Tak Sangka Rupanya BEKAS DEWI REMAJA 2005/2006 Ini Pernah Pasang Niat Jadi Pembaca Berita!

Sejak daripada pencarian Dewi Remaja diperkenalkan 33 tahun lalu sehingga kini, ramai bakat-bakat baharu telah dilahirkan dan mereka kini berjaya dalam bidang masing-masing termasuklah pengacara dan pelakon hebat tanah air, Scha Al-yahya. Mengakui pembabitannya dalam Dewi Remaja pada awalnya hanya untuk mengisi masa lapang dan menjadi pembaca berita, Scha tak sangka rezekinya datang meluas dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

“Pada awalnya saya menyertai pencarian Dewi Remaja hanya untuk mengisi masa lapang dan tiada sebarang misi. Saya bercita-cita untuk menjadi pembaca berita atau pengacara sahaja, bukan nak jadi pelakon. Selepas enam bulan menjadi juara, baru saya sedar keadaan sudah menjadi semakin serius dan perlu fokus”, jelas Scha mengimbau kembali kenangan.

Tidak menganggap pencarian Dewi Remaja hanya bersandarkan rupa paras semata-mata, ini reaksi ikhlas Scha.

“Bagi saya istilah beauty with brain ini sangat subjektif. Tidak semestinya anda hanya menjadi seorang yang pandai dari segi akademik, tetapi juga harus bijak menguruskan diri sendiri, stres ataupun apa sahaja kontroversi dan spekulasi yang dilemparkan. Hal ini kerana, menjadi seorang yang dikenali dalam industri hiburan pada hari ini, anda tidak akan terlepas peluang untuk menghadapi perkara seperti ini”.

Itu yang akan menunjukkan sama ada kita ini smart secara IQ atau EQ. Namun, kedua-dua itu sangat penting. Beauty with brain akan kelihatan apabila kita tahu cara mengawal emosi dan ujian yang mendatang”, jelas Scha Alyahya yang sentiasa menarik perhatian ramai dengan penampilannya yang on point!

Mengakui Dewi Remaja merupakan saluran terbaik para gadis di luar sana untuk mengembangkan bakat masing-masing disamping meneruskan cita-cita dalam dunia glamour

. Namun, untuk terus mengekalkan nama baik dalam industri, mereka harus menjadi diri sendiri.

“Tidak dinafikan, berat sebenarnya untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemenang Pencarian Dewi Remaja. Semua orang ada membuat silap. Namun, saya harus bijak menyembunyikan kelemahan diri dan memperbaikinya kerana saya mempunyai tangunggjawab besar kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Jangan terlalu tertekan untuk menjadi seorang sempurna. It is okay. You are allowed to make mistakes. It’s just like, did you learn from your mistakes?”, jelas bekas juara Pencarian Dewi Remaja 2005/2006 ini.

“Saya percaya kalau kita belajar daripada kesilapan yang pernah dilakukan dan tunjukkan we can do better from time to time, kita mampu untuk memikul tangunggjawab tersebut dengan cara yang lebih profesional, telus dan tidak dibuat-buat.”, tambah ibu kepada Lara Alana ini.

 

“Apa yang dapat dilihat pada hari ini pemilihan mereka bukan sahaja berdasarkan rupa paras yang cantik. Rata-rata mereka mempunyai beauty with brain dan  kelebihan masing-masing. Di mana saya yakin untuk pencarian kali ini, itulah kriteria yang pihak penganjur titik beratkan. Memang tidak boleh kalau hanya bersandarkan pada paras rupa kerana mereka telah disediakan platform hebat untuk mengembangkan lagi bakat mereka dan tunjuk apa yang mereka boleh sumbangkan kepada industri”, jelas Scha lagi ketika ditemui di sidang media Pengumuman Top 12  Pencarian Dewi Remaja 2018/2019 di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

IKLAN
Share