Cuaca panas terik akhir-akhir ini mengundang rasa tak selesa. Walaupun duduk dalam bilik berhawa dingin, bahang panas masih terasa. Inikah dinamakan strok haba?
Ramai juga yang masih kurang peka dengan kehadiran cuaca panas melampau yang dijangka berlarutan sehingga Mac nanti. Sana-sini berita menyarankan agar segala aktiviti luar dikurangkan atau dibatalkan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan. Jom kita lihat apa itu strok haba.
Siapa berisiko mendapat strok haba?
Ads
Warga emas
Wanita hamil dan menyusu
Kanak-kanak dan bayi
Orang yang jarang minum air
Simptom strok haba
Mula sakit kepala
Kurang berpeluh walaupun cuaca panas
Kulit menjadi merah, panas dan kering
Kejang otot
Muntah-muntah
Degupan jantung terlalu lemah atau terlalu kencang
Sukar bernafas
Pitam atau pengsan
Langkah mencegah strok haba
Ads
Gunakan baju longgar dan ringan. Ia membolehkan tubuh untuk sejuk dengan baik.
Lindungi kulit dari selar matahari. Gunakan sapuan SPF tinggi agar kulit anda terus dilindungi.
Minum banyak air. Lebihkan kuantiti minum air kosong. Elakkan ais dan minuman bergula ya.
Sediakan ubat sesuai. Selain ubat-ubatan yang disyorkan doctor, anda juga boleh mnegambil suplemen tambahan.
Jangan tinggalkan sesiapa di kawasan parkir. Prihatin dengan penumpang di dalam kenderaan. Jangan biarkan mereka ditinggalkan terlalu di kawasan parkir yang tidak berbumbung.
Aura dan wajah cantik Kristine Hermosa dalam drama popular Filipina, Pangako Sa’yo suatu masa dulu masih terpahat kemas di hati peminat hingga sekarang meskipun sudah lebih dua dekad berlalu.
Pernah mencipta fenomena di Malaysia menerusi rantaian drama bersiri tersebut, Kristine kembali digandingkan bersama aktor utama Pangako Sa’yo iaitu Jericho Rosales menerusi Sanay Wala Nang Wakas sekitar tahun 2003.
Kristine yang bakal meniti usia 39 tahun pada September nanti kini menikmati hidup bahagia di samping keluarga tersayang. Tidak hanya dikurniakan seorang suami yang romantik dan penyayang, Kristine cukup bertuah kerana turut mempunyai empat cahaya mata yang comel dan bijak!
Lebih istimewa, aktres yang dilahirkan di Masbate, Filipina ini menimang cahaya mata kelima pada 3 Ogos 2021. Memang jelitawan Filipina ini suka keluarga besar!
Difahamkan isteri kepada Oyo Sotto ini menamakan anak kelima mereka Vittorio Issac.
Kristine dan Oyo Sotto berkahwin pada Januari 2011 selepas lebih setahun bercinta. Pasangan ini juga mula berkenalan pada tahun 2004 ketika sama-sama menjayakan drama ‘Enteng Kabisote’. Oyo merupakan anak kepada pelakon komedi veteran Filipina, Vic Sotto.
Sebelum berkahwin, Kristine dan Oyo nekad mengambil seorang bayi lelaki sebagai anak angkat mereka yang diberi nama Kristian Daniel Sotto yang kini berusia 15 tahun. Mereka kemudian menerima kehadiran anak kandung sulung, Ondrea Bliss Sotto pada tahun 2011.
Tiga tahun berikutnya, Kristine melahirkan Kaleb Hanns Sotto dan Marvic Valentin Sotto II pada tahun 2016.
Ini merupakan perkahwinan kedua Kristine. Terdahulu, Kristine pernah berkahwin dengan Diether Ocampo namun bercerai pada tahun 2009.
Pemilik nama Kristine Hermosa Orille-Sotto ini mula bergelar anak seni sejak tahun 2000 dan merupakan anak kedua daripada empat beradik. Difahamkan Kristine mewarisi kecantikan ibu tersayang yang mempunyai darah kacukan Sepanyol sementara bapanya pula berketurunan Filipina – Cina.
Sumber: News ABN CBN
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pastinya Yang Teramat Mulia (YTM) Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra kini sedang menghitung hari bergelar ibu. Dalam perkongsian di Instagram miliknya, isteri YTM Tengku Mahkota Kelantan ini kelihatan sarat hamil dan berseri-seri.
Tanggal 6 Jun lalu merupakan ulang tahun kelahiran Che Puan Sofie yang ke-37. Berkongsi perkembangan terkini bersama followers, beliau tampil anggun dalam persalinan jubah rona biru lembut dan berselendang.
Jelas terserlah wajah ‘glowing’ ibu hamil ini. Walau usia kandungan memasuki trimester tiga namun beliau kekal ceria dan mesra melayan rakyat jelata terutamanya ketika sambutan Aidilfitri lepas.
Sudah tentu pasangan ini menanti-nantikan detik kelahiran cahaya mata sulung mereka selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Bersempena ulang tahun hari kelahiran, kongsi wanita cantik ini, “Happy birthday song, cake and flowers, what a lovely way to start the day together with my wonderful husband. Junjung kasih for always being there.”
Che Puan Sofie Louise Johansson Petra bergelar isteri YTM Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra pada 19 April 2019. Menginjak usia perkahwinan keempat, pasangan diraja ini bakal bergelar ibu dan ayah tidak lama lagi.
Difahamkan Che Puan Sofie ialah kenalan lama Tengku Mahkota Kelantan dan mereka bertemu di England.
18 Mac lalu, jelitawan ini mengumumkan berita kehamilan anak sulung dan dijangka bersalin Julai depan.
Beliau yang berasal dari Sweden berjaya menambat hati khalayak dengan penampilan yang anggun dan sopan.
Biarpun bukan dilahirkan di Malaysia dan menjalani perbezaan budaya sebelum bergelar suri hati Tengku Mahkota Kelantan namun bijak menyesuaikan diri.
Semoga ratu hati Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ini dikurniakan kesihatan yang baik dan urusan bersalin kelak berjalan lancar.
Seiring bertambahnya usia, ulang tahun bukan lagi saat untuk bergembira seperti ketika kita masih di zaman kanak-kanak mahupun remaja. Kita seharusnya mula beradaptasi dengan setiap perubahan yang berlaku terhadap tubuh seiring bertambahnya usia.
Ketahuilah bahawa dengan mengenali perubahan-perubahan yang terjadi pada tubuh dapat membantu kita untuk bersiap sedia seterusnya lebih menyayangi tubuh kita sendiri.
USIA 30-AN
Secara semulajadi, proses berkurangnya hormon adalah bermula pada usia 30-an. Kadar metabolisma akan menurun sekurang-kurangnya empat ke lima peratus pada setiap tahun. Manakala berat badan pula akan semakin bertambah meskipun seseorang itu rajin bersenam mahupun sentiasa menjaga pola pemakanannya agar tidak berubah sejak usia 20-an.
Peratusan lemak tubuh pula mencapai 25 peratus yang biasanya terkumpul di bahagian punggung, paha dan perut. Lemak ini sangat penting semasa kehamilan namun setelah melahirkan lemak-lemak ini akan lebih cenderung untuk terkumpul di sekitar perut bahagian bawah. Selain itu, terjadinya juga pengurangan massa otot.
Pembentukan sel kulit baru turut berkurangan saat melebihi usia 35 tahun. Ketika ini munculnya kedutan-kedutan terutama jika seseorang itu gemar merokok serta sering terdedah atau kerap bekerja di bawah sinaran matahari tanpa memakai krim tabir suria secara teratur sejak usia 20-an.
Pada awal hingga pertengahan 30-an, kaum wanita akan mudah mencapai puncak seksualitinya atau orgasme. Ini adalah kerana terdapatnya rasa percaya diri, percaya pada pasangan serta akumulasi pengalaman.
USIA 40-AN
Usia ini merupakan fasa di mana kaum wanita yang memiliki anak sibuk dengan aktiviti mendidik serta merawat. Metabolisma akan terus menurun. Tanpa senaman yang teratur tubuh akan kehilangan sekurang-kurangnya 250 gram massa otot setahun, sementara lemak pula akan bertambah tiga kali ganda.
Disebabkan oleh kadar estrogen yang terus menurun, kolagen atau protein berisi serat halus dan elastin iaitu protein yang membentuk bahagian utama jaringan serat elastik pada kulit berkurangan sehingga kulit mulai mengering, tidak anjal seterusnya semakin banyak kedutan yang muncul. Berkurangnya elastisiti turut terjadi pada kanta mata yang menyebabkan menurunnya daya penglihatan.
USIA 50-AN
Usia ini merupakan bermulanya fasa menopaus bagi kaum wanita. Ketika ini terdapat segelintir kaum wanita yang mengalami gangguan-gangguan seperi insomnia, mood swing, hot flush dan mudah lupa. Menurunnya kadar estrogen akan menstimulasi pengumpulan lemak pada bahagian perut, paha, punggung, cuping telinga, pipi dan bagian bawah mata. Namun, pada beberapa bahagian contohnya hypodermis atau lapisan bawah kulit, lemak terhakis sehingga kulit mengendur serta menipis.
Menopaus juga menyebabkan dinding vagina kering dan kehilangan elastisitinya yang boleh
menimbulkan rasa sakit ketika berhubungan intim. Kadangkala, terjadinya melecet akibat tergesel.
USIA 60-AN
Sekiranya pengambilan kalsium mencukupi sebelum ini, tubuh akan lebih lambat mengalami masalah fizik. Wanita yang kekurangan kalsium serta tidak bersenam mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat osteoporosis di mana hilangnya kepadatan tulang.
Hilangnya kadar estrogen turut menyebabkan rambut kian menipis. Namun begitu, rambut di bahagian-bahagian lain menebal serta berwarna lebih gelap. Sel-sel kulit turut kehilangan kemampuan untuk memperbaiki diri sehinggakan sel kulit mati pada wajah tidak lagi sekata. Akibatnya, sinaran matahari akan lebih mudah meninggalkan noda hitam pada wajah.
Sementara berat badan pula mungkin akan berkurangan atau tetap kerana metabolisma tubuh menurun serta nafsu makan juga berkurangan. Minat untuk melakukan hubungan intim juga merosot, dan jika tidak melakukan hubungan intim dalam jangka masa yang lama vagina akan menyusut dan kering.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari riak wajahnya jelas terserlah sinar kebahagiaan yang sedang mengulit kehidupan Datuk Seri Sheila Majid. Mana tidaknya, hasrat untuk bergelar nenek dan menimang cucu akhirnya dimakbulkan Allah SWT apabila anak lelaki kesayangan iaitu Megat Abdul Majid selamat menjadi bapa sekitar Julai lepas.