Pasti ramai yang jatuh hati dengan pesona bintang Korea, Im Yoon-ah atau lebih dikenali sebagai Yoona Girls’ Generation. Nama yang membawa aura lembut dan keanggunan ini bukan sekadar terpahat dalam dunia K-Pop, malah terus bersinar dalam dunia lakonan, membuktikan bahawa bakat dan disiplin boleh berjalan seiring dengan kecantikan yang mempesona.
Bintang utama siri terbaharu Netflix, Bon Appétit, Your Majesty, ini kembali memukau penonton global dengan watak sebagai ketua tukang masak istana yang berjaya menakluk selera Raja Joseon, sekali gus meneguhkan reputasinya sebagai pelakon wanita Korea yang serba boleh.
Perjalanan Awal dan Kerjaya Yoona Girls’ Generation
Dilahirkan pada 30 Mei 1990 di Seoul, Korea Selatan, Yoona Girls’ Generation mula mengasah bakat seni sejak remaja. Beliau menyertai agensi gergasi SM Entertainment sebagai pelatih dan menjalani tempoh latihan intensif selama hampir tujuh tahun sebelum membuat penampilan rasmi pada tahun 2007 sebagai ahli kumpulan Girls’ Generation.
Kumpulan itu kemudiannya menjadi fenomena global, meletakkan nama Yoona antara wajah paling ikonik dalam industri K-Pop. Walaupun sibuk sebagai idol, beliau tetap menitikberatkan pelajaran dan menamatkan pengajian di Universiti Dongguk dalam jurusan teater, pilihan yang kelak mengukuhkan asasnya sebagai pelakon versatil.
=============================
Cantik betul kulit Yoona, rupa-rupanya dia amalkan serum magis Sulwhasoo ni setiap hari untuk pastikan kulit maintain licin dan halus, memang berkesan sangat untuk kulit wanita Malaysia! Tekan link ni dan cubalah sendiri >>>
Yoona Girls’ Generation mula mencuri perhatian ramai apabila membintangi drama You Are My Destiny pada tahun 2008. Lakonannya yang tulus dan penuh jiwa melayakkan beliau menerima anugerah Aktres Baharu Terbaik di Baeksang Arts Awards ke-45, sekali gus menjadi batu loncatan dalam karier lakonannya.
Ads
Dari situ, perjalanan seni Yoona tidak lagi menoleh ke belakang. Beliau membintangi pelbagai drama popular seperti Love Rain, The K2, The King in Love, Big Mouth dan King the Land, selain beberapa filem layar lebar termasuk Confidential Assignment. Setiap naskhah memperlihatkan kematangannya menjiwai watak, menjadikan Yoona antara pelakon idol yang berjaya melangkaui stereotaip industri hiburan Korea.
Drama Netflix ‘Bon Appétit, Your Majesty’
Tahun 2025 menyaksikan kemunculan Yoona Girls’ Generation dalam drama Netflix Bon Appétit, Your Majesty, yang menggabungkan unsur sejarah, fantasi serta kulinari. Dalam naskhah ini, beliau memegang watak Yeon Ji-yeong, seorang chef moden yang secara misteri kembali ke era Joseon dan diangkat menjadi tukang masak istana untuk Raja Yi Heon lakonan Lee Chae-min.
Drama 12 episod ini mencipta fenomena baharu dengan visual yang indah, jalan cerita yang unik serta kimia luar biasa antara kedua-dua pelakon utamanya. Sejak episod pertama ditayangkan, ia mencatat jumlah tontonan yang tinggi dan tersenarai dalam carta Netflix Global Top 10 kategori drama bukan berbahasa Inggeris.
Penonton antarabangsa memuji lakonan Yoona Girls’ Generation yang berlapis emosi, memperlihatkan sisi matang seorang wanita yang berjuang mempertahankan maruah dan cita rasa di dunia yang asing. Di luar layar, Yoona mengekalkan imej bersih dan elegan yang sering dijadikan inspirasi oleh jutaan peminat.
Kecantikan semula jadinya, diserikan dengan kulit bersinar yang digelar ‘glass skin’, menjadikan beliau wajah pilihan banyak jenama kecantikan antarabangsa. Sepanjang kerjayanya, Yoona pernah menjadi wajah untuk Clean & Clear, Alcon, Estee Lauder dan kini dilantik sebagai duta global jenama mewah Sulwhasoo.
Ikon Kecantikan dan Kemanusiaan
Pengaruh Yoona Girls’ Generation dalam dunia kecantikan dan fesyen menjadikan beliau ikon K-Beauty yang disegani, bukan sekadar kerana paras rupa, tetapi kerana disiplin dan personaliti yang memikat. Namun di sebalik kemasyhuran, Yoona tetap berpijak di bumi nyata.
Beliau aktif menyertai pelbagai kerja amal dan sumbangan masyarakat, antaranya menderma sebanyak ₩100 juta kepada mangsa kebakaran hutan di Korea Selatan. Sikap empatinya melayakkan beliau tersenarai dalam Honor Society, sebuah inisiatif yang menghimpunkan penderma individu besar di negara itu.
Pesona Sejati Seorang Bintang
Im Yoon-ah adalah cerminan wanita moden Korea yang sempurna dalam keseimbangan antara keanggunan dan kekuatan. Dalam setiap watak yang dilakonkan, terserlah keindahan jiwa yang tidak dibuat-buat. Di usia 35 tahun, Yoona Girls’ Generation terus membuktikan bahawa kecantikan sejati bukan terletak pada wajah semata, tetapi pada cara seseorang menggunakan pengaruhnya untuk membawa cahaya kepada orang lain. Inilah rahsia sebenar mengapa ramai yang mengaguminya — seorang bintang yang bercahaya kerana hati yang murni.
Simple je orangnya Fasha Sandha! Walau berstatus selebriti terkenal namun dia bijak menyesuaikan diri ketika beraya di kampung baru-baru ini. Ternyata penampilan sederhana Fasha sewaktu pulang ke kampung halaman suami tercinta di Rembau, Negeri Sembilan menarik perhatian peminat.
Tidak mengenakan pakaian glamor, isteri Aidil Aziz ini kelihatan cukup selesa dengan gaya ringkas di samping keluarga. Apatah lagi dia pandai bergaul dengan ahli keluarga mentua dan bawa diri.
Ucap Fasha, “Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan Batin buat semua followers kesayanganku.”
Bahkan foto perkongsian Fasha yang tampil tanpa secalit mekap, bertudung dan T-shirt saja turut menjadi bualan ramai. Rata-rata peminat memuji sikap aktres jelita ini yang tidak memilih pangkat dan status.
Tak ramai selebriti yang berani tampil dengan wajah polos macam Fasha!
Malah sepanjang berada di kampung, ibu tiga cahaya mata ini tidak kekok mengenakan tudung. Terserlah keayuan kakak Elisya Sandha ini.
Kongsi Fasha di Instagram, “Raya raya raya. Kisah semalam, makan gelak makan gelak. Memang gila. Balik KL je tengok berat badan dah naik 2.5kg apakah??? Nak turun bukan main seksa, nak naik laju je kan.”
Ramai juga yang terpegun dengan penampilan pelakon ini yang makin ramping. Kalau dulu, nampak tubuhnya berisi sekarang Fasha makin slim. Tak hairan pun sebab dia memang rajin bersenam.
Pada 28 Mac lalu, Fasha genap berusia 39 tahun. Walau sudah meningkat umur lewat 30an, wajah cantiknya sentiasa menjadi bualan peminat.
Fasha Sandha bergelar isteri kepada Aidil Aziz pada 30 Mac 2019. Sebelum ini aktres filem Anak Mami Kembali ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada tahun 2016.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Fasha dikurniakan dua anak iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma. Hasil perkongsian hidup bersama Aidil, mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Aisha Amaira.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aura Ratu Cantik Malaysia 1993 ini masih memukau walaupun beliau kini sudah pun bergelar ibu kepada empat anak! Membintangi drama bersiri Pengantin 1 Malam dan Perempuan Tanpa Dosa, kecantikan Datin Paduka Susan Manen Ibrahim dalam drama tersebut ternyata menjadi bualan ramai. Apatah lagi dalam usia lewat 40an, Datin Paduka Susan masih kelihatan anggun dan awet muda. Pendek kata, kalau orang kata anak dara pun mesti ramai yang percaya. Beliau sememangnya seorang wanita cantik!
Hakikatnya selain rajin menjaga kesihatan dan kecantikan diri, isteri Datuk Paduka Mustapha Kamal ini juga difahamkan mempunyai darah kacukan Inggeris, Portugis dan Sinhalese. Selepas berjaya menjuarai pertandingan Ratu Cantik Malaysia, populariti Datin Paduka Susan terus melonjak dalam industri seni apabila beliau menerima tawaran berlakon dalam filem Penyu arahan Z.Lokman.
Wajah jelita Datin Paduka Susan pada usia 47 tahunDi samping suami tercinta, Datuk Paduka Mustapha KamalBersama 4 anak tersayangCeria di samping cucu tersayang
Pada tahun 1998, Datin Paduka Susan membuat keputusan memeluk agama Islam dan berkahwin dengan aktor berbakat besar, Datuk Paduka Mustapha Kamal. Sebaik mendirikan rumah tangga, beliau memperlahankan kerjaya seni demi memberi tumpuan kepada keluarga dan anak-anak.
Hasil perkongsian hidup selama lebih dua dekad, pasangan selebriti ini dikurniakan empat cahaya mata comel iaitu Sabella Qawiema, 22 tahun; Aulia Qayyiem, 20 tahun; Salsabil Qurani, 18 tahun dan Naqli Qaddiem berusia 10 tahun.
Kemunculan Datin Paduka Susan dalam beberapa drama popular nyata mencuri tumpuan ramai. Kerap berlakon di samping suami tercinta, kecantikan beliau yang meniti usia 47 tahun cukup dikagumi penonton. Dengan sepasang mata cantik, hidung mancung dan bibir mungil… tidak hairanlah beliau tetap menjadi buruan pengarah dan agensi pengiklanan.
Melalui perkongsian di media sosial miliknya juga membuktikan Datin Paduka Susan seorang yang aktif bersukan dan gemar menyertai jungle trekking. Ini rupanya rahsia beliau mampu kekalkan bentuk tubuh seperti zaman anak dara dulu.
Datin Paduka Susan ManenTerserlah wajah ayu Datin Paduka Susan
Antara menu Yummilicious Cakes by Susan Manen
Selain aktif mewarnai industri seni negara, Datin Paduka Susan juga semakin rancak mengusahakan bisnes ‘Yummilicious Cakes by Susan Manen’. Antara menu yang disediakan ialah Sambal Bilis Garing dan aneka jenis kek iaitu Chocolate Indulgence, Chocolate Indulgence Oreo, Chocolate Indulgence Cadbury, Pandan Cheese, Pandan Oreo dan Red Velvet.
Tanggal November 2019, suami tercinta Datin Paduka Susan dikurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan yang membawa gelaran Datuk Paduka pada Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V ke-50, di Istana Balai Besar, Kota Bharu. Bersyukur dengan pengurniaan darjah yang diterima, Datuk Paduka Mustapha Kamal melahirkan penghargaan buat isteri tercinta.
“Kejayaan seorang suami adalah kerana sokongan, dorongan dan dokongan seorang isteri. Tiga suku kekuatan yang ada dalam diri dan di jiwa suami adalah kerana isteri. Peranan isteri paling penting untuk kejayaan suami dan keluarga, berkat kesabaran dan kesungguhan usaha. Insya-Allah, Dia Maha Penyayang.”
Perkahwinan Datuk Paduka Mustapha Kamal bersama Datin Paduka Susan Manen merupakan perkahwinan ketiga aktor tersebut. Menerusi perkahwinan pertamanya, beliau dikurniakan empat orang anak iaitu Darul Amir Hazin, Darul Ali Hafiz, Darul Azam Harris dan Dayang Aimi Shahira. Perkahwinan kedua pula beliau mempunyai dua orang anak iaitu Ayuna dan Ayuni. Ini menjadikan keseluruhan anak Datuk Paduka Mustapha Kamal seramai 10 orang.
Kredit: Instagram Susan Manen & Mustapha Kamal
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perasaan tak perubahan kulit sejak akhir-akhir ini? Dalam cuaca sekarang yang panas dan kerap berada di dalam bilik berhawa dingin pasti membuatkan kulit menjadi kering dan kusam. Ditambah pula sikap tidak suka minum air kosong.
Sebagai wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan, anda perlu mencari inisiatif untuk mengembalikan keserian dan keremajaan kulit. Baru keyakinan diri semakin meningkat dan tidak kekok berjumpa dengan orang ramai.
Masalah yang sering menghantui wanita adalah kulit yang terlalu kering sehingga mempercepatkan tanda-tanda penuaan. Ini adalah akibat kekurangan air pada lapisan luar kulit yang dipanggil epidermis. Selain itu, kandungan air di bawah lapisan kulit juga semakin berkurangan. Faktor usia ini mempercepatkan lagi proses penuaan kulit.
Kombinasi perubahan cuaca dan peningkatan usia ini turut merangsang pengurangan kandungan minyak di bawah kulit. Kulit akan berubah menjadi tidak anjal andai tidak dipelihara dengan sempurna. Bukan sahaja bahagian kulit wajah sahaja yang perlu dipelihara malah turut perlu diberi perhatian seperti kulit lengan, tangan dan bahagian bawah kaki yang terdedah kepada kulit yang kering.
Sebelum kulit menjadi terlalu kering, carilah jalan untuk melembapkannya semula. Langkah asas untuk menghalang kulit menjadi kering adalah termasuk mengelakkan pengunaan sabun dan pembersih kimia yang kuat.
Bagi melindungi kulit agar kekal lembap, guna krim pelembap yang bersesuaian dengan kulit. Masalah kulit kering jika dibiarkan melarat boleh mengakibatkan ruam, ekzema, jangkitan bakteria sekunder, selutis dan perubahan tona kulit.
Cara Kenal Pasti Keanjalan Kulit
(1) Teknik cubit
Kulit di sekitar mata sangat sensitif dan merangsang kepada masalah lingkaran hitam dan kedut. Guna ibu jari dan jari telunjuk, cubit dengan perlahan-lahan penuh hati-hati di daerah kulit bawah mata kemudian lepaskan. Tingkat hidrat dan keanjalan kulit bergantung berapa cepat kulit yang dicubit tadi kembali kepada bentuk asal.
(2) Teknik tekan
Cara untuk mengenalpasti keanjalan kulit adalah dengan menekan di bahagian tulang pipi untuk merasakan berapa banyak kolagen yang dimiliki kulit dengan memerhatikan garis-garis halus di permukaan kulit ketika kulit ditekan. Jika terdapat banyak garis halus bermakna kulit mengalami dehidrat dan perlukan rawatan.
(3) Teknik mencebik
Mulut juga adalah daerah penting yang perlu dipelihara dengan teliti. Cara yang boleh dilakukan untuk menguji keanjalan kulit adalah dengan membuat ekspresi sedih iaitu dengan menggembungkan pipi sehinggi bibir seperti mencebik. Perhatikan kulit di sekitar mulut ketika mengembalikan kepada keadaan asal. Adakah terdapat banyak garishalus yang terbentuk? Jika benar boleh menambahkan pelembap agar keanjalan kulit terus terpelihara.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!