Gaya Hidup

Tak Makan Nasi Setahun, Rahsia ZIZI KIRANA Miliki Tubuh Langsing!

Ketika bertemu penyanyi ini in person, memang kagum tengok susuk tubuhnya. Sangat langsing dan fit! Zizi yang ditemui selepas memenuhi undangan show Media Hiburan semalam nyata seorang yang ramah dan penuh dengan sense of humor. Mungkin sikap positif tersebut turut mempengaruhi gaya hidup sihat penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Nak Ke Tak Nak’ ini.

Dek kerana terpikat dengan tubuh langsingnya, Nona cuba selongkar petua yang diamalkan Zizi agar boleh dijadikan panduan kepada wanita lain yang sedang atau berhasrat mengurangkan berat badan. Terang artis yang berasal dari Sabah ini, “Oh, saya sebenarnya tak makan nasi selama setahun.

Tapi sekarang dah boleh ‘sentuh’ nasi cuma ambil portion yang sedikit saja. Saya juga elak makan ayam dan suka makan ikan. Selain itu, saya turut amalkan minum banyak air suam setiap hari. Walau pun saya tak begitu suka rasa air suam tapi demi untuk langsing dan badan yang sihat saya paksa diri minum. Sejujurnya, saya lebih suka minum teh hijau yang tidak dibancuh bersama gula.”

Seperti yang kita sedia maklum, teh hijau merupakan antara minuman yang sangat ideal diamalkan terutamanya bagi mereka yang sedang berdiet. Selain kaya dengan kandungan anti oksidan, teh hijau juga berfungsi meningkatkan metabolisme badan yang berupaya membakar lemak dan menghalang penyerapan lemak di dalam tubuh. So

lepas ni, bolehlah amalkan.

Kongsi Zizi lagi, di samping menitikberatkan soal pemakanan dia turut pergi ke gym sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mengekalkan stamina dan kelangsingan tubuh badan. “Tak payah pergi ke gym selalu pun. Untuk saya, dua kali seminggu dah memadai. Biasanya saya akan pergi dari pukul 12 tengah malam hingga ke awal pagi sekitar pukul 4.

Alhamdulillah, sejak lakukan semua ini dengan konsisten.. ukuran pinggang pun makin mengecil. Kalau dulu, ukuran pinggang saya 31 cm tapi sekarang 24 cm je.”

Fuh, mencabar juga hendak tiru rahsia ramping Zizi. Mental dan fizikal kena kuat. Paling penting, kena disiplin dan ada niat yang kuat untuk berubah menjadi lebih sihat, langsing dan bertenaga.

Foto: Instagram Zizi Kirana

 

 

IKLAN
Share