
Kejelitaan aktres yang mula dikenali menerusi watak pembantu dalam filem Mira Edora ini memang tidak perlu disangkal lagi. Masih teringat ketika Datin Sofea Jane membawakan watak sebagai gadis tomboy dalam filem Cinta Kita bergandingan dengan pelakon Aman Graseka kejelitaannya masih terserlah.

Datin Sofea Jane terjun ke dalam dunia seni tidak hanya bersandarkan wajah semata-mata namun mempertahuhkan bakat yang mengalir dalam dirinya. Pernah meraih anugerah Artis Paling Popular di majlis Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 1993. Kini, wanita yang berusia 48 tahun ini lebih selesa menumpukan perhatian kepada keluarga.


Baru-baru ini Datin Sofea Jane telah berkongsi foto perkahwinannya di laman media sosialnya. “Jubli Perak” coret Datin Sofea Jane.


Pejam celik rupanya sudah 25 tahun Datin Sofea Jane berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Meor Zain Azman. Pasangan sama cantik sama padan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata, Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya.


Tahun lalu Datin Sofea Jane telah menerima menantu apabila anak sulungnya, Arissa Azman mendirikan rumahtangga. Arissa mendirikan rumahtangga pada usia yang sama ibunya berkahwin, 23 tahun.


*Betul ke kalau nak wajah awet muda kena rajin pakai krim pelembap wajah?