Tak Sangka Hobi CP Sarimah Ibrahim Bersenam Secara Konsisten Punca Kekal Awet Muda

Siapa yang tidak mengenali figura terkenal Che Puan Sarimah Ibrahim yang memiliki raut wajah pan asian serta petah berkata-kata ini. Melihat raut wajahnya yang tidak dimakan usia umpama melihatnya ketika mula-mula berjinak-jinak dalam industri seni tempatan sebagai pengacara televisyen 20 tahun lalu.

Foto: Instagram @sarimahibrahim

Menginjak usia 42 tahun, bentuk tubuh langsing seperti anak dara benar-benar menimbulkan rasa cemburu. Kecantikan seorang wanita merupakan anugerah dan menjadi tanggung jawab untuk mengekalkannya. “Saya percaya seorang wanita boleh mengekalkan kecantikan dengan bersenam.

Foto: Instagram @sarimahibrahim

Peluh yang keluar akibat bersenam boleh mengeluarkan toksin menjadi punca pelbagai jenis penyakit. Hidrasi adalah masalah yang banyak membelenggu wanita untuk mengekalkan kecantikan. Selepas memastikan saya bersenam dengan secukupnya baharu saya memikirkan tentang penjagaan makanan dan rawatan wajah,” ungkap wanita berdarah kacukan Melayu-Irish ini.

Foto: Instagram @sarimahibrahim

Menurut Che Puan Sarimah, banyak menghabiskan masa di gim bersenam kerana sudah menjadi hobinya. Setiap hari bersenam tanpa jemu telah menggalakkan suaminya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar untuk turut serta bersenam. Walaupun buat permulaan umpama suatu beban tetapi lama-kelamaan membuahkan rasa cinta lebih-lebih lagi apabila dapat menbantu menurunkan berat badan.

Foto: Instagram @sarimahibrahim

“Sarimah gemar bersenam dan setiap hari dia pasti menghabiskan masa di gim. Mula-mula saya hanya menemaninya bersenam tetapi kini saya juga sudah ketagih bersenam. Saya dapat menurunkan berat badan sebanyak 7 kilogram dalam masa 4 bulan,” tutur Tunku Jamie sambil menunjukkan gambar pertemuan pertama mereka yang jauh berbeza daripada sekarang.

Foto: Instagram @sarimahibrahim

Tambah dua merpati sejoli ini, bersenam sudah menjadi suatu kewajipan buat mereka berdua. Ke mana sahaja mereka pergi bersenam pasti menjadi salah satu agenda.

Seronok mendengar cerita Che Puan Sarimah tentang obsesi terhadap senaman. Pernah ketika bercuti ke Filipina, sebaik sahaja check-in hotel, Che Puan Sarimah mengajak suami tercintanya berenang di kolam renang sebanyak 20 pusingan.

Foto: Instagram @sarimahibrahim

“Hampir sehari tidak bersenam kerana tempoh penerbangan yang panjang, jadi tidak perlu buang masa untuk duduk bersantai di dalam bilik,” ungkap wanita yang mempunyai Sarjana Muda dalam Psikologi ini.

Foto: Instagram @sarimahibrahim

“Keluarga saya mempunyai sebuah rumah di Port Dickson. Biasanya kami sekeluarga akan berkumpul di sana. Kedudukan rumah itu agak tinggi dan dahulu saya seperti orang lain akan ke sana dengan menaiki kereta.

Foto: Instagram @sarimahibrahim

Namun, bila dengan Sarimah dia mengajak saya berjalan kaki menaiki rumah tersebut. Memang dia merupakan trainer

terbaik saya,” ungkap Tunku Jamie sambil memandang mesra isterinya. Pasangan sama cantik sama padan ini pernah menghiasi ruang Tetamu Diraja Majalah Nona untuk edisi Mac 2017.
Foto: Instagram @sarimahibrahim
Foto: Instagram @sarimahibrahim

Che Puan Sarimah yang telah mengikat ikatan perkahwinan dengan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau lebih mesra disapa Tunku Jamie. Tanggal 19 Julai 2019 pula, Che Puan Sarimah telah selamat melahirkan anak sulungnya yang diberi nama YM Tunku Sofia Najihah Binti Tunku Nadzimuddin.

Sekarang dah boleh beriadah semula, dengarnya kasut ni best untuk berlari.

IKLAN
Share