Tak seperti Che Ta, ibu kepada tujuh orang anak ini sebenarnya seorang yang tak banyak cakap. Tapi jiwanya sarat dengan naluri keibuan dan mudah tersenyum dengan sesiapa saja. Meskipun jelas kelihatan garis usia di raut wajah Zabedah Saad, namun jika diamati fizikal ibu kepada selebriti popular Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah ini… memang cantik orangnya. Tak hairanlah, kelima-lima anak perempuannya sering dapat perhatian ramai. Mewarisi kecantikan ibunda tersayang rupa-rupanya!
Tanpa berselindung, ibu berusia 67 tahun ini membongkar rahsia. Sambil mengakui tidak mengambil sebarang ubat-ubatan, dia menyusun kata. “Tak ada rahsia dan makan apa-apa pun. Tak ambil jamu dan tak ambil juga ubat. Cuma masa dalam pantang lepas bersalin tu je jaga makan.
Anak perempuan Zabedah Saad
Dulu, waktu berpantang memang tak sentuh ‘makanan-makanan sejuk’ sampai tiga hingga enam bulan. Sayur pun tak makan termasuk laksa. Rasanya, lebih daripada setahun kot baru makan. Lagi satu, saya amalkan bertungku 4 kali sehari. Makan pula hanya dua kali.
Waktu pagi tu minum kopi O yang ada sedikit gula dengan biskut kering. Tengah hari baru makan nasi. Itu pun dengan lauk ikan masin bakar dan lada. Ikutkan petua orang dulu-dulu, makanan berkuah seperti gulai pun mereka tak bagi ibu lepas bersalin makan. Sudahnya, memang ikut saja apa yang mak ajar.
Ads
Bukan kena jaga makan je, masa berpantang dulu pun tak digalak minum air. Sampai kadang-kadang tu terlupa nak minum. Tahu-tahu saja dah sedu,” telus Puan Zabedah sambil tersenyum dan masih menerapkan amalan sama ketika menjaga kesemua anak perempuannya selepas bersalin.
Ads
“Che Ta, masa saya sedang berpantang dia akan tunggu je kalau nasi tak habis makan. Dia memang suka lauk orang berpantang ni. Dari dulu lagi pun dalam adik-beradik, Che Ta ni lain sedikit. Saya tak bagi sangat anak-anak pegang adik mereka yang baru lahir. Tapi Che Ta, dia akan beria tolong basuhkan adiknya bila buang air besar atau mandikan mereka. Sebab dia suka pegang baby.”
Pernah lalui hidup susah ketika membesarkan ketujuh-tujuh orang anak memaksanya membuat bermacam-macam pekerjaan demi menyara keluarga. Salah satu cara mendapatkan wang adalah dengan mengambil tempahan baju. “Dulu ada juga ambil tempahan baju daripada jiran-jiran. Dalam sehari tu, dapatlah siapkan tiga pasang baju. Ada yang hantar minta buat baju kurung, mini kurung, kebaya dan sebagainya. Bab sediakan baju raya anak-anak, ada antara mereka yang tak kisah ada juga yang minta pattern tertentu.
Ads
Biasanya, Che Ta yang paling suka berfesyen. Kalau orang lain suka satu keluarga pakai warna sedondon tapi kami hanya tetapkan bunga saja perlu sama tapi warna baju boleh lain-lain. Anak-anak tak berapa pandai jahit baju tapi kreatif cantikkan baju dengan jahitan labuci.”
Sebelum menutup bicara, Puan Zabedah yang selesa berbual dalam loghat Kedah ini berkongsi resipi sihat. “Kalau nak buang angin dalam badan, boleh cuba resipi telur ni. Ambil telur ayam sebaiknya ayam kampung dan campurkan bersama lada hitam, halia dan bawang putih.
Pastikan bahan-bahan kering ni ditumbuk sampai lumat sebelum dimasukkan dalam telur. Bubuh garam sedikit dan kacau rata. Goreng tanpa menggunakan minyak dan makan dengan nasi. Ini adalah petua turun-temurun dan anak-anak saya pun masih makan hidangan ni sampai sekarang.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ternyata anakanda Duli Yang Maha Mulia (DYMM)Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin iaitu Nur Amanda Mustapha Kamal mewarisi kecantikan ibunda tersayang.
Sejak pertama kali warga maya mengenali anak sulung Tengku Permaisuri Norashikin, ramai yang ingin lebih mengenali gadis jelita berkenaan.
Personaliti Nur Amanda meraih perhatian ramai apabila foto graduasinya di sebuah universiti luar negara dikongsikan secara eksklusif di laman media sosial rasmi Selangor Royal Office pada 11 November tahun lalu.
Yang pasti, perkongsian tersebut mendapat banyak reaksi masyarakat yang teruja dengan Nur Amanda yang bijak dan memiliki rupa paras menawan.
Jelas terserlah wajah gembira keluarga diraja ini dengan pencapaian Nur Amanda di menara gading.
Lebih bermakna, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke University of Bristol di bandaraya Bristol, United Kingdom bagi menghadiri majlis graduasi anakanda sulung Baginda.
Nur Amanda yang kini menginjak usia 23 tahun berjaya menamatkan pengajian dari universiti berkenaan dan menerima Ijazah Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Mekanikal (Master of Engineering in Mechanical Engineering).
Menerusi foto-foto yang dikongsikan kelihatan Amanda mewarisi kejelitaan ibunda tersayang.
Lengkap mengenakan jubah konvokesyen, Amanda tampil ceria di samping DYMM Tengku Permaisuri Norashikin yang anggun menyarung persalinan tradisi royal blue dipadankan bersama beg tangan Chanel rona kelabu dan rantai mutiara sebagai pelengkap gaya.
Pada 20 Jun lalu, Amanda kelihatan hadir mengucapkan selamat berangkat kepada DYMM Sultan Selangor dan ibunda yang berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah Haji.
Dia anggun memakai persalinan rona ungu dan lengkap berselendang. Tidak dinafikan, Amanda nampak cukup ayu dalam penampilan berkenaan.
Semoga Amanda terus sukses dalam apa juga lapangan kerjaya yang diceburi dan menjadi inspirasi untuk melanjutkan pengajian ke menara gading.
Memang tak pernah jemu tengok kecantikan yang dimiliki Thalia! Sekali terpandang wajahnya mesti nak tengok berkali-kali. Bagi peminat drama Latin pasti mengenali aktres rupawan yang pernah membintangi telenovela popular Maria Mercedes tahun 1992 ini.
Aura mempersona selebriti Mexico ini memberi impak kepada peminat drama bersiri tersebut sampai ke hari ini.
Mana tidaknya, tanggal 26 Ogos lalu merupakan ulang tahun kelahiran ke-52 Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda.
Dirai suami tercinta dan kenalan rapat, Thalia yang anggun mengenakan persalinan dress berkongsi momen sambutan hari lahir baru-baru ini. Ujarnya, “Happy birthday to me.”
Kredit Instagram @thaliaKredit Instagram @thaliaKredit Instagram @thaliaKredit Instagram @thalia
Melihat penampilan dan raut wajah bintang Rosalinda ini, meskipun sudah berusia lebih 50 tahun namun aura Thalia tetap menyerlah. Seri wajahnya sejak membintangi telenovela popular berkenaan tetap memikat.
Thalia bergelar isteri kepada Tommy Mottola yang juga Pengerusi Mottola Media Group dan bekas CEO Sony Music pada 3 Disember 2000.
Hasil perkongsian hidup bersama jutawan kelahiran Amerika berkenaan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sabrina Sakae Mottola Sodi berusia 15 tahun dan Matthew Alejandro Mottola Sodi, 12 tahun.
Tommy yang bertindak selaku penerbit muzik dan buku serta usahawan berjaya dalam industri seni Amerika ini juga sebenarnya bekas suami kepada penyanyi terkemuka, Mariah Carey.
Namun perkahwinan bersama pelantun lagu My All berkenaan hanya bertahan selama lima tahun sebelum kedua-duanya dilaporkan berpisah pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, Tommy menamatkan zaman duda bersama Thalia dan berkahwin pada 3 Disember 2000.
Bersandarkan kejayaan Tommy dan kemasyhuran isterinya sebagai penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan tak hairanlah pasangan ini mampu menikmati kehidupan serba mewah.
Selesa menaiki jet peribadi untuk bercuti, Thalia dilihat kerap memuat naik gambar percutian bersama keluarga di media sosial selain berkongsi cita rasa fesyen buat tatapan lebih 20 juta peminat!
Alahai, sudahlah cantik, kaya dan ternama pula tu. Patutlah dia mendapat gelaran ‘Queen of Latin Pop’. Sudah pasti segala kecantikan, kemasyhuran dan kemewahan yang dimiliki Thalia menjadi impian setiap wanita.
Cantik berseri-seri wajah pengantin baharu, Nabila Razali di majlis pernikahan baru-baru ini. Memang terserlah wajah jelita penuh kelembutan pelantun lagu Pematah Hati ini saat berada di pelaminan bersama suami tercinta.
Ternyata sentuhan magis makeup artist Ady Razak berjaya menaikkan seri pengantin Nabila! Tak dinafikan, solekan pelakon dan penyanyi popular tersebut bukan hanya nampak semula jadi, bahkan juga eksklusif.
Solekan Ady turut mendapat pujian makeup artist ternama termasuklah Dato’ Alha dan Yna Sakinah.
Nama Ady Razak cukup sinonim dalam kalangan selebriti. Sebelum ini, dia pernah menata rias wajah Azrinaz Mazhar Hakim, Marsha Milan, Mimi Lana, Anzalna Nasir dan ramai lagi.
Pada majlis penikahan, Nabila mengenakan persalinan indah Davis Paul Lister (DPLKL) dan penata gaya Tym Fatimah.
Nabila selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan, 38 tahun dengan sekali lafaz pada pukul 10.11 pagi, 18 November lalu.
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz di majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.
Dalam majlis yang bertemakan English Garden ini, Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50. Sementara itu, wang hantaran dirahsiakan.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.
“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” katanya.
Majlis yang dikelolakan oleh Terusik Event ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat, dan juga selebriti.
Turut hadir tetamu VIP dan rakan-rakan niaga pengantin.
Aura dan wajah cantik Kristine Hermosa dalam drama popular Filipina, Pangako Sa’yo suatu masa dulu masih terpahat kemas di hati peminat hingga sekarang meskipun...