Bagi yang gemar menonton filem-filem Bollywood pasti akan mengenali wajah jelita ini. Aktres kacukan India-Inggeris ini mampu membuatkan sesiapa saja ‘cair’ bila melihatnya.
Bukan saja terkenal dengan bakat lakonan yang hebat malah kejelitaannya sering menjadi perhatian. Katrina Kaif sering tampil cantik meski tanpa solekan. Dapat bayangkan betapa aslinya kecantikan yang dimiliki Katrina walaupun kini usianya 39 tahun.
Ternyata, Katrina Kaif bertuah kerana dilahirkan ‘sempurna’ dengan kecantikan asli umpama bidadari. Cantik, tinggi, langsing serta berkulit mulus dan halus. Paling terpesona adalah senyumannya yang sangat manis.
Katrina Kaif dilahirkan pada 16 Julai 1983 di Hong Kong, China. Dia pernah membintangi filem Boom di samping bintang legenda tersohor, Amitabh Bachchan. Sebelum bergelar aktres, Katrina Kaif memulakan kariernya sebagai seorang model. Ketika itu Katrina Kaif berusia belasan tahun.
Bapanya, Mohammed Kaif berasal dari Kashmir. Manakala ibunya, Suzanne Turquotte berketurunan Inggeris dan pernah bergelar pengacara serta sukarelawan. Menariknya lagi, ibu Katrina Kaif ini adalah lulusan Harvard University, hebatnya! Patutlah Katrina Kaif pun cantik dan bijak.
Ads
Adik bongsunya iaitu Isabelle Kaif turut mengikut jejak langkah Katrina Kaif dalam dunia lakonan. Sama seperti kakaknya, Isabelle Kaif turut mewarisi kecantikan ibu mereka yang berdarah Inggeris. Cantik dan berbakat Isabelle Kaif ni, macam kakaknya.
RAHSIA CANTIK Kalau nak tahu, rutin kecantikan yang diamalkan Katrina Kaif sebenarnya sangat simple. Katrina Kaif sememangnya seorang yang sangat menitikberatkan penjagaan kecantikan dalaman serta luaran. Kecantikan kulit sangat penting bagi Katrina Kaif.
Salah satu cara Katrina Kaif menjaga kulitnya ialah dengan sentiasa mengekalkan kesegarannya. Dia mengamalkan minum air putih pada setiap pagi. Dengan banyak minum air putih, aliran darah menjadi lebih lancar sehingga kulit kelihatan berseri-seri.
Ads
Selain itu, Katrina Kaif juga antara aktres yang sering tampil jelita dengan solekan yang tidak berlebihan. Adakalanya Katrina Kaif juga sering tampil polos tanpa sebarang solekan jika tiada sesi penggambaran menyerlahkan lagi kecantikan asli yang dimiliki.
Bagi Katrina Kaif apa yang penting adalah sentiasa menjaga bibir agar kekal lembab dan kulit terhindar daripada sinar ultraviolet. Maka sebab itulah Katrina Kaif tidak pernah lupa untuk membawa lip balm dan sun block bersama walau ke mana jua dia pergi.
Ads
Cantik sahaja tidak memadai kerana bagi Katrina Kaif kesihatan juga perlu seiring. Sebab itulah aktres jelita ini rajin melakukan aktiviti kecergasan antaranya berenang, jogging dan latihan beban. Menari, yoga dan meditasi juga tidak ketinggalan.
Sementara itu, pola pemakanan yang seimbang turut melengkapi rutin harian Katrina Kaif. Dietnya sederhana sahaja yang mana dia mengelakkan terlalu banyak karbohidrat dalam pemakanan. Katrina Kaif gemar memakan sayur serta buah-buahan segar.
Kesimpulannya, Katrina Kaif bijak menyeimbangkan antara kecantikan luaran dan dalaman. Baginya, kecantikan sejati datangnya dari hati. Jika seseorang merasa baik di dalam maka kecantikan itu akan terserlah jua pada luaran.
Kredit Foto: Instagram Katrina Kaif
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak puas mata memandang kejelitaan wajah anak perempuan Azura Abdul Karim. Ternyata, Sarah Amanda Sahruddin mewarisi kecantikan ibunda tersayang yang merupakan bekas personaliti televisyen popular era 90an.
Raut wajah lembut Sarah atau mesra disapa Yaya membuatkan sesiapa saja pasti tertawan melihatnya.
Sarah Amanda Anak Azura Karim Jadi Isteri
Menerusi perkongsian Sarah di Instagram, anak keempat Azura Karim berkenaan memuat naik hari bersejarahnya baru-baru ini.
Dalam perkongsian itu juga kelihatan Sarah anggun dalam persalinan putih sambil memegang bunga tangan orkid.
Bagaimana pun, wanita berusia 28 tahun ini tidak mendedahkan secara lanjut mengenai majlis pernikahan.
Sarah Amanda Wanita Bijak & Cantik
Sarah sebelum ini pernah menjadi bualan hangat di warga maya kerana kebijaksanaan dan wajah cantiknya ketika tamat pengajian di University of the West of England (UWE) pada tahun 2018.
Dia merupakan graduan lulusan Bachelor of Arts (Hons) in Accounting and Finance.
Kini Sarah Amanda dilaporkan berkhidmat di PETRONAS dan sedang mengikuti Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di Sunway College secara separuh masa.
Sementara itu meninjau perkembangan Azura Abdul Karim, bekas pramugari Malaysia Airlines ini rancak mengusahakan bisnes Deco Patch by Azura Karim yang menghasilkan beg, mug dan tiffin.
Pelakon terkenal Liza Soberano mungkin tidak asing di bumi Filipina. Manakan tidak, Liza yang merupakan selebriti wanita berkacukan Filipina-Amerika ini cukup berbakat besar selepas muncul dalam siri Forevermore. Selepas itu, populariti Liza dilihat semakin menyerlah apatah lagi dikurniakan penampilan dan raut wajah yang sangat jelita.
Wajahnya juga sudah beberapa kali tersenarai dalam senarai “The 100 Most Beautiful Faces”. Liza mengungguli senarai tersebut pada tahun 2017, dan juga tahun-tahun seterusnya. Selain itu, aura dan personaliti Liza Soberano kian menjadi dambaan kempen jenama kecantikan seperti Maybelline dan lain-lain.
Jadi apa rahsia kecantikan dan keanggunannya? Menurut Cosmo Filipina, ini dia tip kecantikan Liza Soberano yang boleh anda aplikasikan.
Hidrasi itu penting!
“Saya mempunyai kulit yang kering sejak kecil dan salah satu petua kecantikan terbaik yang saya amalkan adalah untuk sentiasa memastikan kulit saya lembap.”
Biarkan kulit mengelupas dengan sendirinya.
Kanak-kanak perempuan dengan kulit kering, sila ambil perhatian: “Saya sering menggosok dan menggaru kulit saya bila ia mengelupas. Lama kelamaan saya menyedari ianya tidak baik untuk kulit dan hanya akan menjadikannya semakin kering. Apa yang saya buat. Saya akan membiarkan kulit saya mengelupas dengan sendirinya.”
Tanggalkan solekan secepat mungkin.
Disebabkan kesibukan sesi penggambaran dan rakaman, Liza mengakui kulitnya perlu dan selalu disolek. “Bila kulit anda terdedah dengan bahan alat solek untuk tempoh masa yang lama, ia akan menyebabkan kulit wajah anda kusam dan kering. Jadi, saya pasti akan mencuci muka dan menanggalkan solekan sebaik sahaja kamera berhenti merakam”.
Elak mekap jika boleh
“Saya sebenarnya lebih suka keluar rumah dengan gaya natural tanpa solekan. Saya hanya akan memakai balsem bibir”, jelas Liza. Memandangkan kulitnya terdedah kepada banyak tekanan, inilah cara dia memastikan kulitnya tidak berjerawat atau mengelupas.
Liza bersama dengan teman lelakinya, yang juga seorang pelakon popular, Enrique Gill
Kulit anda juga perlukan bantuan
Apabila bercakap tentang penjagaan kulit, Liza juga turut mendapatkan rawatan menerusi Program Kualiti Kulit yang disesuaikan daripada Dr. Vicki Belo. Salah satu rawatan kegemarann Liza dari Belo Medical Group ialah Angel Whitening, yang membantu menjadikan kulitnya “lebih ringan, lebih cerah dan kelihatan segar selepas itu.”
Orangnya memang cantik. Tidak dinafikan Siti Saleha antara selebriti tanah air yang bebas daripada kontroversi. Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, jarang dengar berita kurang enak mengenainya.
Bahkan Siti Saleha cukup menjaga privasi dan hanya berkongsi aura positif serta aktiviti seni di media sosial miliknya.
Tidak hairanlah, dia menjadi pilihan pengarah dan penerbit filem. Malah wajah cantik pelakon drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku ini juga sering menghiasi kempen promosi bagi kebanyakan jenama mewah antarabangsa.
Baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-33 pada 14 Mac lepas, Siti Saleha Baharom merupakan adik kepada vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam.
Siti Saleha juga berkesempatan menghadiri majlis berbuka puasa bersama kelab peminatnya baru-baru ini. Mesra melayan peminat, pastinya mereka inilah yang menjadi penyokong utama Siti Saleha dalam industri seni.
Selain berbakat besar sebagai pelakon, Siti Saleha juga ada bakat sebagai pengacara televisyen dan menjadi juri jemputan bagi Muzikal Lawak Superstar 3.
Hasil kerja keras dalam industri, Siti Saleha pernah meraih anugerah Pelakon TV Wanita Popular ke-33 dan pada Februari lalu, dia merangkul Anugerah Telenovela bagi kategori Pelakon Wanita Telenovela Popular.
Dia dikhabarkan mula bekerja sejak usia 18 tahun dan pada ketika itu sudah mula berdikari dan hidup sendiri.
Sebelum ini, Siti Saleha turut melakar kejayaan manis apabila meraih anugerah kategori Asian Model sempena penganjuran Asia Model Festival 2020 yang pernah dirangkul dua selebriti popular tempatan iaitu Amber Chia dan Amelia Henderson.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.