Siapa tidak kenal dengan pelantun suara lagu ‘Pencuri Hati’, Nur Suhada Jebat atau lebih mesra disapa sebagai Ayda Jebat. Terbaharu dia mendedahkan bahawa rezekinya semakin mencurah-curah.
Meskipun kini dia sudah berkeluarga, mempunyai seorang cahaya mata dan bakal menantikan ketibaan cahaya mata kedua hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Nabil Mahir.
Buktinya , dia masih lagi mendapat kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta bagi produk minuman berasaskan kolagen Aura White Global Sdn Bhd.
Ini Punca Mengapa Ayda Bersama Aurawhite, Selama Sembilan Tahun
Menurut pengasas Aurawhite, Datin Furyna Azmeer, ketika disoal bagaimana hubungan kerjasama antara Aurawhite dan Ayda Jebat dapat terjalin dalam jangka masa yang lama, jelas Furyna, Ayda Jebat merupakan selebriti yang mudah memberikan kerjasama.
“Kami memilih untuk mengekalkan Ayda Jebat sebagai duta Aurawhite sejak 2014, bermakna sudah sembilan tahun Ayda bersama Aurawhite.
“Sangat senang berurusan dengan Ayda, malah sifatnya yang mengutamakan keluarga membuatkan saya cukup tersentuh dan masih mahu dia menjadi sebahagian daripada Aurawhite,” jelasnya lagi.
Ayda Berterima Kasih, Anggap Ini Rezeki Anak!
Manakala Ayda Jebat pula berterima kasih terhadap jenama tersebut kerana masih mengekalkan dirinya sebagai duta.
“Alhamdulillah, saya jatuh cinta dengan produk ini. Aurawhite bukanlah satu-satunya jenama yang saya pegang dalam tempoh yang lama.
“Kadang-kadang terfikir juga, bilakah kontrak akan berakhir kerana kadang-kadang terfikir pihak penaja tak mahu ke tukar dengan orang lain.
“Saya anggap ia sebagai rezeki. Alhamdulillah dari zaman bujang sampai dah nak masuk anak kedua,” ujar ibu kepada Ana Nayla ini.
Terdahulu, Aura White yang terkenal dengan tagline Shake Shake Uolls melancarkan produk minuman kolagen dengan inovasi formulasi terkini iaitu Aurawhite Dazzle Glopeptide yang bahan aktifnya lebih tinggi dan premium.
Kolagen peptida adalah kolagen yang dihidrolisis dimana ia lebih halus dari kolagen biasa dan memberikan penyerapan lebih cepat untuk tubuh badan.
Ia dapat membantu untuk memberikan pencerahan kulit lebih cepat, melembapkan kulit, memudarkan parut, mengurangkan jerawat dan jeragat, mengatasi masalah penuaan, menganjalkan kulit dan juga sangat baik untuk kuku, rambut dan juga tumit kaki.