Tak Mahu Manjakan, Usahawan Wanita Ini Latih Anak Lelaki Lipat Kain Dari Kecil

Cabaran mendidik anak zaman sekarang tidak semudah yang dijangka. Setiap wanita yang bergelar ibu kini berdepan dengan ‘musuh’ dalam diam yang digelar gajet. Hendak atau tidak sebagai ibu moden yang mengikuti arus kemodenan terpaksa ‘beralah’ dengan anak-anak untuk meluangkan masa bermain dengan gajet. Bukan menyekat 100 peratus bermain gajet tetapi biar mengikut masa yang sesuai dan kesesuaian umur anak-anak.

Berdepan dengan masalah gajet membuatkan ibu-ibu mempunyai masalah untuk mendidik anak-anak membuat kerja rumah. Tujuan mendidik anak-anak ini bukan untuk menjadikan mereka sebagai ‘pembantu rumah’ tetapi agar mereka boleh berdikari apabila meningkat dewasa nanti.

Nadia Noordin, wanita yang berasal dari Kuantan Pahang ini berkongsi melalui laman Instagramnya tip mendidik anak bujangnya untuk membuat kerja di rumah. Contoh yang diambil oleh ibu kepada Zarif Haikal Abdul Rahman (11 tahun) dan Fariz Mikhail Abdul Rahman (9 tahun) ini adalah melipat kain. Selepas anak-anak Nadia mahir melipat kain, wanita ini telah membawa kedua-dua anaknya bersama-sama melakukan khidmat sosial dengan menukar telekung dan melipat telekung di surau-surau berdekatan kediamannya.

Tip yang dianjurkan oleh Nadia Noordin;

1 – Ajak anak lipat kain bersama-sama dan tunjukkan that you’re happy when they help and do things together.

2 – Setiap kali nak lipat kain, sentiasa ajak dia tolong and dont forget to compliment their effort. Walaupun permulaannya tak nampak macam lipat sangat hasil dia but keep on teaching and explaining to them…practice makes perfect, remember?

3 – Don’t expect perfection. Jangan banyak letakkan syarat. Baju kena lipat sempurna macam ni kena sama kena lurus kena kemas kena elok. NO

. Apa saja hasil dia biarkan je dan simpan je dalam almari macam tu. Tahan sikit sakit mata tu. Kalau kita betulkan balik yang dia dah lipat tu, dia akan rasa dia gagal dan kita tak percayakan dia nanti dia akan give up awal-awal.

4 – Bila dia dah selalu buat and after a few times, dia akan automatically rasa lipat baju tu memang dia punya tanggungjawab, dia akan buat dengan sendiri je tak perlu suruh dan makin lama makin cantik la hasil lipatan dia tu. But always remember jangan over expectation. Budak-budak tetap budak-budak ada hari dia datang rajin ada hari dia datang tak nak buat pun. It’s normal tak perlu risau or complaint pulak ok? Orang tua pun ada hari terlajak rajin ada hari terlajak malas kan?

5 – PUJI. Bagi saya personally puji anak-anak sangat perlu. Tapi bukan puji semata. Contoh ayat puji : “Waahh rajinnya adik tolong mama lipat baju dan bantu mudahkan kerja mama, Allah SWT sayang ni orang yang jaga ibu dia, Allah SWT janjikan pahala yang banyak untuk anak soleh ahli syurga ni,” sambil usap kepala dan cium dia. Puji tindakan dia dalam masa yang sama masukkan elemen empathy

supaya dia jadi orang yang lebih considerate tentang orang lain especially dengan ibu dia dan sentiasa masukkan peringatan setiap yang kita buat semua untuk mencari reda Allah SWT dan dapat syurga.

Insyaallah dengan izin Allah semoga anak-anak kita hadiah istimewa dari Allah SWT ni bakal menjadi saham dan pembantu kita untuk ke syurga bersama-sama.

IKLAN
Share