Tak Semua Beruntung Dapat WFH, Jika Terpaksa Bekerja Dr Liyana Nasihat Balik Terus MANDI

Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa 18hb Mac hingga 31hb Mac 2020 bagi mengekang penularan COVID-19.

Foto: BERNAMA

Semua rakyat Malaysia diarahkan untuk berada di kediaman masing-masing dan ada majikan yang membenarkan pekerjanya untuk bekerja dari rumah (work from home – WFH) sepanjang tempoh tersebut.

 

Namun, terdapat beberapa sektor perkhidmatan yang tidak ditutup dalam tempoh berkenaan seperti Telekomunikasi, Perbankan, Kesihatan, Penyiaran, Peruncitan, Bekalan makanan dan perkhidmatan penting negara (essential services) yang lain.

Jika terpaksa keluar bekerja tak perlu risau kerana masih boleh melakukan langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko penyebaran penyakit COVID-19 ini. Dr Liyana Dhamirah yang juga pengacara bagi rancangan “My Doctors” berkongsi tip keluar beberja ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Dr Liyana Dhamirah

“Yang masih perlu bekerja seperti diri saya sendiri, balik haruslah terus MANDI sebaik saja sampai di rumah dan sentiasa mengamalkan langkah-langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko menyebarkan penyakit kepada ahli keluarga,” kata Dr Liyana.

Dr Liyana Dhamirah

Di samping itu Dr Liyana juga turut berkongsi ramai yang masih keliru dengan tentang Perintah Kawalan Pergerakan ini. “Ramai yang masih keliru, social distancing? Partial lockdown? So I think let me help make it clear, as it is not ‘cuti cuti berjemaah’ as this is a serious matter,” tulis Dr Liyana sambil mencatatkan tip penting apa yang perlu dilakukan sepanjang tempoh 2 minggu ini;

KENDURI/MAJLIS/TAHLIL


Semua jenis majlis keramaian yang melibatkan rakan atau ahli keluarga yang bukan dari keluarga rapat dan yang anda tidak pasti pergerakan hidup mereka haruslah ditunda, atau jika perlu diteruskan hanya melibatkan keluarga asasi dan sangat rapat sahaja.
Gambar hiasan

TEMU JANJI KLINIK/HOSPITAL
Kebanyakan klinik sudah menunda temujanji pesakit stabil, jika tidak pasti tolong hubungi klinik tersebut. Ubat akan diteruskan sehingga temu janji akan datang, dan masih boleh diambil dari farmasi oleh ahli keluarga tidak perlu pesakit yang datang sendiri bagi mengurangkan risiko. Sekiranya masih ada temu janji di klinik atau hospital tolonglah datang dengan seorang sahaja peneman dan bukan sekeluarga. Kes-kes kecemasan masih seperti biasa.

WARGA EMAS/KANAK-KANAK
Sewajarnya hanya duduk di rumah dan tidak perlu keluar.

Gambar Hiasan. Foto: Instagram @aydajebat

MEMBELI KEPERLUAN
Walaupun kedai masih dibuka, tetapi hadkan seorang/dua sahaja dari keluarga untuk pergi membeli barangan keperluan dan bukan sekeluarga, anak pinak ramai-ramai.

Gambar hiasan

AKTIVITI SOSIAL
Tidak patut diadakan sama sekali, makan di tempat awam juga sepatutnya tidak berlaku, kedai makan hanya patut menawarkan khidmat take away.

“Diharap tiada lagi kekeliruan, kerana masih ada yang tidak pasti apa yang patut dilakukan dalam partial lockdown. Duduk saja di rumah bersama keluarga anda jika tiada keperluan untuk keluar seperti di atas. Berikan lah kerjasama agar isu ini tidak berleluasa dan dapat dikawal sebelum keadaan menjadi lebih teruk dan darurat lebih ketat harus dilaksanakan,” tegas Dr Liyana.

IKLAN
Share