Rezeki setiap orang berbeza-beza. Setiap pasangan suami isteri pasti menantikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Bagi pasangan romantis yang juga Influencer Fila Amir, dia turut berdepan kesukaran untuk memiliki zuriat.

IKLAN

Tiga tahun melayari alam rumah tangga, Fila Amir terbuka berkongsi perjalanan untuk hamil dengan followers. Rupa-rupanya usaha Fila Amir untuk hamil bermula sejak tahun 2019 lagi.

Fila yang merupakan wanita kelahiran Kubang Pasu, Kedah dan suami iaitu Adama Mohamed Camara menjalani prosedur IVF pada 14 Oktober lepas selepas bertemu dengan Pakar Sakit Puan pada 15 Mac lalu.

Hasil rawatan bersama pakar juga, Fila telah menjalani pembedahan membuang tiub fallopian pada 15 April.

Buang Tiub Fallopian & Jalani IVF Kali Pertama, FILA AMIR Reda Belum Rezeki Timang Anak!
Credit Instagram @filaamir

Menceritakan kisah rawatan kesuburan IVF yang dilaluinya, Fila menerusi saluran YouTube berkata suaminya akan membantu menyuntik ubat setiap hari sebagai salah satu proses rawatan berkenaan.

“Setiap pagi dia akan bantu suntik (ubat) sebanyak tiga suntikan. Pandai-pandailah cari tempat yang tidak bengkak. Selepas pemindahan embrio pada 14 Oktover, masih ada suntikan lagi.

Minggu lepas pemeriksaan menunjukkan paras hormon gonadotrofin karion manusia (HCG) tinggi. Mungkin hamil. Tetapi hari ini HCG turun, jadi keputusan IVF kami tidak berjaya.”

IKLAN

Memetik kenyataan Fila di Instagram, wanita berusia 27 tahun ini positif menerima takdir ilahi. “Alhamdulillah, apa pun kami suami isteri percaya dan yakin dengan perancangan Allah. Kami bersyukur diberi peluang utk jalani IVF dan diberi peluang untuk usaha cari jalan.

Perjalanan ni buatkan kami lebih kuat. Buatkan kami lebih dekat dan kasih sayang kami lebih mendalam. Kami bersyukur juga dapat jumpa doktor baru ni, dh banyak doktor kami jumpa, sampai la doktor ni. InshaAllah Fila akan share our TTC and IVF journey dari 2019 dulu. Dah lama ni simpan seorang-seorang. Kami reda dan bersyukur. Doakan kami juga ya.”

IKLAN

View this post on Instagram

A post shared by MADAM CAMARA (@filaamir)

Buang Tiub Fallopian & Jalani IVF Kali Pertama, FILA AMIR Reda Belum Rezeki Timang Anak!
Credit Instagram @filaamir
Buang Tiub Fallopian & Jalani IVF Kali Pertama, FILA AMIR Reda Belum Rezeki Timang Anak!
Credit Instagram @filaamir
Buang Tiub Fallopian & Jalani IVF Kali Pertama, FILA AMIR Reda Belum Rezeki Timang Anak!
Credit Instagram @filaamir
Buang Tiub Fallopian & Jalani IVF Kali Pertama, FILA AMIR Reda Belum Rezeki Timang Anak!
Credit Instagram @filaamir

Fila dan Adama mendirikan rumah tangga pada April 2019. Mereka hanya berkenalan selama empat bulan sebelum memutuskan untuk berkahwin. Pasangan ini juga terlibat dalam kerja-kerja kebajikan di Conakry, Guinea.

Kagum dengan kecekalan Fila untuk bergelar ibu. Sememangnya semangat seorang wanita cukup kuat walau luaran mereka penuh kelembutan. Semoga proses IVF Fila selepas ini dipermudah dan berjalan lancar.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI