Gaya Hidup

Tak Kekok Belajar Budaya Suami Di Guinea, Fila Amir Kongsi Momen Buka Puasa & Aktif Kebajikan!

Meriah sambutan masyarakat di Guinea menyambut kehadiran Fila Amir dan Adama Mohamed Camara. Bukan kali pertama pulang ke kampung halaman suami, kunjungan Influencer ini berada di bumi Guinea pada bulan Ramadan kali ini pastinya meninggalkan kenangan penuh makna.

Gemar berkongsi aktiviti dan rutin dengan followers, video yang dimuat naik Fila nyata mendapat reaksi pelbagai daripada warga maya. Sepanjang berada di sana, Fila bukan hanya berpeluang iftar bersama keluarga mentua dan saudara mara.

Bahkan berkongsi momen memasak, mengagihkan sumbangan kepada orang susah dan sedekah ke masjid-masjid terlibat. Walau dalam keadaan berpuasa, tetap aktif dengan kerja amal!

Difahamkan beza masa di antara Malaysia dan Guinea ialah lapan jam. Pertama kali berbuka puasa di sana, Fila turut mendedahkan situasi buka puasa dan makan beramai-ramai dalam satu pinggan yang sama sebagai tanda mengeratkan ikatan persaudaraan.

Kredit Instagram @filaamir
Kredit Instagram @filaamir
Kredit Instagram @filaamir

Sementara itu, menjawab pertanyaan warga maya tentang cara memasak orang kampung Fila berkata, “Budaya di Afrika memang kebanyakannya masak dekat luar, bukan di Guinea saja. Even pakai tong gas pun still akan masak di luar.

Lagipun ni masak banyak untuk bawa ke masjid. Pernah pergi rewang dekat Malaysia? Rewang di Malaysia buat dekat luar juga kan. Haa.. lebih kurang macam tu.”

Fila juga pernah menjamu ahli keluarga termasuk birasnya dengan menu tradisi Melayu antaranya Serawa Labu dan Ayam Masak Merah.

Kesempatan berada di Guinea, pempengaruh ini berkesempatan bertemu Duta Malaysia di sana dan bercerita mengenai perancangan menjalin kerjasama di antara Malaysia dan Guinea kelak.

Fila menjadi tumpuan pelanggan madu di Malaysia apabila dia berjaya membawa masuk madu asli dari Guinea dan untuk dijual dalam pasaran negara.

Kredit Instagram @filaamir / Pertemua bersama Duta Malaysia di Guinea
Kredit Instagram @filaamir
Kredit Instagram @filaamir

Wanita berjiwa murni ini dan suaminya dikenali dalam kalangan masyarakat di sana kerana sikap mereka yang gemar berkongsi rezeki dan mengagihkan sumbangan kepada golongan memerlukan.

Malah, Adama berjaya membina lebih 100 telaga air bersih, membangunkan masjid di kawasan pedalaman, membina madrasah untuk kanak-kanak dan membantu orang miskin.

Dalam pada itu, Fila teruja berkongsi kepelbagaian budaya dan masakan orang di sana. Walau berbeza budaya dan warna kulit, tapi masyarakat di Guinea menyambut baik kehadiran Fila dengan penuh mesra.

Baca https://www.nona.my/buang-tiub-fallopian-jalani-ivf-kali-pertama-fila-amir-reda-belum-rezeki-timang-anak/

Fila yang merupakan wanita kelahiran Kubang Pasu, Kedah mendirikan rumah tangga dengan Adama Mohamed Camara pada April 2019.

Mereka hanya berkenalan selama empat bulan sebelum memutuskan untuk berkahwin. Pasangan ini juga terlibat dalam kerja-kerja kebajikan di Conakry, Guinea.

 

 

IKLAN
Share