Sebelum ini bertebaran spekulasi dari netizen yang meneka pelakon dan model terkenal Remy Ishak dan isteri bakal menimang cahaya mata selepas gambar isteri kelihatan sedikit berisi.
Sebentar tadi, sumber melaporkan Remy Ishak akhirnya membuka mulut mengesahkan bahawa isteri tercinta, Ezza Yusof hamil 5 bulan sekali gus menamatkan spekulasi berkenaan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Menurut sumber Kosmo!, Remy berkongsi perasaannya yang bakal bergelar bapa beberapa bulan lagi tidak dapat digambarkan dan ia merupakan satu pengalaman yang luar biasa, dan dirinya sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata.
Ads
“Bukan sebab saya tak nak dedahkan atau apa. Sebelum ini waktu ditanya, kandungan masih lagi di peringkat awal. Doktor pun beri nasihat tidak mengembar-gemburkan dahulu.”
“Jadi, memang tak boleh nak cakap (kongsi) apa sangat. Sekarang dah stabil dan kandungan Ezza pun doktor kata sihat, bolehkah saya kongsikan kepada orang ramai,” ujarnya.
Ads
Pelakon filem Cun itu turut berkongsi imbasan bunyi ultra (ultrasound) telah dilakukan dan kandungan isteri berada dalam keadaan sihat.
Dia juga dengan rendah hati berharap orang ramai dapat mendoakan isterinya menjalani proses kehamilan dengan baik dan urusan bersalin nanti berjalan dengan lancar.
Ads
Untuk rekod, Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei bin Ishak telah mendirikan rumah tangga dengan Ezza Yusof pada 21 Ogos 2021. Tahniah diucapkan kepada Remy dan isteri. Semoga dipermudahkan segalanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ini lah yang dikatakan rezeki tak pernah salah alamat. Kalau sudah dinamakan rezeki, cepat atau lambat, muda atau berusia pasti dapat melalui pengalaman bayi membesar dalam rahimnya selama 9 bulan.
Sudah pasti berita gembira ini mampu buat semua wanita yang bergelar isteri di awang-awangan apatah sudah lama mengharapkan suara tangisan bayi memecah suasana di kediaman bersama suami tercinta. Ini yang mungkin dirasakan oleh pelakon utama drama Korea, Winter Sonata yang popular pada tahun 2002 ini.
Pelakon Drama Winter Sonata
Sebelum ini pelakon cantik ini dilaporkan telah berkahwin secara rahsia bersama pemuda pilihan hatinya di usia 43 tahun. Suami yang dikahwini oleh salah seorang wanita tercantik Korea Selatan ini berlangsung pada 29 Mac 2018.
Suami kepada selebriti yang bernama Choi Ji-Woo difahamkan bukan datang di kalangan selebriti Korea biarpun sebelum itu pernah digosipkan bercinta dengan aktor popular Korea, Ji Woon.
Kini seluruh peminat drama Korea Stairway to Heaven ini berkongsi khabar gembira apabila pelakon cantik ini telah selamat melahirkan anak pertamanya. Mungkin ini adalah hadiah hari jadi paling bermakna buat pelakon ini yang bakal menyambut hari jadinya yang ke-45 pada 11 jun nanti.
Dalam satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh agensi Choi Ji Woon iaitu YG Entertainment, “Choi Ji Woo telah melahirkan anak perempuannya pagi ini (16 Mei 2020). Baik ibu dan anak perempuannya dalam keadaan sihat,” ucap YG Entertainment melalui laporan dari Soompi.
Menurut YG Entertainment pelakon yang melakukan cameo dalam drama Korea, Crush Landing On You ini sedang berehat untuk memulihkan dirinya usai melahirkan anak pertamanya itu. Sudah pasti Choi Ji-Woon teruja dengan kehadiran cahaya matanya. Mesti comel mewarisi kejelitaan ibunya.
Foto: Instagram @choijiwoo_cjw & @polarhis
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak awal penglibatan Uyaina Arshad dalam industri, ramai yang mengenali gadis cantik ini kerana kejayaan yang diraih. Jarang sekali kisah kehidupan dan sisi peribadinya dikongsikan kepada umum. Namun kesempatan bertemu Uyaina ketika menjadi penghias Nona tidak lama dulu membuatkan penulis bertambah kagum dengan pengacara berbakat besar ini.
Melihat wajah ceria, keramahan Uyaina dan kepetahannya berbicara… pasti ramai yang menyangka graduan jurusan undang-undang ini melalui kehidupan yang mudah dan menyenangkan. Hakikatnya, Uyaina telah kehilangan figura seorang ayah sejak usia 5 tahun lagi. Meskipun hanya sempat merasai kasih sayang ayah dalam masa singkat, memori bersama insan tersayang tersebut masih segar di ingatan Uyaina hingga ke saat ini.
“Arwah baba meninggal waktu Yana usia lima tahun. Jadi daripada umur lima tahun sampai sekarang, memang membesar tu dengan ummi sahaja. Jadi, hubungan dengan ummi dah bukan sebagai anak dan mak semata-mata… dah jadi best friend, kawan gaduh, motivator, pengkritik dan semualah.
Arwah baba ialah pegawai TLDM dan waktu tu tahun 1997 ada pertukaran dua pegawai dari Malaysia dengan dua pegawai tentera laut New Zealand. Jadi baba Yana salah seorang dan pergi ke sana selama dua tahun. Selama ini baba memang selalu berpindah merata sebab penyelam di TLDM tak ramai. Umur arwah waktu tu antara 36 ke 37 tahun… ummi dan arwah baba sebaya.
Sepatutnya kami tinggal di sana selama dua tahun tapi jadi setahun lebih je. Hendak dijadikan cerita, waktu berpindah ke New Zealand tu kami satu family ikut baba. Selalunya kami tak ikut. Waktu Yana tak lahir lagi pun memang ummi dan abang serta kakak tinggal di Malaysia je. That time, mungkin arwah tahu dia dah nak pergi so arwah baba bawa kami semua sekali,” jelas Uyaina sambil menyatakan arwah bapanya meninggal dunia ketika menjalankan tugas di New Zealand.
Tambah Uyaina lagi, “Ummi cakap arwah ayah macam tahu dia nak pergi. Dia sempat ambil gambar kami satu family dan sampai sekarang Yana bawa ke mana-mana je gambar tu dan simpan dalam wallet. Ada gambar dia dengan ummi, gambar kami empat beradik dan gambar kami satu family.”
Kenangan ummi & baba Uyaina
Selepas pemergian bapa tersayang, Uyaina dan keluarga pulang ke Malaysia dan menetap di Kuala Kangsar, Perak bersama datuk dan neneknya. Kehidupan mereka sekeluarga berubah sepenuhnya kerana ibu Uyaina tidak berkerja. Demi untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil, ibunya terpaksa cari kerja selain menggunakan duit pencen arwah suami untuk menyara kehidupan.
Akui Juara Puteri Muslimah Asia 2018 ini, waktu di zaman persekolahan dia agak sensitif dan mudah marah apabila ada di antara rakan-rakan bertanyakan tentang bapanya. Cerita Uyaina, pemergian arwah bapanya menjadi berita tergempar di Malaysia waktu itu dan diketahui ramai.
Meskipun dibesarkan oleh ibu tunggal… Uyaina dan adik-beradik tidak pernah rasa kekurangan. Bahkan mereka dibesarkan sebaiknya oleh ibu tersayang seperti kanak-kanak lain. “Macam ummi, Yana tengok reason dia untuk hidup ialah anak-anak dia. Bukan nak bangga diri tapi ummi memang berjaya besarkan kami empat beradik ni successfully. Abang sulung Yana jadi doktor, abang nombor dua jadi pilot, kakak Yana pula jadi cikgu.
Yana sepatutnya jadi lawyer tapi tersimpang sikit pulak. Ingat lagi dia jual rumah, jual tanah semata-mata nak tanggung anak belajar. Kalau nak rasa keberkatan hidup, kejayaan dalam hidup… you make your mom happy. You bahagiakan mak you and you will see apa yang akan dapat lepas tu.
Bila arwah baba meninggal, ummi kena bawa balik jenazah dengan anak empat orang semua masih kecil lagi. Sampailah Yana umur 26 tahun ni, Yana lagi sedih bila dia cakap… “Ummi dah tak ada apa-apa dah dalam hidup ni, ummi ada anak-anak ummi je. Anak-anak Ummi nilah harta Ummi.”
Yana masuk dalam industri ini pun disebabkan Ummi. Yana pertama kali masuk dalam industri sebab Yana join pertandingan Nona Manis. So daripada pertandingan tu, dia yang tengok iklan dan kata Yana why not you hantar application dan cubalah mana tahu ada rezeki. Cuba punya cuba dapat, menang pastu jadi hos Nona… dari situ ia bermula. Yana rasa semua kejayaan ini pun disebabkan Yana dapat restu dari dia.
Benda yang paling Yana admire dekat ummi ialah dia selalu cakap tak kisah apa (kerjaya) yang anak-anak buat as long as you buat bersungguh-sungguh and dia tak pernah paksa atau arahkan Yana untuk you have to become a lawyer. In fact, dia lagi happy tengok apa yang Yana buat sekarang sebab dia tahu Yana happy,” kongsi Uyaina akhiri perbualan.
Kredit foto: Instagram Uyaina
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak mengenali pelakon Rashidi Ishak yang cukup terkenal dengan drama Kampung People. Bekas suami kepada pelakon Vanidah Imran ini kini mengakui dirinya sedang diulit bahagia selepas mendirikan rumahtanngga bersama isteri barunya, Wan Hazliza yang juga pengarah drama terkenal.
Menurut sumber Harian Metro, Rashidi Ishak diminta mengimbas episod awal perkenalannnya dengan Wan Hazliza.
Jelas Rashidi, dia mengajak Wan Haslina berkahwin secara spontan tanpa membuat perancangan majlis perkahwinan besar-besaran. “Kami mulai rapat selepas terbabit dalam penggambaran drama Kampung People 2 sejak tiga tahun lalu kerana saya banyak membantu Wan Hasliza di belakang tabir sepanjang penggambaran.
Pernikahan pasangan sama cantik sama padan yang berlangsung pada Februari lalu itu diadakan secara sederhana atas faktor usia.
“Saya juga tidak berniat untuk menyembunyikan hubungan percintaan kami, cuma saya dan isteri sudah bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan tertutup sahaja,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai perkahwinan kali keduanya, Rashidi berkata, dia bersyukur keluarga dan anak-anaknya menerima dengan hati terbuka apabila dia mengambil keputusan untuk berkahwin semula.
“Dua anak saya pun sudah dewasa, jadi mereka sangat memahami dan menerima keputusan saya untuk bernikah semula dengan hati terbuka,” katanya.
Terdahulu, Rashidi pernah berkahwin dengan pelakon Vanidah Imran pada Oktober 2000, namun rumah tangga yang dibina selama 17 tahun itu berakhir pada Ogos 2018. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 22 dan Mariyam Rashika, 19.
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.