Desakan hidup dalam dunia globalisasi ini membuat tahap stres semakin meningkat dan menjejaskan produktiviti masyarakat. Stres adalah punca pelbagai jenis penyakit dan juga menjadi salah satu punca daya seksual lelaki semakin menurun.
Mati pucuk bukan suatu penyakit dan boleh diubati. Tetapi masalah yang membelenggu lelaki ini dan boleh membawa kepada kurang yakin kepada diri dan sering tertekan. Perasaan malu bercampur ego membuat kebanyakan lelaki tidak mahu mendapat rawatan yang sewajarnya.
Namun begitu bagi mengelak masalah yang menghantui lelaki ini, elok jika mengamalkan makanan yang boleh membantu melancarkan peredaran darah. Antara makanan yang boleh diamalkan untuk elak mati pucuk adalah;
Madu
Madu dapat menghilangkan zat berbahaya yang memenuhi pembuluh darah dan usus. Madu boleh membantu meningkatkan keupayaan lelaki dan juga meningkatkan sistem ketahanan tubuh. Madu juga membantu melawas pembuangan air besar jika minum madu bersama air secara konsisten.
Halia
Halia memberi perangsang dan membantu darah mengalir ke permukaan. Hal ini menjadikan ia ubat yang penting untuk peredaran darah yang lemah. Halia membantu menstabilkan tekanan darah.
Kurma
Kandungan gula dalam kurma jauh lebih baik daripada kandungan gula pasir. Kurma baik untuk menyembuhkan batuk, selesema, asma, radang saluran pada leher, demam dan masalah hati. Kurma memberikan tenaga tambahan bagi lelaki yang biasa melakukan senaman dan kerja kasar.
Limau bali
Limau bali kaya dengan lycopene iaitu salah satu elemen yang boleh melancarkan perjalanan darah. Limau bali juga dikatakan boleh membantu untuk meningkatkan ghairah seksual untuk lelaki.
Bawang putih
Sejak dahulu lagi bawang putih diketahui sebagai pembangkit keinginan seksual. Dari segi perubatan, bawang putih dapat memperbaiki peredaran darah. Pada ketika ini, ia disebut sebagai enzim nitric oxide synthase (NOS), iaitu satu-satunya enzim yang bertanggung jawab atas mekanisme ereksi. Kajian baru-baru ini menunjukkan, bawang putih merangsang produksi NOS, terutamanya untuk individu yang memiliki paras enzim rendah.
Jambu
Jambu kaya dengan vitamin C yang akan membuatkan lelaki mudah mengalami ereksi.
Jintan hitam
Jintan hitam kaya dengan asid lemak tidak tepu yang membantu mengatur metabolisme, membuang racun, menyeimbangkan paras insulin, mengawal kolesterol dan meningkatkan peredaran darah.
Tembikai
Tembikai mempunyai asid amino yang tinggi yang dikenali sebagai citruline. Bahan ini akan membuatkan tubuh menjadi tenang dan melancarkan perjalanan darah ke zakar. Malah ada sesetengah pakar perubatan mengakui tembikai adalah viagra semula jadi.
Ads
Mangga
Akar pokok mangga di gelar sebagai viagra semula jadi. Ambil satu inci akar pokok mangga dan didihkan dengan dua cawan air. Masak sehingga menjadi satu cawan kemudian minum.
Nanas
Ada negara yang menggelar nanas sebagai ‘buah seks’. Nanas dipenuhi dengan vitamin C yang bukan sahaja baik untuk kulit tetapi, membantu peredaran darah di seluruh tubuh. Nanas juga kaya dengan magnesium yang akan memberi tenaga.
Pisang
Pisang kaya dengan protein yang sangat diperlukan oleh lelaki untuk menguatkan otot-otot. Pisang juga dikatakan dapat membantu zakar mengalami ereksi kerana kekuatan otot ini.
Ads
Strawberi
Strawberi juga dinobatkan sebagai viagra semula jadi oleh sesetengah pakar perubatan. Selain vitamin C, strawberi juga dipenuhi dengan elemen yang boleh memberikan tenaga kepada lelaki untuk bertahan lama di ranjang.
Kiwi
Buah kiwi mempunyai khasiat yang sangat kompleks yang boleh memberi kebaikan secara tidak langsung kepada organ seksual lelaki. Khasiat seperti asid amino dan arginin membantu merendahkan tekanan darah, tetapi hasil kajian mendapati elemen ini akan membantu meningkatkan pula tekanan darah ketika ingin beraksi.
Cili merah
Cili merah membantu menghancurkan gumpalan darah, membuka sinusitis dan saluran udara, mengeluarkan lendir pada paru-paru. Cili merah membantu menghindarkan bronkitis dan jangkitan dalam perut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantiknya dia! Makin meningkat usia dan ada anak, makin berseri-seri kecantikan Nia Ramadhani. Kalau tengok susuk tubuh ibu berusia 29 tahun ini pasti ramai yang tidak menyangka Nia sudah pun mempunyai tiga orang anak. Yang pasti, kejelitaan Nia hari ini lebih menarik berbanding ketika dia masih bergelar anak dara.
Mula mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Anindra Ardiansyah Bakrie pada April 2010.. perkahwinan yang meniti usia hampir sembilan tahun ini lebih bermakna apabila pasangan romantis Indonesia tersebut dikurniakan tiga cahaya mata comel iaitu Mikhayla Zalindra (7 tahun), Manaika Zannati (4 tahun) dan Magika Zalardi (2 tahun).
Walaupun anak-anak masih kecil, tapi penampilan selebriti Indonesia ini tetap menawan dan mencuri perhatian. Bahkan, kemesraan Nia di samping suami tercinta juga cukup intim seolah-olah seperti pasangan baru berkahwin.
Sedang menikmati percutian keluarga di London, Nia atau nama sebenarnya Prianti Nur Ramadhani seorang yang aktif bersukan. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan sukan ski. Antara pergunungan salji yang menjadi pilihan Nia untuk melakukan sukan berkenaan ialah Switzerland, New Zealand dan Australia.
Sering tampil dengan gaya mewah, perkahwinan Nia bersama Ardie Bakrie nyata bukan calang-calang. Ardie Bakrie merupakan ahli lembaga pengarah bagi stesen television TV One dan dilahirkan dalam keluarga ternama Indonesia juga anak bongsu kepada Aburizal Bakrie, seorang usahawan terkaya di Asia Tenggara yang memiliki empayar Bakrie Group.
Mengimbas kembali detik pernikahan gilang-gemilang mereka, antara tetamu kehormat yang menyaksikan majlis ijab kabul Nia dan Ardie Bakrie ialah Presiden Republik Indonesia ketika itu.. Susilo Bambang Yudhoyono. Perkahwinan mereka juga mencipta sejarah tersendiri apabila cincin kedua-dua mempelai bertatahkan darah yang diambil daripada Nia dan Ardie kemudian disatukan di atas batu cincin sebagai lambang sehidup semati selamanya.
Nia memulakan karier seni di Indonesia sebagai penari cilik sebelum mengembangkan bakat dalam industri lakonan. Antara lakonan hebat Nia dan memberi kesan kepada penonton di Malaysia adalah menerusi sinetron popular, Bawang Putih Bawang Merah yang turut dibintangi pelakon handalan, Revalina S Temat.
Foto: Instagram Nia Ramadhani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentuk wajah runcing memang menjadi idaman semua wanita, tetapi bagi yang mempunyai pipi bulat tentu rungsing. Puas sudah berdiet dan bersenam tetapi cuma badan sahaja yang menyusut. Mana nak sorok pipi ini?
Ada teman rapat yang mengatakan bahawa teknik solekan boleh membantu untuk mengecilkan sedikit pipi dan memberi ilusi kurus. Jom terokai ilusi optik ini dengan lebih terperinci.
PERCATURAN WARNA
Adunan rona gelap yang melunturkan solekan manakala rona cerah pula akan menonjolkan solekan. Gunakan konsep ini untuk mencipta wajah yang runcing daripada sebenar. Cuba adunkan warna kontur atau matte bronzer satu atau dua rona lebih gelap daripada warna kulit dan highlighter dengan rona yang lebih cerah daripada warna kulit.
Anda bebas untuk memilih tekstur krim atau serbuk mengikut jenis kulit atau kombinasi di antara keduanya. Namun, apa juga formula yang dipilih pastikan menggunakan berus khusus untuk mengadunkan solekan tersebut.
CIPTA ILUSI
Teknik utama yang perlu dipelajari untuk mencipta ilusi pipi yang runcing ialah dengan aplikasi kontur dari daerah tengah pipi membawa ke hujung telinga. Ketika mahu membuat kontur ini buat ekspresi wajah ‘fish face’ untuk mengetahui kedudukan sebenar teknik ini perlu dilakukan.
Bila sudah berjumpa dengan tempat yang betul, adunkan kontur dengan berus menjadi sempurna. Lebih tinggi peletakan kontur ini lebih tajam tulang pipi anda akan kelihatan. Akhiri dengan menyapu highlighter sepanjang tulang pipi yang akan membantu menyerlahkan teknik kontur tadi.
HIDUNG MANCUNG
Teknik solekan kontur benar-benar telah membuat pipi kelihatan lebih runcing atau kurus daripada pipi yang asal. Apabila pipi sudah sempurna bentuk hidung pula perlu diperindah. Bagi mencipta hidung yang lebih sempurna sapu contouring powder di kiri dan kanan tulang hidung.
Berhenti pada lubang hidung kemudian adunkan highlighter menghala ke luar batang hidung dalam arah vertikal demi mencipta hidung yang lebih mancung.
KECILKAN RAHANG
Solekan merupakan solusi penting mengatasi setiap kekurangan yang tercipta pada wajah. Rahang yang besar boleh dikecilkan dengan teknik yang betul. Sebenarnya mudah sahaja untuk mengecilkan rahang melalui solekan iaitu dengan aplikasi bronzer.
Sapukan bronzer sepanjang garis rahang dan adunkan untuk mencipta bentuk rahang yang diinginkan. Teknik ini juga sangat penting jika anda mahu menyembunyikan dagu berlapis pada setiap potret yang dirakam.
ATURAN MATA DAN BIBIR
Bibir yang penuh mempertegaskan wajah bulat namun, mata yang besar melalui solekan mampu mencipta wajah yang lebih kecil secara perbandingan. Jadi, cuba bermain dengan pengalit mata, pembayang mata dan maskara serta lipstik natural atau hanya pelembap bibir sahaja.
PEMBAYANG MATA
Kuasa pembayang mata begitu penting dalam setiap solekan. Cipta pembayang mata dengan lengkung yang lebih jelas membantu menyeimbangkan bentuk wajah bulat secara vertikal. Secara praktikalnya lakarkan pembayang mata dalam aturan dari kelopak mata ke atas sehingga kening.
HIGHLIGHTING
Bermain dengan teknik highlighting demi mencipta keseimbangan dan ilusi runcing pada wajah. Mula dengan bermain highlighting di tengah-tengah wajah dan di antara kening, sisi hidung, atas bibir dan tengah-tengah dagu. Jangan lupa pula di dahi, adun rona kontur menghala ke kepala dan sekitar garisan anak rambut untuk menekankan struktur tulang dahi. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kulit yang berminyak kadang kala menjadi masalah ketika bersolek. Ia boleh menjejaskan solekan serta mudah luntur. Namun begitu, usah jadikannya sebagai halangan untuk anda tampil berseri.
Ikuti 5 cara berikut.
CUCI MUKA SEHINGGA BERSIH
Perkara pertama sekali perlu anda buat jika kulit berminyak. Cuci muka sebersih-bersihnya sebelum memulakan solekan. Jika kurang bersih kulit akan mudah berjerawat kerana kulit berminyak mudah bertindak balas dengan kotoran yang melekat di wajah. Gunakan pemersih muka yang sesuai agar kulit tidak terlalu kering.
GUNAKAN PRIMERMenggunakan primer sebagai asas membantu solekan tahan lebih lama. Kawasan berminyak seperti zon T (dahi, hidung dan dagu) tidak kelihatan berkilat. Gunakan produk berasaskan bebas minyak khususnya primer, bedak asas, bedak dan pemerah pipi.
PRIMER KHUSUS UNTUK MATA
Ada yang menggunakan concealer bagi menutup lingkaran hitam bawah mata. Namun disarankan agar menghindari concealer di sekitar kelopak mata. Sebaiknya gunakan primer yang dirancang khas untuk mata agar pembayang mata dapat melekat dengan sempurna dan mampu menyerap minyak di kelopak mata.
KURANGKAN PENGGUNAAN BEDAK TABUR
Jika bedak tabur digunakan secara berlebihan dengan harapan minyak di wajah berkurang itu adalah cara yang salah. Ini kerana ia akan membuatkan pori-pori kulit menghasilkan minyak lebih banyak. Maka, gunakan bedak tabur hanya di sekitar yang berkilat atau berminyak. Gunakan jenis berformula matte translucent yang dapat menghilangkan minyak pada semua warna kulit.
KERTAS MINYAK
Sentiasa sediakan kertas minyak yang dapat menyerap minyak berlebihan di wajah. Tekan perlahan kertas minyak di kawasan berminyak saja, bukan dengan cara menggosok-gosok pada kulit wajah. Lakukan dengan cara yang betul.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.