Tak Meriah Aidiladha Tanpa Tudung RAYA, Sikit Punya Cantik, Terus Rasa Nak Beraya

Sambutan Aidilfitri baru-baru ini tak meriah kerana terpaksa menyambutkan dalam keadaan PKP dan tak dibenarkan pulang ke kampung. Namun, kedatangan Aidiladha pada jumaat ini pasti mengundang kegembiraan lantaran berpeluang berkunjung ke kampung halaman.

Foto: Instagram @caramelfashionscarves
Foto: Instagram @caramelfashionscarves

Menyambut musim perayaan ini seumpama tidak lengkap tanpa menggayakan tudng baru. Suasana ceria lebih terasa bila ahli keluarga berkumpul dengan gaya sopan dan kemelayuan.

Foto: Instagram @meqs_my
Foto: Instagram @meqs_my

Apa yang penting kualiti tudung yang menutupi kepala terjamin dan penampilan di pagi raya mencuri tumpuan mata. Himpunan koleksi aidiladha tahun ini menjanjikan kelainan dengan kualiti fabrik yang lebih selesa ketika menyambut raya kurban yang bakal menjelang.

Foto: Instagram @galeriariani
Foto: Instagram @galeriariani

5 langkah mudah untuk menjaga tudung agat tahan lebih lama!

LANGKAH 1

Tudung hendaklah dicuci dengan menggunakan tangan. Gunakan cecair pelembut sebagai bahan pencuci dan celupkan beberapa kali kemudian gosokkan tudung tersebut dengan perlahan-lahan.

LANGKAH 2

Elakkan merendam tudung terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan kerosakan tekstur tudung tersebut.

Foto: Instagram @hijabbyhanami
Foto: Instagram @hijabbyhanami

LANGKAH 3

Hindari dari menjemur tuudng anda di bawah sinaran terus matahari. Hanya dianginkan sahaja sehingga kering.

LANGKAH 4

Gunakan penyepit pada bahagian hujung dan biarkan di bergantung ke bawah sewaktu menyidai.

LANGKAH 5

Jika tudung anda mempunyai sulaman, gosoklah bahagian sulam tersebut dari bahagian dalam tudung tersebut dari bahagian dalam tudung.

IKLAN
Share