Tak Lupa Kewajipan, Ini Sisi Berbeza DATO’ SERI VIDA Yang Ramai Tak Tahu!

Jutawan kosmetik, Dato’ Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida bukan lagi nama asing dalam kalangan masyarakat. Terkenal dengan gaya penampilan unik dan serba berkilauan, kemunculannya di majlis-majlis hiburan pasti sahaja mengundang pelbagai reaksi penonton. Ada yang selesa menjadikan figura ini sebagai inspirasi, tidak kurang juga yang mengecam tindakannya kerana dianggap keterlaluan.

Walau apa jua pandangan masyarakat terhadap dirinya, usahawan berjiwa kental ini tetap yakin dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Di depan khalayak, Dato’ Seri Vida adalah ahli perniagaan yang sarat dengan pelbagai strategi pemasaran. Tetapi di rumah, karakternya berubah menjadi ibu yang sangat tegas dan prihatin.

Dato’ Seri Vida bersama anak perempuan, Cik B

Menerusi video yang dikongsikan Dato’ Seri Vida di Instagram semalam, terserlah sifat keibuan anak kelahiran Kelantan ini.

“Aktiviti sebelum tidur.. solat hajat, mengaji Quran ala-ala Taranum. Cik B dan Kacak.. bersaing siapa paling baca sedap dan tak ada salah.”

Cik B sedang mengaji Al-Quran

 

Biarpun hidup dilimpahi kesenangan dan kemewahan namun ilmu agama tetap menjadi keutamaan Dato’ Seri Vida dalam mendidik anaknya yang mesra di sapa Cik B dan Kacak. Bukan mahu menunjuk-nunjuk tapi kedua-duanya sudah terbiasa dengan rutin mengaji walau di mana dan bila-bila masa saja. Memang itulah cara didikan yang sepatutnya.

Bak kata pepatah, ‘Yang Baik Dijadikan Teladan dan Yang Buruk Dijadikan Sempadan.’ Selain menekankan aspek rohani dan agama, ahli perniagaan berusia 47 tahun ini juga tidak lupa menjaga kebajikan anak-anak yatim dan para pelajar pusat tahfiz terlibat.

Terbaru, pada malam Jumaat lepas Dato’ Seri Vida menjemput sekumpulan pelajar tahfiz dan anak yatim bersolat jemaah dan membuat majlis tahlil serta makan malam bersama mereka di kediaman barunya. Murni sungguh hati Dato’ Seri Vida. Patutlah rezekinya melimpah ruah.

Walau diberi nikmat kesihatan dan kesenangan hidup, beliau tidak lupa membantu meringankan kesusahan insan lain. Moga amalan yang dilakukan Dato’ Seri Vida ini dapat membuka hati masyarakat dan mengajak berbuat kebaikan.

Sumber foto : Instagram @datoserivida

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN
Share