Keanggunan dan kejelitaan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sememangnya diketahui ramai. Apatah lagi sejak Baginda mengenakan hijab, tambah berseri-seri!
16 Mac lepas, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Hol Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.
Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Menerusi perkongsian gambar di laman Instagram Selangor Royal Official, Tengku Permaisuri Selangor kelihatan anggun dalam persalinan jubah dan bertudung litup rona senada.
Ads
Keanggunan Tengku Permaisuri Norashikin nyata menjadi bualan dan perhatian khalayak.
Turut sama hadir ke majlis berkenaan ialah adinda-adinda Sultan Selangor dan kerabat diraja Selangor. Tidak ketinggalan, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad.
Ads
Sementara itu, DYMM Sultan Selangor turut berkenan berbuka puasa bersama para jemputan terdiri dariapda Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Orang Besar Istana, Ahli Dewan Diraja Selangor dan Orang Besar Daerah.
20 April ini genap 16 tahun usia anak kepada pasangan Kajol dan Ajay Devgan iaitu Nysa Devgan. Semakin Nysa menginjak remaja, semakin terserlah iras wajah Kajol yang dimiliki gadis ini. Meskipun populariti Nysa sebagai anak selebriti India tidak seglamor anak gadis Shah Rukh Khan, Suhana Khan… namun ramai yang terpikat dengan kesederhanaan Nysa.
Melihat Nysa sahaja sudah mengingatkan para peminat kepada kecantikan tersendiri milik ibunya, Kajol. Tidak dinafikan Nysa mewarisi sepasang mata yang cantik dan senyuman memikat seperti ibunya. Tidak terlepas daripada tempias dunia glamor ibu dan ayah, kelibat Nysa turut kelihatan di majlis-majlis hiburan dan kebajikan.
Enggan si anak terlalu didedahkan dengan spotlight dunia glamor… dalam satu gambar yang dimuatnaik Ajay, kelihatan dia dan anak gadis kesayangan hadir menjayakan aktiviti kebajikan yang dianjurkan badan amal Smile Foundation. Walau baru berusia belasan tahun tapi Nysa sudah diajar tentang tanggungjawab dan rasa prihatin kepada golongan memerlukan. Pandai Ajay dan Kajol mendidik anak.
Kajol dan Ajay yang kedua-duanya merupakan pelakon berbakat besar di India berkahwin pada 24 Februari 1999 dan hasil perkahwinan selama 20 tahun mereka telah dikurniakan dua orang anak iaitu seorang anak perempuan, Nysa Devgan dan seorang anak lelaki bernama Yug Devgan.
Nysa dilahirkan pada 20 April 2003 dan ketika masih di dalam kandungan, Ajay memasang hasrat untuk menamakan bayi perempuan mereka dengan nama Nysa yang bermaksud ‘Goddess of purity’.
Ketika Nysa dilahirkan, Kajol memberi tumpuan penuh terhadap perkembangan anaknya itu berbanding tawaran berlakon memandangkan bintang Kuch Kuch Hota Hai ini pernah mengalami keguguran.
Kredit: Instagram Kajol
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adakah anda merupakan penggemar yogurt atau dadih? Walaupun rasanya yang masam namun yogurt masih digemari ramai terutamanya bagi kaum wanita. Yogurt dimakan dalam keadaan yang sejuk bagi memastikan kandungan bakteria atau kultur hidup aktif terjamin untuk memberikan manfaat kesihatan terbaik kepada tubuh. Jika yogurt pada tahap panas, bakteria dalam yogurt akan berada dalam keadaan pasif.
Bakteria dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa iaitu gula semula jadi dalam susu. Bakteria ini bertindak secara merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam saluran usus dan menghasilkan keadaan persekitaran yang lebih sihat di dalam usus menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma ‘tidak baik’ hidup di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.
Pengambilan yogurt sebagai menu tambahan dalam pemakanan seharian dapat membantu di dalam menjaga kesihatan usus, meningkatkkan kekebalan tubuh, menurunkan tekanan darah tinggi serta menjaga kesihatan kulit dan tulang.
Yogurt juga membantu kaum wanita untuk kembali ke bentuk asal kerana yogurt merupakan makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan oleh ibu hamil untuk membekalkan susu kepada bayi. Antara khasiat yogurt ialah mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu di samping kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.
Oleh kerana khasiatnya yang banyak, yogurt baik diamalkan semenjak dari kanak-kanak lagi. Manakala bagi orang dewasa yang tidak mengemari susu, boleh mengantikan minuman ini dengan yogurt kerana juga dikenali sebagai minuman kesihatan.
Bakteria Baik Dalam Yogurt
Tahukah anda bahawa yogurt merupakan bahan makanan berasal dari susu dengan bentuk menyerupai bubur dengan rasa masam. Yogurt mengandungi dua jenis bakteria ‘baik’, iaitu Streptococcus thermophilus yang berbentuk bulat dan Lactobacillus bulgaricus yang berbentuk batang. Kedua-dua bakteria yogurt ini merupakan bakteria penghasil asam laktat yang penting dalam kitaran mikroflora usus yang kedua-duanya mampu mencipta rasa masam yang menghalang pertumbuhan bakteria lain kerana bakteria penyebab penyakit tidak tahan keadaan ini dan tidak mampu bertahan dalam lingkungan bakteria yogurt.
Manakala mikroflora dalam usus mampun menjadikan keadaan usus kembali seimbang dan normal. Kebiasaannya apabila seseorang pesakit telah tamat menjalani rawatan antibiotik, doktor akan menyarankan untuk mengambil minuman yogurt. Tujuannya untuk memulihkan keseimbangan mikroflora usus.
Menurut Prof Dr McGill dari Mayo Medical School Minesotta, apabila membeli yogurt pastikan bahawa produk tersebut mengandungi kultur aktif yang masih hidup kerana setelah kultur hidup masuk ke dalam usus, kultur yogurt akan mulai aktif dan mula bekerja untuk memecahkan laktosa bagi menghasilkan asam laktat. Dr McGill juga menambah untuk menghindari jenis yogurt yang sudah dibekukan kerana terlalu sedikit bakteria yang masih berfungsi sehingga tidak mendapat manfaat yang banyak daripada minuman ini. Jika sebahagian besar bakteria telah mati, yogurt akan menjadi seperti minuman susu yang bergizi.
Khasiat Yogurt
– Berupaya menghasilkan zat-zat yang diperlukan oleh hati sebagai pencegah kepada penyakit kanser
– Mikroflora dalam yogurt mempunyai manfaat untuk proses pencernaan tubuh
– Yogurt memiliki gizi yang tinggi berbanding susu segar mslsh kandungan lemak lebih rendah sesuai untuk mereka yang sedang berdiet
– Yogurt mempunyai vitamin tambahan, meningkatkan nilai gizi serta membantu pertumbuhan
– Dikenali sebagai minuman kesihatan kerana mampu melawan pertumbuhan bakteria ‘jahat’ di dalam tubuh
– Mampu mengurangkan kadar kolesterol kerana bakteria ‘baik’ dalam yogurt boleh menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya yang penyerapan ini terjadi di usus kecil dan membantu mengurangkan kolesterol dalam darah serta menghindarkan gejala penyakit jantung koroner
– Mengurangkan risiko kanser dan tumor dengan meningkatkan kekebalan tubuh
Selain dijadikan sebagai makanan diet yang baik untuk kesihatan tubuh, yogurt juga mempunyai pelbagai manfaat untuk kecantikan luaran. Berikut merupakan rahsia kecantikan menggunakan yogurt.
Kulit kusam biasanya berlaku disebabkan oleh sel kulit yang telah mati. Antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut adalah menggunakan yogurt. Sifat pelembap yang terkandung di dalam yogurt dapat menjadi skrub yang terbaik untuk menanggalkan sel kulit mati. Ia juga mengandungi vitamin C dan vitamin B3 yang bermanfaat untuk mencerahkan kulit. Bahan ringkas yang boleh digunakan untuk membuat skrub secara alami adalah dengan mencampurkan yogurt dengan oat.
Menjadikan yogurt sebagai menu tambahan dalam diet harian atau sebagai perawatan wajah dapat membantu untuk memulihkan kulit wajah yang berjerawat. Sifat masam yang dimiliki yogurt dapat menghapuskan pelbagai bakteria penyebab jerawat dan kuman dalam tubuh. Justeru, yogurt boleh digunakan sebagai ‘masker’ wajah bagi membersihkan kulit.
Yogurt juga digunakan sebagai kaedah semula jadi untuk melicinkan rambut, melembabkan kulit dan mengurangkan masalah kelemumur. Selain itu, ia membantu di dalam menenangkan dan mengurangkan rasa gatal di bahagian kulit kepala. Sapukan yogurt pada kulit kepala dan rambut. Cuci kepala dengan air suam setelah kira-kira 15 hingga 20 minit.
Masalah rambut gugur merupakan petanda rambut kurang mendapat gizi dan kurang terhidrasi. Yogurt boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambut gugur dan rosak. Lumurkan bahan tersebut ke seluruh bahagian rambut seperti memakai ‘masker’ rambut. Biarkan selama sejam hingga dua jam sebelum mencuci rambut. Amalkan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu.ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memasuki bulan pertama 2021, tentu sekali ramai wanita berlumba-lumba memasang azam baru bukan? Selain melangsingkan badan dan mahu lebih berjaya tahun ini, pasti ada yang mahu kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar.
Dalam pelbagai himpunan produk anti-penuaan di pasaran, dua jenama ini sentiasa menjadi sebutan kerana kajian dan penyelidikan intensif terhadap sains kecantikan. Produk L’Occitane dan Melvita masing-masing melancarkan produk baharu sempena tahun 2021 ini.
KEREMAJAAN WAJAH
Kulit wajah kita didiami oleh microbiota, sejenis organisma mikro yang menjadikan kulit sebagai ekosistem semula jadinya sekaligus membuatkan kulit jadi sihat. Dengan memastikan kadar bakteria baik terkawal, penuaan dapat diperlahankan dan kulit kekal anjal semula jadi.
Nona tertarik dengan produk terbaharu Melvita, Argan Bio-Active yang mampu mengembalikan kontur wajah lebih tegang dan muda remaja. Ia diperkaya dengan mikrobiotik minyak argan untuk merangsang kolagen dan menjadikannya lebih anjal.
TUBUH BADAN ANJAL
Selain wajah, kulit tubuh juga menjadi penanda usia seseorang. Mereka yang berkulit tegang, leher masih jinjang dan lembut kala disentuh pasti kelihatan lebih muda berbanding kulit mereka yang menggeleber atau kasar.
Produk baru Shea Butter L’Occitane dirumus dengan formula untuk kulit kering hingga sangat kering serta melindunginya daripada kekeringan dengan menguatkan lapisan hidro lipid kulit. Ia memberikan lembapan berpanjangan sehingga 72 jam tanpa kesan lekit.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!