Tindakan Wan Emir Astar kongsi foto Mira Filzah masa kecil sempena birthday pelakon cantik itu baru-baru ini nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata mereka mengakui wajah anak mereka iaitu Wan Khair Amir seiras ibunda tersayang!
Kalau amati betul-betul foto Mira Filzah masa kecil, memang Wan Khair miripnya. Comel sangat!
2 April lalu merupakan ulang tahun kelahiran yang ke-31 buat bintang Pujaan Hati Kanda ini. Seiring pertambahan usia, jelas terserlah kematangan Mira Filzah. Apatah lagi selepas bergelar isteri dan ibu.
Berkongsi sambutan hari lahir di samping keluarga di media sosial, kelihatan pengasas jenama hijab Mira Filzah tersebut anggun dalam persalinan peach. Sementara suami dan anak tersayang pula segak berkemeja putih sedondon.
Menerusi perkongsian Wan Emir, anak sulung kepada Datuk Mastura Yazid ini tidak ketinggalan menitipkan ucapan hari lahir buat isteri tercinta.
“My love Nur Amirah Filzah, kekasihku dunia dan akhirat, syukur alhamdulillah; another year another birthday of you. Wiser and even more graceful than ever before; and I say this because I am a witness to the amazing mother and loving wife that you are. Truly Ya Rabb, I am grateful to have her as my companion in life.
Setiap tahun, lebih-lebih lagi pada hari kelahiranmu, harus dititipkan rasa penghargaan yang tak ternilai buat Mak dan Abah kerana membawa Angah ke muka bumi ini, dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Terima kasih Mak Abah, kami sayang Mak Abah.
Kepada Allah SWT ku pohon, agar diriMu sentiasa berada dalam perlindungan, rahmat, dan keredhaanNya.
Saya juga memohon kebaikan sahabat semua agar mendoakan Mira — moga panjang umur, kesihatan berpanjangan, selamat dan berjaya di dunia dan akhirat bersama keluarga, aamin YRA. Selamat Ulangtahun Kelahiran Kekasihku Mira Filzah.”
Selebriti jelita ini mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Wan Khair Amir pada 10 Mei 2022.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Suhana Khan yang merupakan satu-satunya anak perempuan bintang terkemuka Bollywood, Shah Rukh Khan dan Gauri Khan ini memasang impian untuk menjadi pelakon hebat seperti bapanya. Barangkali kerana sering melihat Shah Rukh Khan berlakon sejak kecil membuatkan dia mahu mengikut jejak langkah bapa tersayang.
Suhana yang bakal meniti usia 22 tahun pada 22 Mei depan dilahirkan di Maharastra, India. Dia ialah anak kedua bagi pasangan selebriti popular India berkenaan. Suhana turut mempunyai seorang abang iaitu Aryan Khan dan adik lelaki, Abram Khan.
Bersandarkan status sebagai anak selebriti dan keluarga kaya di India, Suhana sering menjadi tumpuan paparazzi di sana. Selain wajah cantiknya yang dikatakan seiras Shah Rukh Khan menjadi bualan ramai, Suhana mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi penghias muka depan majalah Vogue India ketika dia baru berusia 18 tahun. Lain macam aura anak Shah Rukh Khan ni!
Meskipun agak terganggu dengan tumpuan luar biasa yang diterima daripada media, Suhana tetap mahu dikenali dengan kemampuan diri sendiri tanpa dikaitkan dengan kejayaan bapa dan ibunya.
Terbaharu, Suhana dilaporkan pulang ke rumah keluarganya di Mumbai selepas menyambung pengajian dalam bidang filem di Tisch School of the Arts di New York University. Dia sebelum ini tamat belajar di Ardingly College di London selepas menyambung pelajaran selama empat tahun di sana.
Suhana sebelum ini pernah meluahkan hasratnya untuk menjadi pelakon seperti bapa tersayang. Bagaimana pun, aktor terkemuka Bollywood itu meletakkan syarat agar anak gadisnya itu menamatkan pengajian dahulu sebelum dibenarnya menceburi industri seni.
Ujar Shah Rukh Khan kepada media Femina, “Suhana boleh menjadi pelakon jika dia mempunyai minat dan keberanian untuk bekerja lima kali lebih sukar daripada saya dan dibayar kurang daripada sepuluh kali seperti yang saya dapat.
Jika senario industri bagi pelakon wanita di Bollywood masih tidak berubah. Saya mahu dia merasai apa yang pelakon wanita seangkatan saya pernah lalui.”
Memetik laporan Hindustan Times, Suhana menyertai Aryan Khan minggu ini untuk sesi mendapatkan khidmat pemain Indian Premier League di Bengaluru. Dua beradik ini mewakili bapa mereka yang merupakan pemilik pasukan Kolkata Knight Riders. Selain Aryan dan Suhana, sesi ini turut disertai anak pelakon jelita Bollywood, Juhi Chawla.
Di samping meminati dunia seni, Suhana ialah pelajar aktif ketika zaman persekolahannya dan pernah memenangi pertandingan sukan khususnya kriket, football dan taekwondo. Dia juga berbakat dalam seni tarian dan menggemari gaya tarian pop.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahukah anda, otak adalah organ yang sangat penting dalam tubuh manusia. Otak manusia mengawal seluruh pergerakan manusia seperti buah fikiran, gerakan, refleksi terhadap cahaya atau sentuhan. Otak merupakan mesin organik yang sangat kuat dan berfungsi sebagai storan penyimpan data, gambar, teks dan sebagainya dalam jumlah yang tidak terhitung.
Otak tidak pernah berhenti bekerja walaupun dalam tidur. Oleh itu, otak perlu dipelihara dengan teliti dan memberi makanan yang terbaik untuk otak. Rupa-rupanya, ada makanan yang terbaik untuk otak. Nak tahu apakah ia?
Avokado
Avokado kaya dengan sumber antioksida termasuk vitamin E dan vitamin C. Buah avokado dikatakan buah yang terbaik diambil untuk mengelakkan penyakit alzheimer. Walaupun avakado terkenal dengan buah yang tinggi kandungan lemak tetapi sumber lemak yang terdapat di dalamnya tergolong lemak monotaktepu yang membantu melancarkan peredaran darah. Apabila pengaliran darah dalam tubuh berada dalam keadaan baik, ini bermakna otak juga berada dalam keadaan sihat. Tekanan darah tinggi adalah faktor risiko daripada penurunan kualiti kemampuan kognitif. Sumber yang terkandung dalam avokado mampu menurunkan tekanan darah dan relatifnya meningkatkan kesihatan otak secara keseluruhan.
Beri biru
Pigmen di dalam buah ini kaya dengan khasiat antioksida serta vitamin C dan E. Buah ini juga mengandungi kepekatan pati antosanin flavonoids yang mengandung zat antibakteria dan juga mampu membantu menurunkan kolesterol. Beri biru juga terbukti memiliki antioksidan tertinggi, dan mengandung zat yang mampu melindungi kerosakan otak yang disebabkan oleh zat kimia, plak, maupun trauma. Malah beri biru mengandungi sejenis sebatian yang membantu melindungi daripada sakit jantung, kanser dan gejala penyakit berkaitan usia seperti kabur penglihatan dan hilang daya ingatan jangka pendek.
Brokoli
Manfaat menakjubkan daripada sayur brokoli iaitu mampu meningkatkan kecerdasan otak. Brokoli kaya akan vitamin K yang dapat meningkatkan fungsi kognitif dan mempertajam fikiran. Selain itu, kandungan zat kolin yang tinggi juga sangat penting untuk perkembangan sel-sel didalam otak Anda. Dengan mengkonsumsi brokoli ini akan meningkatkan stamina dan kinerja otak. Brokoli juga dikatakan tinggi kadar lutein yang boleh membantu otak berfungsi dan meningkatkan kecerdasan otak.
Telur
Telur ayam mengandungi vitamin B dan zat aktif kolin yang sangat bermanfaat untuk kesihatan otak. Kedua-dua zat ini sangat produktif dalam meningkatkan membran sel dalam produksi minyak otak. Apabila mengambil telur ayam dalam pemakanan dengan bahagian yang betul secara konsisten akan meningkatkan kesihatan dan prestasi otak. Antara manfaat yang penting dengan mengambil telur dalam pemakanan harian adalah tidak mudah lupa.
Ikan salmon
Manfaat ikan salmon yang paling utama ialah menjaga kesihatan otak. Ini termasuk meningkatkan fungsi kognitif dan memori. Ikan salmon mengandungi asid lemak omega-3 yang tinggi dan juga terdapat zat lain seperti selenium, vitamin A, dan vitamin D yang berperanan sebagai antimurung dan mencegah kerosakan sistem saraf. Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa omega-3 dalam ikan salmon membantu mencegah penyakit Parkinson dan Alzheimer.
Sayur-sayuran hijau
Sayur-sayuran hijau tinggi kandungan nutrisinya dan dikatakan sebagai makanan yang mempunyai keajaiban untuk mencegah kanser. Sayur-sayuran seperti bayam, kale dan lobak merah begitu berkuasa untuk kesihatan otak. Sebuah kajian dari University of Illinois mengatakan bahawa lutein, pigmen yang ditemui dalam sayuran berwarna hijau gelap membantu mempertahankan fungsi kognitif dan ketajaman mental usia otak.
turmeric-3251560_1920.
Kunyit
Memang ada banyak makanan yang dapat membuat otak cerdas dan daya ingatan yang baik. Ternyata kunyit memiliki manfaat yang sangat istimewa apabila mampu meningkatkan daya ingatan. Kunyit mampu mencegah penyakit alzheimer dan terjadinya penurunan kemampuan otak. Kunyit juga berupaya meningkatkan kemmapuan berfikir, memahami, mengingat dan belajar melalui kandungan curcumin yang kaya dengan antioksida dan anti radang. Kunyit juga dikatakan boleh membersihkan plak di otak dan mencegah sel-sel otak pecah akibat penuaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Untung orang perempuan yang dikurniakan kecantikan semula jadi ini. Tak perlu hendak susah-payah jaga kecantikan dari hujung rambut sampai hujung kaki atau pakai mekap keterlaluan untuk ‘tutup’ kekurangan. Dengan gaya sederhana pun, kalau dah memang cantik.. tetap manis saja dipandang.
Samalah juga macam Pengasas MERVE Cosmetics, Joy Revfa. Dilahirkan sebagai seorang wanita yang sedia cantik, penampilan Joy nyata telah lama mencuri tumpuan ramai. Bahkan, dia juga pernah melalui situasi berkenaan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Bukan kanak-kanak lelaki yang cuba mendekati Joy. Sebaliknya dia sering diperhatikan golongan guru sekolah.
Berkongsi pengalaman yang dilalui hampir 2 dekad lepas, Joy dilihat cukup terbuka memaparkan sisi zaman remajanya.
“Terjumpa photo-photo darjah 6 (12 tahun) waktu sekolah rendah dulu tahun 1999. Saya lah tu yang bertudung biru, waktu ni selalu cikgu fikir saya datang sekolah pakai lipstick. Padahal memang bibir dah macam tu sebab dulu suka scrub bibir pakai gula pasir dan madu.
Tu yang kekal bibir jadi merah. Last-last cikgu yang tiru petua saya tu dekat rumah.”
Rupa-rupanya senang je hendak miliki bibir sihat & cantik ni. Guna bahan-bahan segar dan organik .. InshaAllah, menjadi.
Petua Tradisional Agar Bibir Sihat, Merah & Menarik
Bibir mungil dan berwarna merah delima sememangnya menjadi dambaan setiap wanita. Bagi mereka yang alah kepada produk kosmetik atau bahan kimia yang terkandung dalam pembuatan gincu bibir.. ada cara yang lebih selamat digunakan agar bibir kembali menawan. Meskipun tanpa secalit lipstick!
Selamat mencuba!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jumaat Terakhir Rejab mengingatkan umat Islam tentang malam Israk dan Mikraj. Ketahui 3 amalan ringan yang sahih dan menenangkan jiwa, khusus buat wanita.