Industri kecantikan dan kesihatan dunia bergerak pantas. Nilai kepesatan industri ini dianggarkan mencecah RM151 bilion (£26.7 billion) pada tahun 2022 dengan pelbagai kaedah serta penemuan saintifik kecantikan baru diperkenalkan.
Begitu banyak petua kecantikan atau beauty hacks yang meraih tontonan tinggi di atas talian, terutama sekali menerusi platform media sosial seperti TikTok, Instagram dan sebagainya.
Namun tahukah anda, tidak semua petua tersebut selamat dicuba? Pendedahan pakar estetik dari Vera Clinic, Dr Waleed Taleb, antara yang patut menjadi perhatian para pencinta kecantikan.
Skin Icing
Kiub ais diratakan ke seluruh muka
Trend penjagaan kulit terbaharu yang menjanjikan keserian wajah ini telah mendapat tontonan 10.3 juta di TikTok. Dengan meratakan kiub ais ke seluruh muka, ia dikatakan mampu mengecilkan pori-pori sekaligus menjadikan wajah ‘terbentuk cantik’ dan anjal.
Sungguhpun kedengaran biasa tapi hakikatnya, perubahan suhu yang mendadak pada kulit boleh membuatkan kulit merengsa serta kemerah-merahan. Sebaik-baiknya dapatkan saranan pakar sebelum dicuba.
Slugging
Jeli petroleum dijadikan masker dan dibiarkan semalaman (Foto: Getty Images)
Satu lagi trend yang viral ialah ‘slugging’. Ia bermaksud melumur wajah dengan Vaseline seperti masker dan dibiarkan semalaman untuk melembapkan kulit. Beauty hacks ini telah mendapat 117.1 juta tontonan di TikTok.
Ads
Tapi sayangnya, Vaseline atau produk jeli petroleum boleh menyumbat liang pori dan membuatkan jerawat tumbuh semakin banyak. Adalah lebih sesuai menggunakan krim pelembap malam yang sesuai untuk jenis kulit anda.
Microneedling
Rawatan menggunakan derma roller di rumah
Microneedling merupakan rawatan kecantikan menggunakan derma roller untuk mencucuk kulit menggunakan jarum-jarum halus. Ia dikatakan baik untuk meregenerasi kolagen agar kulit tampil lebih lembut dan tegang.
Dengan capaian 364.9 juta tontonan, rawatan microneedling tanpa pengawasan pakar sebenarnya berisiko tinggi. Ia boleh mengakibatkan reaksi alahan daripada krim atau serum yang dioles (selepas rawatan microneedling) dan luka yang terhasil boleh terinfeksi jika tidak dijaga dengan betul.
Selain itu, cucukan jarum juga boleh menyebabkan iritasi dan kegatalan kulit. Pastikan anda mengambil tahu tentang kesan-kesan sampingannya sebelum memulakan prosedur.
Ads
Urutan Gua Sha
Gua sha tradisional biasanya terbuat daripada tanduk lembu
Teknik yang kian popular sebagai langkah terakhir dalam rutin kecantikan. Urutan gua sha dikatakan baik untuk melicinkan kulit, menganjalkan dan melambatkan penuaan.
Dengan tontonan mencecah 92 juta, peralatan gua sha yang kebiasaannya diperbuat daripada batuan kristal ini hakikatnya belum dibuktikan kesahihannya secara klinikal.
Ads
Menggunakan ubat gigi
Dengan harapan dapat meredakan jerawat dan cela gelap, petua menggunakan ubat gigi pada kulit sebenarnya tidak berkesan. Kandungan ubat gigi itu sendiri akan mengeringkan kulit dan menyebabkan iritasi. Tak berbaloi mencubanya!
Buat sendiri masker muka
Begitu banyak perkongsian DIY masker dan skrub muka mudah menggunakan bahan-bahan dapur seperti lemon, madu, gula dan kopi. Nah, meskipun semua bahan di atas tidak menjejaskan kulit namun tekstur eksfoliasi yang terhasil (daripada gula contohnya) boleh membuatkan kulit berubah kasar.
Lebih baik gunakan masker atau skrub yang dijual di farmasi. Ia bekerja lebih efisien dan selamat untuk wajahmu!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpikat dengan keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. 20 Mei lalu, Baginda berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-96 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.
Dalam titah Baginda yang juga Pro-Canselor UiTM pada hari pertama istiadat, Baginda mahu agar kualiti pengajaran dan pembelajaran di universiti dipertingkatkan dalam memastikan kakitangan serta pelajar mempunyai kepakaran yang cukup dan akses kepada sumber pembelajaran terkini.
Kredit Facebook @selangorroyalofficeKredit Facebook @selangorroyaloffice
Baginda bertitah, peningkatan kualiti tersebut bertujuan untuk memastikan pelajar khususnya, diberikan sokongan untuk memahami kandungan pengajaran dengan baik.
Universiti juga perlu melaksanakan program persediaan agar pelajar dapat bersaing di peringkat global, antaranya program persediaan yang mencakupi aspek bahasa, kebudayaan dan kepakaran teknikal.
Titah Baginda lagi, dengan lambakan maklumat yang ada pada hari ini dari pelbagai saluran media, kemampuan dan kemahiran menganalisis data dengan menggunakan aplikasi serta sebarang tindakan dalam membuat keputusan malah menyelesaikan masalah, merupakan ‘sharp skills’ yang perlu dikuasai warga universiti.
Kredit Facebook @selangorroyalofficeKredit Facebook @selangorroyalofficeKredit Facebook @selangorroyalofficeKredit Facebook @selangorroyaloffice
Dalam pada itu, Tengku Permaisuri Norashikin turut bertitah bahawa kurikulum UiTM harus digubal selaras dengan keadaan serta permintaan semasa dan ia perlu datang daripada pemegang taruh dalam konteks bagi meningkatkan ketampakan modal insan negara.
Istiadat konvokesyen selama 15 hari sehingga 3 Jun ini menyaksikan seramai 24,713 graduan menerima ijazah kedoktoran, sarjana, sarjana muda, diploma dan sijil profesional dalam bidang masing-masing.
Kredit Facebook @selangorroyalofficeKredit Facebook @selangorroyalofficeKredit Facebook @selangorroyaloffice
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Datuk Seri Rossa kembali menjadi sorotan di peringkat antarabangsa apabila diva kesayangan Indonesia ini tampil membuat persembahan di salah satu stesyen televisyen China baru-baru ini.
Terbaru, Rossa tampil di stesyen televisyen China sempena perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Penampilan Rossa ternyata memukau dengan balutan kebaya merah sambil mendendangkan lagu Bengawan Solo.
Bengawan Solo merupakan sebuah lagu Indonesia yang sangat terkenal yang menceritakan tentang Sungai (Bengawan) Solo yang mengalir melalui Jawa Tengah dan Jawa Timur Indonesia sekaligus merupakan sungai terpanjang di Indonesia.
Meskipun tampil menyanyikan lagu tersebut secara virtual dalam tempoh yang sekejap, Rossa muncul dalam layar besar menyanyikan lagu Bengawan Solo diiringi muzik dan penyanyi latar yang tampil secara live.
Menurut Rossa, perayaan Tahun Baru Cina kali ini merupakan detik istimewa buat dirinya apabila diberi penghargaan menjadi sebahagian dari projek “Spring Festival Gala 2023” di mana dia mendendangkan lagu Bengawan Solo dan Jasmine Flower sambil ditonton oleh lebih 1juta rakyat China di Republik Rakyat China.
Melihat posting Rossa di laman Instagram miliknya, dia menggayakan kebaya merah rekaan Anne Avantie yang sememangnya merupakan pereka busana kebaya kontemporari popular di Indonesia. Sementara itu, @rinaldyyunardi melengkapkan penampilan aksesori buat empunya nama penuh Sri Rossa Roslaina Handiyani ini.
Presiden Indonesia, Jokowi antara kenamaan yang sering mengenakan busana rekaan Anne Avantie.
Kebaya hasil rekaan Anne Avantie sering digayakan oleh golongan selebriti dan pemimpin Indonesia antaranya termasuklah Presiden Indonesia, Joko Widodo atau JOKOWI di acara rasmi negara.
Anne Avantie (Kanan) bersama Erina GudonoMenantu Presiden Jokowi, Erina Gudono turut mengenakan busana sedondon suaminya, Kaesang rekaan Anne Avantie.
Saat wajahnya di-close up, Rossa terlihat sangat cantik dalam balutan kebaya merah rancangan Anne Avantie yang dia pakai. Tatanan rambut, makeup, dan hiasan kepala yang dikenakan juga membuat Rossa terlihat kian memesona.
Penampilan Rossa saat muncul di stasiun TV China banjir pujian. Di instagram, Rossa mengunggah potongan video penampilannya. Postingan itupun mendapatkan banyak pujian dari netizen hingga kalangan selebriti.
Dari berbagai pujian yang dilayangkan untuk Rossa, banyak netizen yang mengaku bangga. Wajar saja, pasalnya lewat penampilan kali ini, Rossa telah memperkenalkan kebaya dan lagu Bengawan Solo pada dunia. Apalagi di acara tersebut, Rossa berhasil tampil dengan sangat memukau.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah mendapat julukan majlis perkahwinan ‘Asian Wedding of the Year’ kira-kira 16 tahun yang lalu, pesona Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah masih menjadi bualan hingga ke hari ini. Tidak hanya dikurniakan rupa paras lembut menawan… Pengiran Anak Sarah turut menjadi tumpuan di negara ini kerana penampilan baginda yang mempesona di samping tingkah laku yang sarat dengan nilai wanita Timur.
Diputerikan sebagai Dayangku Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman pada 9 April 1987 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Bandar Seri Begawan, Brunei, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah merupakan satu-satunya puteri kepada pasangan Yang Mulia Pengiran Salleh Abdul Rahaman dan Yang Bahagia Rinawati binti Abdullah.
Mengimbas kembali detik bersejarah majlis perkahwinan gilang-gemilang Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, pasangan diraja ini mengenakan busana rona biru yang turut menyaksikan ia dihadiri orang kenamaan, keluarga diraja asing di Istana Nurul Iman.
Kedua-dua pasangan diraja ini dibawa menaiki kereta open-topped Rolls-Royce dan mengelilingi seluruh Bandar Seri Begawan sambil disambut masyarakat di sepanjang jalan. Hasil perkahwinan selama hampir 16 tahun, baginda berdua dikurniakan dua putera iaitu Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman serta dua puteri, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.
Pada awal Februari 2020, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat menyaksikan hari terakhir Kejohanan Renang Sprints Brunei ke-7 yang berlangsung di Kolam Renang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Dua tahun lalu, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berkolaborasi dengan usahawan wanita Malaysia, Datin Vivy Yusof yang merupakan pengasas The Duck
Group dan FashionValet bagi menghasilkan empat koleksi skaf edisi terhad iaitu The Royal Duck.
Kredit foto: Instagram Brunei Royal Family & Sarhmhtdee
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.