Tak Tertanggung Hiba Kehilangan Ibu, CHEF WAN Menangis Di Konti “Kita Hanya Ada Satu Mak & Ayah..”

Pada 12 Januari lalu, kita digemparkan dengan berita pemergian ibu tercinta chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dipanggil Chef Wan. Dan isnin lalu, Chef Wan dijemput secara eksklusif ke konti Buletin FM berkongsikan kisah di sebalik pemergian ibunya Noraini Abdullah menghadap Ilahi.

Dan keaadan bertukar pilu apabila lagu nyanyian Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini diputarkan.

Difahamkan, ketika temu bual berlangsung, Chef Wan mengakui bukan mudah untuk seseorang itu berdepan dengan kehilangan insan yang tersayang, namun sebagai manusia itu adalah lumrah dalam kehidupan yang perlu diterima.

“Dalam hidup ini, memang ada saat kita gembira dan bersedih dan itu adalah lumrah dalam kehidupan. Sama ada kita suka mahupun tidak.”Apa yang penting ialah pengajaran yang kita dapat dari hidup ini untuk menjadi orang yang baik dan bertanggungjawab.

“Dalam kehidupan ni kita hanya ada satu mak dan satu ayah, dan sebab itu ketika pengkebumian orang tengok saya tenang, rilek je. Dah balik tu barulah saya rasa sangat sampai hari ni kan?

“Sebab saya tahu macam mana kita sedih pun, saya akan kata dekat diri saya sendiri, yang saya dah jaga mak saya sehabis baik. Jadi saya fikir daripada saya sedih, tertekan dan selalu menangis kerana apa sahaja yang saya buat macam makan lontong dan sebagainya,  itu secara tidak langsung membuatkan saya teringat dekat mak saya,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet di luar sana turut berdukacita melihat Chef Wan, malah ada yang dapat merasai kesedihan yang dialami akibat kehilangan insan tersayang.

Sumber: Xtra

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus