Takut Dekati Rakan Kerana Bau Badan, PETUA TRADISI Ini Bantu Tingkatkan Keyakinan Diri Yang Kian Pudar!

Aduh, tengiknya bau dia! Rasa kasihan pula bila orang sekelilingnya mula buat reaksi muka saat si dia menghampiri. Sebelum anda pun terkena tempias sama daripada rakan-rakan, lebih baik ambil langkah awal dengan mempraktikkan petua tradisional ini.

  • Pilih sama ada buah limau purut, limau nipis atau limau kasturi. Belah dua dan sapukan ia ke seluruh badan terutama di bahagian ketiak sebelum mandi. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air mandian.
  • Gunakan hampas kelapa untuk dilumur ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit terlebih dahulu sebelum dibilas dengan air bersih.
  • Ambil 2 – 3 batang serai dan buah limau kasturi. Rebus hingga mendidih dan campurkan bersama air mandian. Amalkan setiap pagi dan petang selama sekurang-kurangnya seminggu dengan mandian campuran serai dan limau kasturi ini.
  • Secara dalaman pula, amalkan minum air rebusan daun sirih yang telah dicampurkan bersama sedikit garam. Amalkan petua ini sekurang-kurangnya seminggu.
  • Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuk lumat. Rebus kantan tadi hingga mendidih dan dibiarkan sejuk. Angkat dan jadikan air rebusan tersebut sebagai mandian. Bilas dengan air biasa selepas itu.
  • Satukan secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan untuk direbus. Campurkan air rebusan bahan-bahan ini dengan sebaldi air mandian. Praktikkan selama 3 kali seminggu.

 

 

IKLAN
Share