Permainan slime tiba-tiba popular di kalangan kanak-kanak sejak wujud pelbagai video menyeronokkan tentangnya di YouTube. Selain banyak dijual di kedai-kedai permainan dan di atas talian, slime juga boleh dibuat sendiri di rumah.
Menggunakan air, gam dan sejenis bahan kimia bernama Borax, anak-anak pasti seronok bermain, memicit dan menguli homemade slime mereka seperti seorang saintis.
Walaupun bahan-bahan membuat slime mudah didapati dan caranya juga senang, tapi ibu bapa perlu menghentikan aktiviti kraf ini kerana ia membahayakan si kecil.
Dua kisah kemalangan membabitkan slime ini boleh terjadi kepada sesiapa pun. Semoga kita menjadikannya sebagai iktibar agar lebih berhati-hati tentang permainan si kecil.
Menurut pakar pediatrik di NYU Langone Medical Centre, Dr. Robin Jacobson, “Serbuk borax atau sodium borate merupakan bahan utama membuat slime yang boleh menyebabkan kulit melepuh jika terdedah tanpa perlindungan.
Ads
Jika kanak-kanak bermain dengan slime yang mengandungi borax, ia boleh menjejaskan saluran pernafasan, ‘membakar’ jari-jemari dan lebih bahaya kalau termasuk ke dalam mulut, ia boleh meracuni mereka.”
Tular di media sosial, video seorang kanak-kanak dalam kesakitan akibat tertelan slime. Kata Dr. Robin lagi, tanda-tanda keracunan akan segera terlihat apabila mereka muntah, sakit perut dan sukar bercakap.
Sementara itu di Massachusets, Amerika Syarikat, kegirangan seorang ibu, Quinn, melihat anak perempuannya, Kathleen, bermain dengan slime berubah mimpi ngeri.
“Kathleen kerap membuat slime sendiri. Tapi suatu malam, anak saya mengadu sakit pada jari-jarinya hingga menangis kesakitan.
Apabila dikejarkan ke Hospital Shriners, doktor mengklasifikasikan kesan melepuh pada jari Kathleen sebagai kesan terbakar tahap 2 dan 3,” cerita Quinn sambil menceritakan puncanya iaitu kesan terdedah kepada Borax One, bahan kimia panas untuk membuat slime.
Ads
Info Borax
Antara kesan jika terdedah dalam jangka masa yang lama atau kuantiti yang banyak ialah:
jika termakan boleh menyebabkan cirit-birit.
jika terkena mata boleh menyebabkan keradangan mata.
jika terhidu boleh menyebabkan keradangan saluran pernafasan.
jika terkena kulit boleh menyebabkan melepuh dan keradangan. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat melahirkan bayi sulung pada tanggal 8 September 2022 yang lalu. Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29 tahun, berkongsi momen indah kelahiran bayinya menerusi Instagram yang dirinya selamat bersalin melalui kaedah pembedahan (Caesarean). Sewaktu itu, Uyaina dan suami masih lagi belum mendedahkan wajah putera sulungnya itu.
Dan sebentar tadi, Uyaina akhirnya mendedahkan pada umum wajah anak lelakinya menerusi gambar eksklusif yang dimuatnaiknya ke dalam akaun Instagramnya. Kelihatan Uyaina dan suami anggun dan segak mengenakan persalinan hitam dan emas yang nyata menyerlahkan kemanisan momen yang ditonjolkan.
Di ruangan kepsyen, Uyaina menulis ayat-ayat manis memperkenalkan anak kesayangannya itu kepada peminat mereka. “Bismillahirohmanirrahim.Akhirnya sempurna. Raja Urhan bin Raja Syahiran Anak sulung kami. Kebanggaan kami. Semoga dilimpahi rahmatNya selalu wahai anakku. Mama Baba sayang kamu sangat-sangat!”
Sewaktu di awal kelahiran putera sulungnya, Uyaina dan suami, Raja Syahiran memaklumkan Raja Urhan dipilih untuk putera sulungnya. Jelas Uyaina, ‘Urhan’ bermaksud seoranng pemimpin Yang Hebat. Selain dekat dengan nama ibunya yang tercinta ‘Noor Alhan’, nama ‘Urhan’ juga diambil dari nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi.
Untuk makluman, Uyaina Arshad selamat bernikah dengan penyanyi Raja Syahiran pada jam 9.03 pagi di Colony Star Boulevard pada 21 Disember 2021.
Menjengah ruangan komen, ramai rakan artis serta peminat kedua-duanya cukup teruja dengan hantaran gambar yang dikongsikan Uyaina dan suami. Semoga putera sulung Uyaina dan Raja Syahiran ini menjadi insan yang soleh, dan berguna buat agama dan bangsa.
Bukan mudah hendak berjaya tanpa kerja keras dan berkorban masa. Dek kerana terlalu penat dengan jadual kerja yang sibuk dan perlu menjalani penggambaran filem tanpa rehat secukupnya, kesihatan Maya Karin agak terjejas baru-baru ini.
Dia yang kini dalam proses penggambaran filem Telaga Suriram arahan Osman Ali berdepan detik cemas apabila diserang panik ketika melakonkan babak di dalam air.
Kongsi Maya di platform media sosial miliknya, pelakon berbakat besar tersebut tidak menolak kemungkinan keadaan diri yang letih menyebabkan berlakunya insiden itu.
“And anxiety hit me hard again last night while shooting underwater scenes. I had to break for a while at 3 am and take in some extra oxygen. Nasib baik ada medic on set.
Itu yang pelik, bukannya saya tak boleh berenang, ataupun tak biasa dengan air. Rasa-rasanya antara punca semalam adalah over exhaustion from a hectic work trip kat Singapore and going straight to set for our underwater night shoot.
My body and mind were exhausted and my brain went into freeze zone. Otak macam jem gila bila nak selam, tahan nafas dan berlakon tengah-tengah malam. I couldn’t breathe!”
Risau dengar pendedahan Maya mengenai keadaan dirinya. Mujur ada pasukan medik di set penggambaran dan rakan artis yang prihatin sewaktu kejadian berlaku.
“Thank you Osman Ali, Farid Kamil, Nabila Huda, the safety divers and the whole team for being there for me. Anyway, part 2 tonight for last day of shoot for Telaga Suriram and then boleh rehat 3 hari.”
Mengenali Maya, dia sememangnya seorang anak seni yang cukup komited dengan setiap tugasan yang diberikan. Selain aktif dengan kerjaya lakonan, Maya juga ligat menceburi bidang perniagaan.
Lakonan mantap Maya dalam beberapa filem blockbuster seperti Puntianak Harum Sundal Malam, Ombak Rindu dan Munafik mendapat perhatian meluas di dalam dan luar negara. Bahkan, jelitawan ini juga pernah menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Ramsgate International Film & TV Festival kira-kira dua tahun lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang kita rasa peristiwa tertukar bayi macam cerita yang diada-adakan. Mana mungkin bayi yang baru lahir akan tertukar kerana sebaik sahaja dilahirkan akan dipakai gelang. Gelang yang akan memastikan siapa ibu kandungnya yang sebenar.
Namun insiden tertukar bayi ini telah menyebabkan wanita Arab Saudi menerima wang pampasan sekurang-kurangnya RM2.2 juta.
Gambar hiasan. Foto: www.123rf.com
Kisah bayi anak orang kaya tertukar dan dipelihara orang keluarga kurang berada menjadi tular seperti yang dilaporkan Middle East Monitor. Akhbar tempatan Al-Watan melaporkan ketika kejadian berkenaan wanita yang kini berusia 35 tahun itu dilahirkan di sebuah hospital kerajaan di Mekah.
Walau bagaimanapun, seorang jururawat yang bertugas untuk memandikan bayi berkenaan telah tidak sengaja menyerahkan kepada ibu yang salah. Laporan ini menyatakan bahawa wanita tersebut semakin keragui keberadaannya dalam keluarga yang membesarkannya itu.
Gambar hiasan. Foto: www.123rf.com
Dia merasakan perbezaan dari segi watak, budaya, pendidikan dan gaya hidup sehingga mendorongnya untuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Gambar hiasan. Foto: www.123rf.com
Namun, sedih sekali wanita ini tidak dapat berjumpa dengan ibu kandungnya kerana telah pergi mengadap Ilahi terlebih dahulu. Oleh itu, mahkamah Jeddah telah memutuskan untuk memberi pampasan yang berjumlah sedemikian lantaran terpaksa hidup dengan keluarga lain tanpa sengaja.
Gambar hiasan. Foto: www.123rf.comGambar hiasan. Foto: www.123rf.com
Mujur juga dia tidak berkahwin dengan ahli keluarga sendiri. Kalau tak, macam-macam masalah lai pula yang timbul.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.