
Tak seperti Che Ta, ibu kepada tujuh orang anak ini sebenarnya seorang yang tak banyak cakap. Tapi jiwanya sarat dengan naluri keibuan dan mudah tersenyum dengan sesiapa saja. Meskipun jelas kelihatan garis usia di raut wajah Zabedah Saad, namun jika diamati fizikal ibu kepada selebriti popular Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah ini… memang cantik orangnya. Tak hairanlah, kelima-lima anak perempuannya sering dapat perhatian ramai. Mewarisi kecantikan ibunda tersayang rupa-rupanya!
Tanpa berselindung, ibu berusia 66 tahun ini membongkar rahsia. Sambil mengakui tidak mengambil sebarang ubat-ubatan, dia menyusun kata. “Tak ada rahsia dan makan apa-apa pun. Tak ambil jamu dan tak ambil juga ubat. Cuma masa dalam pantang lepas bersalin tu je jaga makan.

Dulu, waktu berpantang memang tak sentuh ‘makanan-makanan sejuk’ sampai tiga hingga enam bulan. Sayur pun tak makan termasuk laksa. Rasanya, lebih daripada setahun kot baru makan. Lagi satu, saya amalkan bertungku 4 kali sehari. Makan pula hanya dua kali. Waktu pagi tu minum kopi O yang ada sedikit gula dengan biskut kering. Tengah hari baru makan nasi. Itu pun dengan lauk ikan masin bakar dan lada. Ikutkan petua orang dulu-dulu, makanan berkuah seperti gulai pun mereka tak bagi ibu lepas bersalin makan. Sudahnya, memang ikut saja apa yang mak ajar.
Bukan kena jaga makan je, masa berpantang dulu pun tak digalak minum air. Sampai kadang-kadang tu terlupa nak minum. Tahu-tahu saja dah sedu,” telus Puan Zabedah sambil tersenyum dan masih menerapkan amalan sama ketika menjaga kesemua anak perempuannya selepas bersalin.


“Che Ta, masa saya sedang berpantang dia akan tunggu je kalau nasi tak hanis makan. Dia memang suka lauk orang berpantang ni. Dari dulu lagi pun dalam adik-beradik, Che Ta ni lain sedikit. Saya tak bagi sangat anak-anak pegang adik mereka yang baru lahir. Tapi Che Ta, dia akan beria tolong basuhkan adiknya bila buang air besar atau mandikan mereka. Sebab dia suka pegang baby.”
Pernah lalui hidup susah ketika membesarkan ketujuh-tujuh orang anak memaksanya membuat bermacam-macam pekerjaan demi menyara keluarga. Salah satu cara mendapatkan wang adalah dengan mengambil tempahan baju. “Dulu ada juga ambil tempahan baju daripada jiran-jiran. Dalam sehari tu, dapatlah siapkan tiga pasang baju. Ada yang hantar minta buat baju kurung, mini kurung, kebaya dan sebagainya. Bab sediakan baju raya anak-anak, ada antara mereka yang tak kisah ada juga yang minta pattern tertentu.


Biasanya, Che Ta yang paling suka berfesyen. Kalau orang lain suka satu keluarga pakai warna sedondon tapi kami hanya tetapkan bunga saja perlu sama tapi warna baju boleh lain-lain. Anak-anak tak berapa pandai jahit baju tapi kreatif cantikkan baju dengan jahitan labuci.”
Sebelum menutup bicara, Puan Zabedah yang selesa berbual dalam loghat Kedah ini berkongsi resipi sihat. “Kalau nak buang angin dalam badan, boleh cuba resipi telur ni. Ambil telur ayam sebaiknya ayam kampung dan campurkan bersama lada hitam, halia dan bawang putih. Pastikan bahan-bahan kering ni ditumbuk sampai lumat sebelum dimasukkan dalam telur. Bubuh garam sedikit dan kacau rata. Goreng tanpa menggunakan minyak dan makan dengan nasi. Ini adalah petua turun-temurun dan anak-anak saya pun masih makan hidangan ni sampai sekarang.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!







Baca perkongsian usahawan muda berusia 33 tahun, Nadia Aziana Zulkifli yang punya kisah tersendiri. Berasal dari Kuantan, Pahang, ibu anak 4 ini bukan hanya bekerja bahkan turut menjalankan bisnes berkaitan medical equipment untuk keperluan COVID-19.
Detik sukar bermula semasa saya bekerja buat sale secara sepenuh masa dengan salah satu jenama penapis air tetapi bila berlakunya COVID-19 segalanya berubah. Bila tak ada sale bermaksud gaji pun tiada. Sampai tahap saya sekeluarga dihalau dari rumah kerana tak mampu bayar sewa dan segala bil tertunggak. Sejak itulah saya dan suami terfikir untuk berniaga online.
Pengalaman tak dapat lupa masa mula-mula berniaga bila saya menjual tak ada orang beli. Kawan-kawan dan saudara mara sendiri pun tiada yang support. Perasaan tu tak usah cakaplah. Mood nak promote, nak post di media sosial pun hilang. Tak support tu kita fahamlah tetapi bila kita post di media sosial nak dapat Like pun susah apatah lagi nak tolong Share.
Namun begitu ia tak mematahkan semangat saya untuk terus berusaha. Sebab saya yakin bisnes ini mampu memberikan keuntungan kerana permintaannya tingi. Pelitup muka adalah satu keperluan ketika ini sebab itulah permintaannya tinggi. Secara tak langsung, saya dapat membantu masyarakat dengan menyediakan keperluan utama ini di samping servis Ninja Van.
Tulang belakang utama saya semestinya anak-anak serta suami, Wan Affandy Wan Ismail. Selain itu, terima kasih juga buat ibu dan mertua yang sentiasa menjadi pendorong utama saya sejak dulu sampailah sekarang. Mereka sentiasa mendoakan dan tak pernah jemu memberikan kata-kata semangat kepada saya agar tidak mudah berputus asa. Hakikatnya, tiada siapa yang akan membantu kecuali diri kita sendiri.
MASA BERKUALITI
Dari segi impian pula, saya harap dapat melangsaikan segala hutang yang ada seterusnya dapat membeli rumah yang lebih selesa buat keluarga. Maka, saya bertekad untuk berusaha dengan lebih gigih demi membahagiakan keluarga, Insha-Allah.”







