Berselindung di sebalik fasa penuaan, banyak wanita yang memilih untuk ‘bersembunyi’ dengan mekap dan rawatan moden. Tapi tidak buat 7 selebriti ini yang bangga melalui usia senja mereka termasuk mempamerkan rambut yang beruban.
Standard kecantikan semakin tidak masuk akal. Wanita sempurna digambarkan dengan kulit yang flawless, licin tanpa kedutan… ibarat seperti tanda penuaan itu satu dosa besar!
Bagi wanita dalam industri seni, mereka terpaksa menurut standard yang ditetapkan – mewarna rambut, memakai rambut palsu dan merawatnya supaya kekal lebat tanpa uban.
Menyedari perkara ini hanya kecantikan palsu dan sementara, makin ramai selebriti A-list yang tampil di bawah spotlight dengan rambut sebenar.
Fuh! Kalau dapat minum air sejuk terutamanya berais ketika musim panas dan ketika panas terik memang boleh melegakan tekak dan mengembalikan kesegaran.
Ternyata, ais bukan sahaja dapat menghilangkan dahaga tetapi juga mampu untuk merawat kulit wajah. Sebenarnya, ais batu mempunyai banyak manfaat lain untuk kulit wajah anda. Jom, cuba ‘usha’ ni.
KURANGKAN MATA BENGKAK
Tidak mendapat rehat yang secukupnya atau menghabiskan waktu lebih 10 jam menghadap komputer dan televisyen akan menyebabkan mata keletihan dan membengkak. Untuk itu, letak ais di lingkaran bawah mata bagi mengurangkan bengkak bawah mata dan membuat mata lebih rileks.
KEMERAHAN KULIT
Ais juga mampu membantu untuk mengurangkan kemerahan kulit yang terjadi akibat alergi salah penggunaan alat make up. Selain itu,ais juga boleh surutkan kemerahan akibat gigitan serangga atau terkena benda panas.
PEMBERSIH WAJAH
Jika pencuci muka anda habis dan belum sempat lagi untuk membeli yang baru, jangan risau. Gunakan saja ais sebagai jalan penyelesaian dengan menggosok ais batu secada perlahan pada wajah.
MAKE UP PRIMER
Ais juga boleh bertindak sebagai make up primer dengan menggunakan ais sebagai langkah pertama. Selain itu, ais juga boleh membuat make up anda tahan lama.
MENUTUP PORI-PORI
Selepas mencuci muka, sapu ais dengan perlahan pada wajah anda untuk membantu mengecilkan pori-pori. Pori-pori yang terbuka akan menyebabkan kulit bermasalah seperti berminyak dan berjerawat.
Jadi, ini dia manfaat ais yang boleh membantu merawat kulit wajah anda tanpa sebarang bajet yang besar. Buat di rumah saja pun boleh. Tak ada hal. Semoga ia membantu dan berhasil.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan kecantikan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan menarik bukan sahaja untuk tatapan umum, tetapi juga untuk kepuasan diri sendiri. Rahsia utama wanita bernama Datin Dr Nor Zaina Adbul Ghani atau lebih mesra dipanggil Datin Dr Ira Ghani untuk sentiasa kelihatan cantik adalah sentiasa berpegang dengan sikap positif dalam diri.
“Tampil cantik dan aura positif sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kecantikan dalaman diri amat penting dan perlu diberi perhatian khusus kerana ia merangkumi keperibadiaan dan keikhlasan seseorang dalam melaksanakan apa sahaja”, ujar pemegang Diploma Perubatan Alternatif dari Universiti Terbuka Antarabangas Culcatta, India ini.
Kagum melihat figura ini yang sentiasa mengamalkan pemikiran yang positif dalam apa jua perkara dan tertanya-tanya juga apa sebenarnya rahsia beliau untuk mengekalkan aura positif dalam diri.
“Selain mengamalkan cara meditasi untuk menenangkan diri, sebagai orang Islam saya juga percaya air wuduk mampu mencantikkan aura seseorang individu. Bahkan, amalan mandi bunga dan aromaterapi juga mampu menaikkan seri wajah”, tambahnya yang selesa bergaya ringkas tapi masih mengekal imej anggun.
Apa yang menariknya lagi, beliau turut percaya pemakaian batu permata atau kristal, barang berjenama serta keadaan persekitaran turut menyumbang kepada aura yang baik. Ibu kepada dua cahaya mata ini juga mempunyai tabiat unik yang mungkin boleh dipratikkan oleh anda untuk sentiasa tampil cantik tapi tidak memudaratkan diri.
” Saya sentiasa memakai minyak wangi walaupun ketika berada di rumah. Mungkin ada sesetengah orang agak pelik dengan tabiat ini, tetapi saya sudah biasa sebelum tidur pun akan mengenakan gincu bibir!
Saya ingin kelihatan cantik bukan untuk tatapan umum tetapi ia lebih kepada soal menjaga tahap keyakinan diri dalam diri saya”, ujar Datin Dr Ira yang merupakan isteri kepada Profesor Datuk Dr Ibrahim Ahmad ini.
Tidak dinafikan semua wanita mempunyai keinginan untuk tampil cantik. Namun perlu diingatkan bahawa, setiap wanita mempunyai kecantikan dalaman dan luaran masing-masing.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa tidak kenal dengan pelantun suara lagu ‘Pencuri Hati’, Nur Suhada Jebat atau lebih mesra disapa sebagai Ayda Jebat. Terbaharu dia mendedahkan bahawa rezekinya semakin mencurah-curah.
Meskipun kini dia sudah berkeluarga, mempunyai seorang cahaya mata dan bakal menantikan ketibaan cahaya mata kedua hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Nabil Mahir.
Buktinya , dia masih lagi mendapat kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta bagi produk minuman berasaskan kolagen Aura White Global Sdn Bhd.
Menurut pengasas Aurawhite, Datin Furyna Azmeer, ketika disoal bagaimana hubungan kerjasama antara Aurawhite dan Ayda Jebat dapat terjalin dalam jangka masa yang lama, jelas Furyna, Ayda Jebat merupakan selebriti yang mudah memberikan kerjasama.
“Kami memilih untuk mengekalkan Ayda Jebat sebagai duta Aurawhite sejak 2014, bermakna sudah sembilan tahun Ayda bersama Aurawhite.
“Sangat senang berurusan dengan Ayda, malah sifatnya yang mengutamakan keluarga membuatkan saya cukup tersentuh dan masih mahu dia menjadi sebahagian daripada Aurawhite,” jelasnya lagi.
Manakala Ayda Jebat pula berterima kasih terhadap jenama tersebut kerana masih mengekalkan dirinya sebagai duta.
“Alhamdulillah, saya jatuh cinta dengan produk ini. Aurawhite bukanlah satu-satunya jenama yang saya pegang dalam tempoh yang lama.
“Kadang-kadang terfikir juga, bilakah kontrak akan berakhir kerana kadang-kadang terfikir pihak penaja tak mahu ke tukar dengan orang lain.
“Saya anggap ia sebagai rezeki. Alhamdulillah dari zaman bujang sampai dah nak masuk anak kedua,” ujar ibu kepada Ana Nayla ini.
Terdahulu, Aura White yang terkenal dengan tagline Shake Shake Uolls melancarkan produk minuman kolagen dengan inovasi formulasi terkini iaitu Aurawhite Dazzle Glopeptide yang bahan aktifnya lebih tinggi dan premium.
Kolagen peptida adalah kolagen yang dihidrolisis dimana ia lebih halus dari kolagen biasa dan memberikan penyerapan lebih cepat untuk tubuh badan.
Ia dapat membantu untuk memberikan pencerahan kulit lebih cepat, melembapkan kulit, memudarkan parut, mengurangkan jerawat dan jeragat, mengatasi masalah penuaan, menganjalkan kulit dan juga sangat baik untuk kuku, rambut dan juga tumit kaki.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.