Nona kini berada di dalam aplikasi   
Nona kini berada di dalam aplikasi   
Home Inspirasi Tak Semua Orang Terus Senang, DSV Pernah Jual Kacang Putih Demi Sepasang...

Tak Semua Orang Terus Senang, DSV Pernah Jual Kacang Putih Demi Sepasang Baju Raya

Untitled design - 2020-05-14T132302.136

Dalam kehidupan ini tidak semua orang lahir dalam ‘dulang emas’. Namun apabila mampu mengecap kejayaan dengan usaha sendiri memang suatu kepuasan yang sukar diungkap dengan kata-kata.

Tak Semua Orang Terus Senang, DSV Pernah Jual Kacang Putih Demi Sepasang Baju Raya

IKLAN

Dato’ Sri Vida adalah di antara jutawan wanita yang telah berjaya meluaskan empayar perniagaan sendiri dengan hasil titik peluhnya sendiri. Di sebalik wajah cerianya tersimpan seribu kisah ketika zaman kanak-kanaknya dahulu.

Tak Semua Orang Terus Senang, DSV Pernah Jual Kacang Putih Demi Sepasang Baju Raya

“Kenangan menyambut hari raya ketika zaman kanak-kanak merupakan nostalgia yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Nostalgia ini membesar bersama-sama untuk dikenang.

Kehidupan saya waktu kecil dahulu membesar dalam keluarga yang susah. Istilah memiliki sepasang baju raya ketika itu sangat besar maknanya. Namun, saya bukan seorang kanak-kanak biasa yang akan menangis teresak-esak kerana tidak memiliki sepasang baju baru yang digelar baju raya.Tak Semua Orang Terus Senang, DSV Pernah Jual Kacang Putih Demi Sepasang Baju RayaSaya tahu kalau tak ada duit maka tak boleh beli baju raya. Jadi, saya usaha sendiri beli baju raya. Saya berniaga kacang putih pada bulan puasa untuk beli sepasang baju raya. Sampai sekarang saya ingat tiap kali nak beli baju raya. Kenangan yang tak akan saya lupa apabila mengimbau waktu saya susah dulu,” tutur Dato’ Sri Vida jujur.

Tak Semua Orang Terus Senang, DSV Pernah Jual Kacang Putih Demi Sepasang Baju Raya

Benar kata pepatah, Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. “Kehidupan manusia tidak akan berubah andai kita sendiri yang tidak mengubahnya. Saya berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan dan tidak mahu anak-anak saya mencipta pengalaman seperti saya dahulu.

Kini, biasanya saya tak ada banyak baju raya sebab saya hanya menyambut raya hanya dua atau tiga hari sahaja, selepas itu saya akan terus bekerja. Seperti keluarga yang lain keluarga saya juga mempraktikkan pakaian sedondon setiap kali tiba pagi Syawal.

Tak Semua Orang Terus Senang, DSV Pernah Jual Kacang Putih Demi Sepasang Baju Raya

Kami akan menetapkan satu warna dan semua orang akan menempah atau membeli baju mengikut tema yang telah ditetapkan. Semua sedara mara saya akan sedondon di pagi raya. Anak dara saya yang seorang itu pun akan pakai baju kurung walaupun hari-hari biasa dia tak suka pakai baju kurung,” kata Dato’ Sri Vida yang terkenal dengan baju kurung moden potongan peplum ini.

Tak Semua Orang Terus Senang, DSV Pernah Jual Kacang Putih Demi Sepasang Baju Raya

IKLAN

Kebahagiaan yang terindah menyambut Aidilfitri sudah tentu ketika dikelilingi dengan keluarga yang tercinta. “Bagi saya hari lebaran adalah masa yang berharga untuk diluangkan bersama keluarga.

Meniti kehidupan bernama Dato’ Sri Vida membuatkan saya terpaksa berkorban masa dengan keluarga terutama anak-anak. Saya jarang ada masa diluangkan untuk bersama mereka. Jadi kehadiran Syawal ini saya kaut sepenuhnya untuk bersama insan-insan tersayang dalam keluarga.

Tak Semua Orang Terus Senang, DSV Pernah Jual Kacang Putih Demi Sepasang Baju Raya

Tradisi Aidilfitri keluarga kami tidak banyak berbeza dengan keluarga yang lain. Setiap kali tibanya pagi Syawal kami sekeluarga akan bersalam-salaman dan memohon ampun dan maaf seandainya andai ketelanjuran kata sehingga menggores hati yang tidak disengajakan.

IKLAN

Tak Semua Orang Terus Senang, DSV Pernah Jual Kacang Putih Demi Sepasang Baju Raya

Kanak-kanak sudah pasti orang yang paling gembira ketika di pagi raya untuk menerima duit raya. Memang seronok melihat anak-anak saudara datang berkunjung dan beratur ramai-ramai menanti giliran menerima duit raya.

Tak Semua Orang Terus Senang, DSV Pernah Jual Kacang Putih Demi Sepasang Baju Raya

Hari raya tidak akan sempurna tanpa menikmati juadah raya yang begitu istimewa. Menu Aidilfitri yang paling digemari dan wajib dibuat tiap-tiap tahun sudah pasti ketupat dan sambal ikan bilis. Dua menu ini merupakan juadah wajib buat kami sekeluarga.

Tak Semua Orang Terus Senang, DSV Pernah Jual Kacang Putih Demi Sepasang Baju Raya

Biasanya keluarga kakak dan adik saya akan datang menyambut Syawal bersama-sama di kediaman ini. Suasana riuh apabila berkumpul beramai-ramai memang mencipta suasana,” ungkap Dato’ Sri Vida sambil membetulkan selendang yang jatuh di atas bahu.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI