Media sosial hari ini dilihat sebagai sebuah platform yang bebas untuk melontarkan kata-kata, pandangan malah tidak kurang juga, tohmahan negatif. Terutamanya dalam dunia hiburan, barisan selebriti antara golongan yang tidak lari dari kecaman di media sosial.
Terdapat segelintir yang mudah melatah, malah ada juga yang tidak goyah apabila dilontarkan dengan kata-kata negatif. Berbicara mengenai isu ini, penyanyi popular, Shila Amzah berkongsikan cara terbaik untuk menangani kecaman negatif di media sosial.
Tak Perlu Ambil Pusing Semua Perkara, Peka Kepada Yang Memberi Faedah Sahaja
Menurut Shila, dia lebih suka memilih untuk tidak menjawab atau tidak melayan mana-mana komen yang negatif kerana tidak mendatangkan faedah.
Namun, sebagai seorang selebriti, dia harus menjadi lebih peka dan sensitif dalam setiap hantaran yang ingin dimuat naik di akaun media sosial miliknya. Hak privasinya kadang-kala diganggu kerana menjadi fokus utama lensa kamera sehinggalah ia menjadi topik viral.
Ads
“Bagi saya, kita tidak perlulah menjawab komen-komen negatif yang datang kepada kita di media sosial. Apa yang penting, kita buat apa yang ingin kita lakukan. Usah ambil peduli tentang orang lain.
“Kalau dahulu saya memilih untuk menjawab setiap komen-komen yang negatif itu. Tetapi hari ini, saya lebih memilih untuk berdiam diri. Jika tidak tahan, saya tidak akan menghiraukannya.
Namun, usahlah membuat hantaran sekiranya sedang marah. Sebaliknya, berhenti dahulu dari bermain media sosial dan tunggu sehingga marah dalam diri jadi reda. Media sosial ini hanyalah duniawi semata-mata,” komennya.
Tambah Shila, ruang media sosial ini digunakan untuk mendidik para peminatnya tentang perkara dan fakta yang benar. Ia merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang selebriti.
Ads
Sayangi Diri Sendiri Terlebih Dahulu!
Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menepis kecaman negatif di laman sosial. Seperti yang dikongsikan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu ini, dia memilih untuk menghadkan masa menggunakan medial sosial.
“Kalau anda rasa tak boleh nak terima kecaman-kecaman negatif, jadi hadkan penggunaan anda.
Ads
“Mengenai mereka yang sentiasa komen itu dan ini, saya percaya dengan konsep Qanaah. Sentiasa besyukur dengan rezeki yang Allah turunkan pada anda. Usah membuat perbandingan dengan orang lain.
“Apa-apapun, sayangi diri anda. Fokuskan pada diri sendiri terlebih dahulu. Itu yang lebih penting,” ujarnya mengakhiri bicara.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah Hijabista
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Nilai kekayaan Elon Musk terus merosot seminggu selepas dia kehilangan tempat sebagai orang terkaya di dunia. Kekayaannya merosot AS$7.7 bilion selepas saham Tesla Inc. mengalami kerugian harian paling teruk sejak Oktober.
Penjualan saham itu menambah kesengsaraan Musk, yang kehilangan statusnya sebagai orang terkaya di dunia kepada hartawan Bernard Arnault pada 13 Disember lalu.
Nama Bernard Arnault mungkin kurang dikenali, namun sebenarnya pemilik rangkaian barangan mewah terkemuka dunia, LVMH menjadi pesaing hebat bilionair lain.
Bernard Arnault
Beliau adalah individu kelima pernah menduduki tempat teratas dalam Indeks Kekayaan Bloomberg sejak diperkenalkan 2012. Arnault sebaris dengan taikun Mexico, Carlos Slim; Pengasas Bersama Microsoft, Bill Gates; Pengasas Amazon, Jeff Bezos serta pemilik Tesla, Elon Musk.
Indeks Kekayaan Bloomberg pada Selasa minggu lalu, mendedahkan kali pertama Arnault berusia 73 tahun itu mendahului senarai orang terkaya dengan nilai kekayaan AS$170.8 bilion (RM752.8 bilion) sekali gus merampas kedudukan Musk, buat seketika.
Kerugian Musk sepanjang tahun ini kini berjumlah AS$122.6 bilion, melebihi jumlah yang diperolehnya pada 2021 apabila kekayaannya melambung tinggi menjadi antara yang terbesar dalam sejarah.
Nilai bersih ketua pegawai eksekutif Tesla itu kini berjumlah AS$147.7 bilion, terendah dalam tempoh lebih dua tahun, menurut Indeks Billionaires Bloomberg.
Kekayaan Musk terutamanya terdiri daripada saham Tesla. Saham pengeluar kereta itu menimbulkan risiko tertentu untuk Musk yang memanfaatkan lebih banyak kedudukannya untuk membiayai pemerolehan Twitternya pada Oktober.
Pemegang saham Tesla telah menyatakan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai keasyikan Musk dengan Twitter, di mana beliau cuba untuk memimpin melalui pemulihan yang tidak kemas dan terbuka.
Dia menyiarkan tinjauan pendapat di Twitter meminta pengguna mengundi sama ada dia perlu meletakkan jawatan sebagai ketua platform sosial itu dan hampir 58 peratus daripada 17.5 juta responden berkata itu adalah yang terbaik. – AGENSI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ayda Jebat yang sedang hangat dengan single terbaharunya, Temberang sekali lagi telah disunting menjadi duta produk kosmetik tempatan. Jenama kosmetik ANAS telah melantik Ayda Jebat duta selain Rozita Che Wan.
Ditanya apakah dengan dirinya yang laris menjadi duta produk mempromosikan jenama tertentu sudah menjadi tiket untuk tidak lagi aktif dalam dunia seni, Ayda bagaimanapun tidak bersetuju dengan pandangan itu.
“Saya masih akan berlakon dan menyanyi sekalipun ditawar sebagai duta jenama itu dan ini. Saya lihat tuntutan itu jadi jaminan yang kita ada duit poket. Pengaruh di layar lakonan dan nyanyian itu perlu kerana produk yang diwakili itu juga mahu melihat artis sentiasa berkembang.
“Takkan tak nak keluar TV atau tak buat apa -apa. Jadi memang kena ada kerja lakonan di TV atau filem mahupun lagu. Kerja ini dengan dunia seni sebenarnya saling melengkapi,” katanya.
Memiliki pengaruh yang besar selain pengikut yang ramai di laman sosial, duta kosmetik ANAS ini bagaimanapun belum terfikir untuk memiliki rangkaian jenama sendiri termasuk kosmetik.
“Kalau saya ada tenaga kerja yang ramai, memang sudah terfikir nak ada jenama produk sendiri. Cuma setakat ini belum ke arah itu.
“Setakat ini saya ada keluarkan produk mandian dan krim badan khusus untuk peminat dan budak remaja. Selepas ini saya dapat tahu ada juga perancangan jenama kosmetik ini nak keluarkan saiz yang lebih kecil dan praktikal dibawa dalam tas tangan,” katanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usia hanyalah angka dan nombor usia bukanlah penentu segala-galanya. Inilah yang dilalui pasangan Ellie Hamby dan Sandy Hazelip, kedua-duanya nenek berusia 80 tahun yang berjaya mencapai impian mereka iaitu mengelilingi dunia bersama-sama dalam masa 80 hari.
Bagi yang gemar melancong, ditemani sahabat yang serasi dan memahami satu sama lain memanglah sangat penting. Bagi duo ini, gandingan mereka begitu ‘ngam’ seperti isi dan kuku.
Sebagai warga emas, misi menjelajah itu pernah dianggap mustahil namun akhirnya direalisasikan dengan sokongan ahli keluarga. Kedua-dua wanita hebat berstatus balu ini juga menyifatkan penjelajahan tersebut sebagai tribute kepada mendiang suami masing-masing.
Terkenal sebagai doktor perubatan dan penulis buku, Dr Sandy Hazelip senang dengan ‘persamaan’ yang mereka miliki – sahabatnya Ellie Hamby, seorang jurufoto dokumentari antarabangsa yang banyak menyumbangkan karya untuk majalah serta pameran.
Banyak merakamkan kisah duka penjelajahan mereka dalam penulisan blog di aroundtheworldat80.com, hantaran di Facebook, Instagram dan TikTok, dua wanita itu yang kini sudah mencecah 81 tahun berasal dari Dallas, Texas memulakan trip mengelilingi dunia dalam tempoh 80 hari pada 11 Januari 2023.
Baru sahaja kembali ke pangkuan keluarga, Ellie dan Dr Sandy tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas-Fort Worth tepat hari ke-80 penjelajahan mereka ke tujuh benua pada awal April.
KEMBARA
Antara negara yang sudah dilawati adalah Bali, Jepun, Nepal, India, Zanzibar, Itali, Kutub Utara, Argentina, Antartika serta banyak lagi. Semua rancangan tersebut pada asalnya dirancang sejak dua tahun lepas namun sudah banyak kali tertunda ekoran COVID-19.
Dalam perkongsian terkini, Dr Sandy turut menceritakan hubungan akrab mereka sebagai travel companion kerana persamaan tersebut; Kedua-duanya peminat Elvis Presley dan tidak kisah mengetepikan kemewahan demi satu pengalaman.
“Kami suka melancong kelas kedua kerana boleh menimba lebih banyak pengalaman dan mengenali masyarakat tempatan dengan lebih dekat. Dan paling penting kami hanya membawa barang keperluan saja. We travel light.
Pada usia begini, kami dah ‘masak’ dengan apa yang betul-betul penting dan nilai pengalaman berbanding keselesaan.” Dr Sandy
Indahnya persahabatan bila ‘sekepala’ dan saling melengkapkan. Pada usia-usia senja begini, pasti bukannya percutian mewah yang dicari tapi sebaliknya nikmat melihat keajaiban alam sebelum mata terpejam!
*****************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
*****************
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!