Selain amalan gaya hidup dan pemakanan sihat, rawatan estetik seperti ‘tarik benang’ yang diamalkan oleh aktres Indonesia, Meriam Bellina juga antara pilihan untuk kekal muda remaja.
Tuntutan untuk kekal cantik sememangnya penting buat wanita yang berkecimpung dalam industri hiburan. Rupa paras menjadi aset dan punca rezeki agar terus relevan dalam pasaran yang diceburi.
Meriam Bellina terkenal cantik dari zaman 80-an
Wajah wanita Belanda-Sunda ini persis mendiang Lady Diana
Sejak dulu kerap menghiasi iklan dan cover majalah
Ads
BUAT RAWATAN
Membuat rawatan estetik antara alternatif terbaik pada zaman ini untuk mendapatkan hasil yang diingini. Seperti dalam perkongsian Meriam Bellina, beliau sendiri rajin berjumpa pakar kulit di Klinik Dermapro Jakarta bagi menegangkan muka.
Nampak menyakitkan tapi tidak, inilah hasil sebelum dan selepas rawatan ‘tarik benang’ yang dilakukannya. Banyak perbezaan ketara, bukan?
Hasil rawatan ‘tarik benang’ di Dermapro
SEPARUH ABAD
Ads
Sejak remaja, wanita berusia 57 tahun ini sudah bergiat aktif sebagai model dan membintangi pelbagai filem serta sinetron popular di Indonesia. Tidak hairanlah jika beliau merupakan salah seorang anak seni tercantik pada zamannya, mirip mendiang Lady Diana!
Sejak tahun 1981, Meriam Bellina sudah menceburi bidang seni dan masih aktif sampai sekarang. Menariknya, penampilan fizikal wanita separuh abad ini seakan tak berubah, malah kelihatan semakin awet muda dan bergaya.
Kalau melihat foto-foto beliau ni, macam tak sangka Meriam Bellina dah cecah usia emas. Kulitnya masih licin dengan riasan mekap sesuai usia serta fesyen terkini. Cantiknya!
Ads
Wanita Indonesia cukup terkenal dengan amalan tradisional seperti menjaga pemakanan, mengambil jamu serta mengekalkan gaya hidup cergas untuk kekal cantik. Tak hairanlah Meriam Bellina sentiasa nampak muda, malah dengan bantuan rawatan estetik menambah lagi pesona auranya sebagai bintang seni legenda.
Dilahirkan di Bandung, Indonesia pada 10 April 1965, Meriam Bellina bertuah dilahirkan dalam keluarga campuran Belanda-Sunda. Ibu anak dua ini juga pernah bertugas sebagai pramugari untuk Garuda Indonesia.
Paling penting, jadikan kegembiraan diri sendiri sebagai perkara paling utama dalam hidup ini. Berfikir positif dan ceria selalu!
Foto: Instagram @bellinamer
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa kata wanita berkulit gelap tidak boleh tampil cantik dan menawan. Dengan teknik dan penggunaan alat solekan yang betul, mereka yang mempunyai kulit gelap juga pastinya akan lebih menonjol. Jom kita kita lihat teknik solekan yang betul dan sempurna buat mereka yang mempunyai kulit yang agak gelap!
1. BEDAK ASAS/FOUNDATION
Agar sukar untuk memilih bedak asas yang tepat dan ramai wanita mengalami kesukaran untuk membuat pilihan. Bagi anda yang memiliki kulit berwarna gelap, anda disarankan memilih dua jenis bedak asas yang berbeza. Bedak asas tersebut perlu dicampur agar menjadi satu (blend) dan ia akan memberikan hasil warna yang kelihatan lebih natural serta melekat pada kulit anda. Hasilnya, kulit wajah anda akan nampak lebih bersih dan lembut seperti warna kulit asal.
2. PEMILIHAN BEDAK
Terdapat dua jenis pilihan bedak. Jika anda mempunyai kulit jenis kombinasi atau berminyak, anda disarankan memilih bedak tabur. Manakala untuk kulit normal, anda boleh memilih bedak jenis padat. Bagi pemilihan warna bedak pula, sebaiknya gunakan yang agak gelap. Biasanya setelah diaplikasikan ia akan kelihatan lebih terang di kulit.
3. PEMBAYANG MATA/EYESHADOW
Penggunaan pembayang mata atau eyeshadow akan mempercantikkan lagi gaya solekan mata anda. Pilih eyeshadow yang mampu membuatkan penampilan anda nampak lebih istimewa. Warna yang sesuai untuk anda yang berkulit gelap ialah ungu, chopper, biru dan hijau. Jika mahu, untuk kelopak mata bahagian atas, pilihlah warna coklat terang. Manakala di lipatan kelopak mata, gunakan warna coklat gelap dan baurkan keluar. Ia akan membuatkan mata anda nampak ‘dalam’ dan tajam.
4. PENGGUNAAN BRONZER
Supaya tampak lebih menyerlah, sapukan blusher dengan menggunakan bronzer serta hindari pemilihan warna yang terlalu merah dan pink kerana ia boleh membuatkan wajah anda kelihatan seperti badut. Warna bronzer akan menjadi shading yang cantik serta akan mengangkat tulang pipi anda. Untuk menyerlahkan lagi tekstur kulit anda, sapukannya di sepanjang tulang pipi. Sapukan hingga ia kelihatan merata dan tidak nampak bertompok-tompok di kulit.
5. UKIRAN KENING
Agar kening anda kelihatan lebih kemas dan semulajadi, hindari penggunaan pensel dengan warna hitam kerana ia boleh menciptakan kesan garang. Sebaiknya, gabungkan sahaja warna coklat dengan hitam sehingga menggoreskan kening yang natural dan eksotik.
6. RONA GINCU
Sebaiknya hindari warna-warna yang terlalu terang dan pucat. Warna seperti burgundy, merah, coklat dan plum adalah pilihan yang tepat. Ia mampu membuatkan wajah anda kelihatan lebih manis dan tampak dinamik sebaik sahaja disapu pada bibir anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wow, macam kerengga! Kelu dibuatnya bila dapat tahu pelakon cantik, Fatin Afeefa miliki ukuran pinggang sekecil 24 inci. Dah macam ukuran pinggang anak dara sedangkan dia sebenarnya dah bergelar seorang ibu.
Afeefa yang mula dikenali ketika membintangi filem kanak-kanak popular, Tentang Bulan ini berusia 25 tahun dan merupakan ibu kepada dua orang anak. Anak sulung lelakinya iaitu Adam Aisy Arrian kini berusia 8 tahun. Manakala anak perempuan Ivy Herra Sophia berumur 5 tahun.
Kalau tengok susuk tubuh langsing Afeefa ni, mesti tak percaya statusnya yang sudah beranak dua.
Mungkin ramai berpendapat usia Afeefa yang masih muda membuatkan ibu ini mudah memiliki bentuk tubuh menawan dan cantik. Hakikatnya, tanpa usaha dan gaya hidup sihat pasti yang muda pun terdedah kepada obesiti dan masalah berat badan.
Terbuka berkongsi amalan yang dipraktikkan untuk mendapat ukuran pinggang ideal, ini jawapan Afeefa yang ditulis di laman Instagram miliknya.
“I finally hit 24 inch waist today. Baby pooch is still there but I am working on it. Fa punya routine everyday is lots of oblique and abs workout. Planking too! And of course pakai Sexy Curve 8 jam sehari. Mostly time tidur.”
Jadi lepas ni, sesiapa yang berniat untuk kembali ramping lepas bersalin… bolehlah tiru petua cantik Afeefa. Yang penting, kena rajin bersenam dan jaga pemakanan. Barulah minda dan fizikal tenang!
Kredit: Instagram Fatin Afeefa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan hanya cantik tetapi Manita Duangkham Farmer juga bijak dan aktif dalam aktiviti sukarelawan. Tidak hairanlah wanita cantik ini berjaya dimahkotakan sebagai Miss Thailand 2022 pada 6 Februari lepas.
Berusia 25 tahun, Manita Farmer yang dilahirkan dan dibesarkan di Phuket memiliki darah keturunan Thailand-Amerika tersebut membawa pulang hadiah kemenangan bernilai 800,000 baht atau bersamaaan kira-kira RM101,533.
Tidak hanya bergelar graduan kelas pertama ijazah sarjana muda Seni Komunikasi dari Bangkok University International College, wanita sofistikated berjiwa prihatin dan berwawasan ini turut memanfaatkan masanya bekerja sebagai pengurus jualan di samping menjadi guru sukarelawan.
Bertitik-tolak daripada penglibatan Manita dalam pertandingan ratu cantik ini, dia bakal membawa suara wanita dan masyarakat Thailand, menyertai lebih banyak misi sukarelawanan, memartabatkan pendidikan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kurang bernasib baik selain menjadi bakal menjadi duta kebudayaan dan pelancongan Thailand.
Miss Thailand 2022 kali ini merupakan pertandingan ratu cantik edisi ke-53 bertemakan ‘Revival of the Original’ yang dahulunya dikenali sebagai Miss Siam yang diadakan sejak 1934.
Memetik laporan The Star, Manita mengalahkan empat finalis Thailand di peringkat akhir. Tempat kedua disandang Anphat Pitiprajakwat dari Nakhon Pathom, diikuti Vanida Rose (Bangkok), Athicha Rennie (Kanchanaburi) dan Sornson Wittayaruengsuk dari Bangkok.
Sementara itu portal The Phuket News pula mendedahkan Manita sebelum ini pernah menyandang tempat kedua dalam Miss Grand Phuket 2017 dan menyertai Miss World Thailand pada 2018. Dia berjaya menurunkan berat sehingga 40 kilogram daripada berat asal 90 kilogram semata-mata untuk memasuki pertandingan ratu cantik ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!