Takutnya, 2 Mimpi Ngeri Kanak-Kanak Yang BERMAIN SLIME Ini Patut Ibu Bapa Jadikan Pengajaran!

Permainan slime tiba-tiba popular di kalangan kanak-kanak sejak wujud pelbagai video menyeronokkan tentangnya di YouTube. Selain banyak dijual di kedai-kedai permainan dan di atas talian, slime juga boleh dibuat sendiri di rumah.

Menggunakan air, gam dan sejenis bahan kimia bernama Borax, anak-anak pasti seronok bermain, memicit dan menguli homemade slime mereka seperti seorang saintis.

Walaupun bahan-bahan membuat slime mudah didapati dan caranya juga senang, tapi ibu bapa perlu menghentikan aktiviti kraf ini kerana ia membahayakan si kecil.

Dua kisah kemalangan membabitkan slime ini boleh terjadi kepada sesiapa pun. Semoga kita menjadikannya sebagai iktibar agar lebih berhati-hati tentang permainan si kecil.

Menurut pakar pediatrik di NYU Langone Medical Centre, Dr. Robin Jacobson, “Serbuk borax atau sodium borate merupakan bahan utama membuat slime yang boleh menyebabkan kulit melepuh jika terdedah tanpa perlindungan.

Jika kanak-kanak bermain dengan slime yang mengandungi borax, ia boleh menjejaskan saluran pernafasan, ‘membakar’ jari-jemari dan lebih bahaya kalau termasuk ke dalam mulut, ia boleh meracuni mereka.”

Tular di media sosial, video seorang kanak-kanak dalam kesakitan akibat tertelan slime. Kata Dr. Robin lagi, tanda-tanda keracunan akan segera terlihat apabila mereka muntah, sakit perut dan sukar bercakap.

Sementara itu di Massachusets, Amerika Syarikat, kegirangan seorang ibu, Quinn, melihat anak perempuannya, Kathleen, bermain dengan slime berubah mimpi ngeri.

“Kathleen kerap membuat slime sendiri. Tapi suatu malam, anak saya mengadu sakit pada jari-jarinya hingga menangis kesakitan.

Apabila dikejarkan ke Hospital Shriners, doktor mengklasifikasikan kesan melepuh pada jari Kathleen sebagai kesan terbakar tahap 2 dan 3,” cerita Quinn sambil menceritakan puncanya iaitu kesan terdedah kepada Borax One, bahan kimia panas untuk membuat slime

.

Info Borax

Antara kesan jika terdedah dalam jangka masa yang lama atau kuantiti yang banyak ialah:

  • jika termakan boleh menyebabkan cirit-birit.
  • jika terkena mata boleh menyebabkan keradangan mata.
  • jika terhidu boleh menyebabkan keradangan saluran pernafasan.
  • jika terkena kulit boleh menyebabkan melepuh dan keradangan. Norzalina Mohd Alias
IKLAN
Share