Tahniah! DATO SRI SITI NURHALIZA Bakal Dapat Cucu Lagi, Tya Arifin Hamil!

Menerusi satu entri di laman Instagram, menantu kepada penyanyi kesayangan negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Tya Arifin berkongsi berita gembira bahawa dia kini hamil 4 bulan.

“Alhamdulillah, inilah saatnya untuk saya umumkan berita gembira kepada semua.
Arif akan menjadi abang, insyaallah. Mohon doa nya kepada semua, semoga bayi dalam kandungan ini sihat”, tulis Tya di laman instagram.

Apa yang menariknya, Tya berkongsi berita gembira tersebut kepada suami, Ashraf Khalid dengan membuat kejutan. Bertambah sweet

apabila anak lelaki mereka, Arif Jiwa yang menyerahkan pregnancy kit kepada Ashraf.

Seronoknya tengok pasangan bahagia ini. Diharapkan dengan kehamilan anak kedua ini, rezeki untuk keluarga mereka bertambah. Tahniah Nona ucapkan dan semoga Tya menjalani proses kehamilan dengan selamat sehingga proses kelahiran.

 

IKLAN
Share