Tahun Akhir Pengajian WANI KAYRIE Terus Cemerlang, Raih Anugerah Dekan Lagi. Inspirasi!

Kecemerlangan yang dilakar dalam peperiksaan SPM pada tahun 2018 diteruskan lagi ke peringkat universiti apabila penyanyi kelahiran Sabah, Wani Kayrie berjaya memperoleh Anugerah Dekan pada setiap semester.

Sebagai public figure, Wani menjadi pembakar semangat serta inspirasi khususnya buat golongan muda yang ingin berjaya dalam akademik.

Wani yang merupakan sepupu kepada Bella Astillah ini berkongsi kegembiraannya itu di Instagram dan dihujani ucapan tahniah daripada para pengikut serta peminatnya.

“Beauty with brain!” demikian antara pujian yang diberikan kepada Wani setelah berkongsi fotonya bersama sijil Anugerah Dekan yang diperolehinya baru-baru ini. Menurut Wani, sijil tersebut sepatutnya diterima lebih awal iaitu pada Februari.

“Anugerah Dekan bulan Februari tapi baru dapat. Simpan sini buat kenangan dengan ahli kumpulan saya sebelum masing-masing buat latihan industri.”

Memandangkan Wani kini berada di tahun akhir pengajian peringkat ijazah, ianya sangat mencabar. Namun, berkat bantuan rakan-rakan sekuliah serta pensyarah akhirnya dia berjaya mengharungi cabaran itu.

“Semester terakhir saya sangat mencabar dan saya sangat bersyukur kerana mempunyai rakan sekumpulan yang hebat yang banyak membantu saya sepanjang tahun akhir ijazah ini. Begitu juga pensyarah saya yang sangat memahami,” kata Wani.

Menjengah ke ruagan komen, rata-rata para pengikutnya memuji dan menitipkan ucapan tahniah buat pelantun lagu ‘Jangan Terlepas Pandang’ ini.

Mereka berpendapat, selain cantik Wani juga seorang gadis yang bijak.

Majalah Nona mendoakan semoga Wani terus sukses!

Kredit Foto: Instagram Wani Kayrie

 

IKLAN
Share