Masa baru kahwin sanggup tahan kentut. Tapi selepas lahir anak pertama, siap kentut lagi depan suami. Tapi masalahnya kentut ni jenis yang tak boleh ditahan. Jadi tahanlah malu tu ya!

Urat-urat rahim yang sudah dimasuki angin dan tidak dijaga ini boleh menyebabkan faraj atau bahagian rahim tidak sihat. Apabila berlakunya kentut vagina, maksudnya faraj longgar atau hilang grip bila bersama suami.

IKLAN

Mungkin luka jahitan nampak kemas di luar tapi tidak bermakna rahim sudah sihat di dalam. Wanita yang mengalami masalah kentut vagina selalunya turut mengalami masalah keputihan dan berbau hamis.

Kentut vagina juga bermaksud urat faraj sudah tidak sesihat dulu. Maka bermulalah masalah kedinginan dalam rumah tangga, isteri tak bernafsu, libido menurun dan selalu ingin menghabiskan permainan sebelum suami klimaks.

Petua Mustajab

  • JANGAN SESEKALI MENYEMBUR AIR PAIP ke dalam kemaluan kerana ini akan membuka ruang udara dalam kemaluan.
  • Berdehem selepas membuang air kecil.
  • Membasuh kemaluan dengan sempurna.
  • Mengelap faraj sampai kering dan pakai pantyliner yang bersih.
  • Pakai seluar dalam yang selesa dan kemas agar angin tidak mudah keluar masuk sebelum berwuduk atau menunaikan solat.

Rahim Tidak Sihat

Organ rahim ibarat ‘enjin’ bagi wanita. Buat wanita selepas bersalin, golongan yang lasak, kerap bersukan atau obesiti, risiko untuk mengalami rahim bermasalah lebih besar jika tak dijaga dengan betul.

Sebenarnya terdapat banyak tanda-tanda yang jelas, yang menunjukkan masalah kesihatan rahim yang dihidapi. Antaranya;

(a) Kentut Vagina

Akibat rahim bermasalah dan vagina kembang.

(b) Selalu Kembung Perut

Tanda-tanda badan dimasuki angin termasuk di dalam rahim seperti mencucuk.

IKLAN

(c) Sakit Sewaktu Bersama Suami

Selalu terasa sakit di bahagian ari-ari apabila bersama suami.

(d) Kerap Kencing/Tidak Lawas

Mudah terkencing apabila bersin, batuk atau ketawa dan mudah dijangkiti masalah kencing kotor. Ada juga rasa ngilu semasa membuang air kecil.

IKLAN

(e) Sakit Ari-Ari

Kerap lenguh di pangkal paha hingga merebak ke lutut.

(f) Sakit Pinggang

Seperti senggugut dan sakit di sekeliling pinggang ke atas (tulang belikat).

(g) Sakit Kaki

Rasa berdenyut di bahagian tumit dan sering rasa sengal atau bisa-bisa di tapak kaki.

Cara Mengatasi Masalah Rahim

  1. Bertungku di bahagian rahim dalam gerakan ke atas.
  2. Elakkan membuat aktiviti lasak dan angkat benda berat.
  3. Jaga makan walaupun selepas selesai tempoh berpantang.
  4. Pakai bengkung.
  5. Elak makanan sejuk dan banyakkan makanan segar. Amal pemakanan seimbang.
  6. Buat senaman lantai pelvis atau Kegel untuk menguatkan otot dan ligamen yang memegang rahim.
  7. Berurut untuk naikkan rahim dan betulkan kedudukan yang jatuh. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI