya pun menjawab, “Kan kalau kakak penat, Umma yang mengaji. Kakak dengar saja atau Umma membaca di depan, kakak ikut baca di belakang.”

Besarnya kasih sayang si ibu. Dalam keadaan anak yang masih kecil dan tidak menentu emosinya, Oki tahu apa cara yang terbaik untuk menaikkan kembali semangat permata hatinya. Butir bicaranya penuh kelembutan.. menerbitkan rasa lega dan tenang tatkala mendengar nasihatnya.

Tidak perlu terlalu berkeras dan memaksa anak-anak melakukan perkara yang kurang disukai mereka. Sebaliknya, sebagai ibu bapa.. perlu kreatif mendidik mereka dengan mempraktikkan reverse psychology seperti yang dilakukan Oki ini. Jika usaha kali pertama tidak berjaya, usah mengalah dan teruskan mendidik hingga mereka meminati perkara tersebut.

Maryam bersama adiknya, Khadeejah

Apa yang jelas, pendekatan yang diterapkan Oki berjaya menambat hati Maryam untuk menuruti kata-katanya. Ucap anak pintar itu, “Nanti kalau kakak rajin mengaji, Umma sayang kakak ya.”

Oki Setiana Dewi dan suami, Ory Vitrio sah bergelar suami isteri pada tanggal 12 Januari 2014. Hasil pernikahan selama lebih empat tahun, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata comel iaitu Maryam Nusaibah Abdullah, Khadeejah Faatimah Abdullah dan Ibrahim Muhammad Abdullah.

 

 

 

 

Akui Pernah Ketagih Media Sosial, Kini LAUDYA CYNTHIA BELLA Lebih Matang!

Akui Pernah Ketagih Media Sosial, Kini LAUDYA CYNTHIA BELLA Lebih Matang!

Memang bahaya bila sudah ketagih media sosial ini. Mana tidaknya, sebab terlalu ralit tengok foto dan kehidupan orang lain.. banyak benda yang patut dilangsaikan tertunda. Sampai tak perasan, sudah berjam-jam ‘hadap’ media sosial saja. Itulah juga situasi yang pernah dialami selebriti Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Mengakui lebih selektif mengemaskini media sosial, Bella tanpa selindung berkongsi apa yang pernah dilaluinya tidak lama dulu.

“Rasa tak kalau ketagih media sosial? Kalau aku ‘iya’. Beberapa minggu ini aku lagi sangat memikirkan soal media sosial. Sering sangat lupa melakukan sesuatu kerana buka IG.. bangun tidur lihat update orang, mahu tidur lagi santai.

Ya Allah kenapa tak sihat ya jadinya and now I can control my level of activity anytime I want. Ternyata hanya diri kita sendiri yang mampu kawal.”

Tambah Bella lagi, dia sama sekali tidak menyangka tindakannya yang tidak memuatnaik posting di media sosial untuk beberapa ketika mencetuskan pelbagai reaksi daripada peminat. Hingga ada yang membuat anggapan isteri Engku Emran ini tidak bahagia.

“Aku sangat terkejut bila ramai yang bertanyakan kepada aku, ‘Bell, tak happy ya?’, ‘Kenapa tak pernah posting?’, ‘Bella ada masalah ya, kenapa tak update?’.. Well, aku jawab ya. Kerana menurut aku kebahagiaan seseorang tidak boleh diukur dari media sosial.

Kita tak posting bukan bererti tak bahagia. Boleh jadi kerana lebih sibuk dengan hal-hal dan keutamaan hidup yang lain sehingga tak punya waktu untuk berurusan dengan media sosial. Bagaimana pun setiap orang punya kepentingannya masing-masing.”

Enggan terus terbuai dengan keasyikkan dunia tanpa sempadan ini, Bella menitipkan pesan berikut. Ujarnya, “So, don’t judge people based on social media.

Jadi sebagai pengguna media sosial, sekarang aku memilih menggunakannnya untuk kerja dan sharing yang bermanfaat. InshaAllah.”

Sambil menggunakan hashtag ‘Don’t Be Fake, Be Real’, Bella nyata lebih matang menjalani hidupnya sebagai isteri dan juga selebriti. Walaupun media sosial adalah keperluan bagi golongan artis hari ini namun ada sesetengah perkara yang perlu disimpan kemas daripada pengetahuan khalayak.

Moga perkongsian Bella ini memberi manfaat kepada semua pengguna media sosial yang lain. Apa yang pasti, jangan disebabkan media sosial.. institusi kekeluargaan dan hubungan sesama insan terjejas.

Instagram: Laudya Cynthia Bella

Terpaku Tengok Koleksi Beg Tangan Hermes FAZURA, Bermacam-Macam Warna & Jenis!

Terpaku Tengok Koleksi Beg Tangan Hermes FAZURA, Bermacam-Macam Warna & Jenis!

Banyaknya beg tangan Fazura. Bukan calang-calang jenama pula tu. Label Hermes ini dikategorikan sebagai jenama mewah dan antara yang paling mahal di dunia! Sebuah beg tangan Hermes Birkin sahaja dianggarkan bernilai lebih RM30, 000 manakala koleksi eksklusif pula boleh mencecah jutaan ringgit. Fuh, betullah macam kebanyakan orang cakap.. umpama menjinjit ‘banglo’ di tangan.

Terkenal dengan jolokan ikon fesyen, tidak hairanlah penampilan isteri Fattah Amin ini sering menjadi buruan lensa kamera dan pandangan peminat. Pakai T-Shirt dan seluar jeans saja pun mampu buat orang menoleh beberapa kali.. inikan pula kalau bergaya fesyen mewah. Semuanya nampak perfect di tubuh Fazura!

Apa yang pasti, Fazura tergolong dalam kelas tersendiri. Tanpa solekan tebal dan aksesori sarat, dia mampu menyerlahkan aura dan pesona diri. Minimalis tapi tetap memukau.

Paling menarik perhatian, koleksi beg tangan mewah Birkin milik Fazura ini. Macam-macam saiz dan warna dia ada.

Terbaru, Fazura juga dilihat menggunakan beg luggage Goyard. Satu lagi jenama mewah dan mahal harganya.

Selain Birkin, pemilik butik Fazbulous by Fazura ini memiliki beberapa lagi beg tangan Hermes. Yang ni jenis Kelly pula. Nah, ini buktinya!

Tidak cukup dengan itu, Hermes Constance pun turut berada dalam simpanan jelitawan ini. Aduh, pitam tengok beg tangan Fazura. Kalau dihitung, boleh cecah jutaan ringgit juga tu.

Bagi Nona.. tiada salahnya pun kalau Fazura hendak bergaya mewah. Lagipun dia mampu dan berkerja keras untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Mungkin ini salah satu cara Fazura reward diri sendiri setelah berhempas-pulas menaikkan kerjaya.

 

Foto: Instagram Fazura

 

Netizen Puji Gaya Percutian ANZALNA NASIR, Cantik From Head to Toe!

Netizen Puji Gaya Percutian ANZALNA NASIR, Cantik From Head to Toe!

Cantik, gorgeous dan style! Anzalna Nasir sememangnya seorang wanita yang bukan saja memiliki raut wajah sempurna bahkan mempunyai cita rasa fesyen yang sedap mata memandang. Apa saja yang tersarung di tubuhnya nampak cantik terletak!

Walaupun ketika menikmati percutian.. Anzalna bijak menentukan gaya agar tidak kelihatan keterlaluan. Pendek kata, from head to toe menarik.

Mempunyai 2.5 juta followers di Instagram, perkongsian foto percutian Anzalna ke Switzerland baru-baru ini meraih perhatian peminat. Rata-rata mereka termasuk rakan selebriti memuji gaya fesyen Anzalna semasa bercuti bersama suami tercinta, Hanif Zaki.

Dengan rambut hitam mengurai dan susuk tubuh langsing, Anzalna tidak ubah seperti supermodel. Lagaknya macam model antarabangsa yang sedang photoshoot kempen jenama mewah!

Iyalah, rugi rasanya kalau tak potretkan keindahan negara dilawati untuk kenangan. Lagipun, Switzerland memang terkenal dengan tarikan pemandangan semula jadi dan pelancongan mahal.

Jadi bila dapat peluang macam ini.. kena manfaatkan betul-betul.

Reaksi peminat Anzalna

Reaksi peminat Anzalna

Sebelum tiba di Switzerland awal Oktober lalu, Anzalna juga berada di Paris untuk photoshoot mekap Loreal dan sempena menghadiri Paris Fashion Week. Seronok Anzalna.. sambil bekerja dapat bercuti.

Selain berbakat dalam fesyen, finalis Dewi Remaja 2009/2010 ini juga sebenarnya pandai melukis. Memang terpegun tengok karya seni Anzalna. Lebih bermakna, setiap hasil jualan lukisan diagihkan untuk tujuan kebajikan.

Lukisan Anzalna

Sudahlah cantik, bergaya.. berhati mulia pula tu Anzalna ni. Untung suami!

Kredit Foto: Instagram Anzalna Nasir

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: