Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dari seorang gadis biasa dan bintang program realiti TV, kini Sofia Kristina Hellqvist merupakan ahli keluarga diraja Sweden! Semuanya bermula ketika Sofia bertemu putera kacak Carl Philip of Sweden semasa beliau mengusahakan sebuah pusat kesihatan yoga di Manhattan.
Mengintai latar belakang Princess of Sweden dan Duchess of Varmland ini, Princess Sofia dilahirkan di Stockholm pada tahun 1984 dan bergiat aktif dalam bidang peragaan. Beliau juga merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik perempuan.
Meskipun pernah melanjutkan pengajian dalam jurusan Perhubungan Antarabangsa dan Perakaunan di dua institut berbeza di Sweden dan Amerika, namun puteri diraja berusia 38 tahun ini tidak pernah bekerja dalam bidang yang dipelajari.
Sebaliknya, Princess Sofia lebih selesa bekerja sebagai pembantu jualan dan model. Semasa menjadi model, wajah cantik Princess Sofia telah banyak menghiasi banyak majalah di negara kelahirannya.
Bersandarkan kepada kecantikan dan tubuh menawan yang dimiliki, Princess Sofia juga dilaporkan menyertai pelbagai pertandingan ratu cantik termasuk pernah menjadi juara Miss Slitz 2004.
Rentetan daripada gelaran ratu cantik tersebut, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan dan menyertai sebuah program realiti ‘Paradise Hotel’ di salah satu saluran televisyen Sweden.
Ads
Bertitik tolak daripada program realiti ini, kelibatnya mula mencuri tumpuan ramai sehingga meraih populariti luar biasa. Princess Sofia kemudian berhijrah ke New York dan membuka sebuah pusat kesihatan yoga di Manhattan. Di sinilah beliau bertemu Carl Philip of Sweden dan masing-masing dikatakan jatuh cinta pada pandang pertama.
Carl Philip mengambil langkah permulaan untuk memenangi hati Sofia dengan mengajak jelitawan tersebut menyaksikan perlumbaan go kart. Hubungan mereka dikatakan semakin serius pada Ogos 2010. Tanggal 27 Jun 2014, pasangan kekasih ini mengumumkan berita pertunangan mereka.
Episod ala kisah dongeng rakyat biasa menjadi puteri kayangan tercetus pada 13 Jun 2015 apabila Princess Sofia secara rasmi menjadi isteri Prince Carl dalam majlis perkahwinan gilang-gemilang yang berlangsung di Chapel of Stockholm’s Royal Palace.
Ads
Gaun perkahwinan Princess Sofia direka khas oleh pereka Sweden, Ida Sjostedt. Istimewanya gaun indah berlengan panjang dan rekaan leher V berkenaan diperbuat daripada silk crepe dan sulaman tangan. Mahkota yang dipakai pula merupakan pemberian hadiah daripada Raja dan Permaisuri Sweden.
Dek kerana kehidupan lama Princess Sofia, ada segelintir pihak memberi persepsi buruk terhadapnya dan menganggap beliau tidak layak menjadi puteri diraja. Apatah lagi Carl Philip of Sweden digambarkan seorang putera raja sempurna, kacak, ramah dan berpendidikan tinggi.
Malah putera kedua King Carl Gustav XVI dan Queen Silvia of Sweden ini juga sangat disenangi keluarga diraja Sweden.
Bagaimana pun kecantikan Sofia Hellqvist dan kebaikannya bersama Carl Philip of Sweden lama-kelamaan diterima baik rakyat jelata. Beliau kini mendapat gelaran Her Royal Highness Princess Sofia of Sweden dan Duchess of Varmland.
Kehidupan Princess Sofia berubah sepenuhnya pada 19 April 2016 apabila beliau bergelar ibu. Putera sulung mereka dilahirkan nama Alexander Erik Bertil. Setahun kemudian, pada 31 Ogos 2017, perkahwinan mereka tambah meriah dengan kehadiran cahaya mata kedua iaitu Gabriel Carl Walther. Pada penghujung Mac 2021 Princess Sofia selamat melahirkan cahaya mata ketiga.
Dikurniakan suami penyayang, anak-anak comel dan disayangi rakyat membuatkan Princess Sofia teruja dan mahu terus memberikan sumbangan terbaik kepada masyarakat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penampilan biduanita negara ini seringkali dinanti-nantikan oleh para peminatnya. Dari dahulu sehingga kini, ramai yang tidak sabar mendengar alunan suaranya yang begitu memukau. Malah, gaya fesyennya juga seringkali menjadi tumpuan ramai. Personalitinya yang ramah serta seringkali mengukir senyuman di bibir, membuatkan ramai yang terpesona dengan figura hebat ini. Maka, tidak hairanlah nama Datuk Seri Siti Nurhaliza sentiasa mekar di hati masyarakat Malaysia.
Baru-baru ini, penyanyi tersohor ini membuat penampilan khas di negara jiran, Indonesia. Teruja kerana berpeluang bertemu dengan peminat-peminat di sana, Siti meluahkan rasa gembiranya kerana dapat berkongsi pentas bersama peserta D’Academy 5.
Kesempatan saya kembali membuat persembahan di Indosiar khususnya D’Academy 5 sangat membahagiakan apabila saya dapat bertemu dengan bintang-bintang muda DA5 yang sangat berbakat dan juga peminat dan penonton di Indonesia.
“Alhamdulillah, dapat bersama-sama finalis Sridevi dan Eby serta berduet dengan Firdan adalah pengubat rindu saya kepada para peminat di Indonesia.
“Terima kasih Indosiar, terima kasih kepada semua yang menonton dan semoga ada rezeki saya dapat kembali ke negara ini”.
Kemunculan Siti dalam konsert akhir D’Academy 5 itu menyerikan lagi rancangan nyanyian muzik dangdut popular Indonesia itu. Malah, Siti juga berpeluang mengubati kerinduan peminatnya di Indonesia.
Apa yang menjadi bualan ramai saat Siti membuat persembahan di rancangan itu ialah keanggunannya yang memukau dengan gaya solekan yang cantik bersama dengan beberapa persalinan yang mempesonakan, penyanyi kesayangan ramai ini tampak begitu jelita berada di pentas.
Melihat di ruangan komen, penampilan Siti itu juga mendapat perhatian di kalangan peminat apabila rata-ratanya memuji kecantikan penyanyi nombor satu negara. Ada yang menyatakan Siti kelihatan lebih muda dari usianya. Ada juga yang menyifatkan Siti seperti anak patutng hidup yang cantik.
Kemunculan terakhir Siti Nurhaliza di Indonesia adalah ketika Konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, pada Februari 2019.
Selebriti Hollywood, Halle Berry, tentu saja dikenali dunia kerana pencapaian hebatnya dalam arena lakonan. Selain berlakon, beliau juga pernah bergelar model dan merangkul tempat kedua dalam pertandingan ratu cantik, Miss USA serta tempat keenam dalam Miss World 1986.
Pernah menggenggam trofi Aktres Terbaik di Academy Award, Halle Berry yang berusia 54 tahun itu juga selalu memegang watak high-profile antaranya sebagai Storm dalam filem X-Men, gadis Bond dalam filem Die Another Day dan heroin utama dalam filem Gothika.
https://www.instagram.com/p/CCo-1bPDsuh/
Menariknya, duta Revlon itu juga tersenarai sebagai individu No. 1 dalam ’50 Most Beautiful People in the World’ serta dalam ‘100 Sexiest Women in the World’. Bagaimana ibu kepada dua anak itu mampu mengekalkan tubuh badan berlekuk cantik?
Rahsia Halle Berry sebenarnya terletak pada amalan bersenam, atau setepatnya mengangkat berat. Dalam satu hantaran terbaru beliau di Instagram, Halle Berry dan trainer peribadinya, Peter Lee Thomas, berkongsi cara-cara mendapatkan lengan yang diidamkan di Instagram Stories.
https://www.instagram.com/p/CFkiKRLJVCu/
@peterleethomas and I will show you 3 quick exercises to wake up those biceps, triceps and shoulders using @respin’s very own #WristWeights. Check stories now for killer moves that you can tag on to just about any workout and give those arms a little wake up call!
(1) Shoulder Circles
Senaman untuk menguatkan bahu dan triceps. Caranya buat gerakan memutar kecil, ke depan dan belakang.
(2) Flys
Seterusnya adalah flys, atau mengepakkan tangan seperti sedang menarik tali kabel di mesin angkat berat.
(3) Touchdown Squat Jumps
Akhir sekali adalah touchdown squat jumps.Squat dan kemudian melompat tinggi.
Hanya tiga gerakan ini rupanya rahsia lengan pejal seperti Halle Berry. Senang sangat boleh diamalkan di rumah nanti.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertubuh langsing sememangnya menjadi dambaan semua wanita. Mempunyai berat badan ideal dengan ketinggian serta pemilihan makanan yang seimbang menjadi elemen utama penampilan menarik. Mana tidaknya, penampilan yang menawan pasti membuatkan si dia bertambah sayang terhadap anda. Namun persoalannya, bagaimana anda dapat mengekalkan berat ideal yang dimiliki?
Jawapannya adalah dengan menjaga pemakanan atau food intake seharian. Diet bukan untuk kelihatan cantik semata-mata malah ia bertujuan untuk membantu anda kekal sihat. Pemakanan yang tidak dikawal boleh menjejaskan sistem pencernaan tubuh seterusnya berat badan akan bertambah. Jadilah seorang yang selektif serta berhati-hati ketika memilih makanan. Amalkan sedikit panduan yang dipetik daripada Times of India berkenaan pilihan makanan yang perlu diambil dalam senarai diet anda.
SAYURAN
Tidak lengkap diet seseorang itu tanpa pengambilan sayur-sayuran. Anda boleh mengambil sayur-sayuran yang tinggi kandungan seratnya di samping Vitamin C dan K serta asid folik contohnya bayam, asparagus dan brokoli. Sayur-sayuran ini juga dapat membantu melindungi tubuh serta membekalkan empat jenis sumber mineral penting iaitu kalsium, magnesium, zat besi dan potasium.
BIJI GANDUM
Biji gandum mengandungi lebih banyak serat iaitu kira-kira 96% di samping nutrien penting dan vitamin. Anda disarankan untuk mengambil roti gandum, pasta gandum dan beras perang. Gandum mengandungi nutrien penting dan tidak menyebabkan peningkatan berat badan. Mulakan hari anda dengan bijirin gandum atau roti gandum yang dibakar.
KEKACANG
Menambah kekacang di dalam menu diet anda adalah pilihan yang tepat. Kekacang merupakan sumber protein, magnesium serta vitamin B dan E. Selain itu, kekacang sangat bermanfaat untuk melindungi tubuh daripada serangan penyakit jantung dan kanser. Kekacang juga bagus untuk kesihatan jantung. Anda mungkin boleh menikmati kekacang sebagai kudapan atau ditaburkan pada salad dan bijirin ketika sarapan.
YOGURT
Yogurt rendah lemak atau yogurt asli merupakan sumber vitamin, protein serta kalsium. Yogurt mengandungi bakteria sihat yang membantu melindungi tubuh daripada serangan penyakit. Makanlah yogurt sekurang-kurangnya empat cawan seminggu untuk diet anda. Jangan tambahkan gula. Sebaiknya pilihlah yogurt asli dan anda boleh menambahkan sedikit potongan buah-buahan segar atau sayur-sayuran ke dalamnya.
BUAH BERI
Anda perlu tahu bahawa buah beri juga penting untuk diet sihat kerana mengandungi serat di samping dapat membantu mengurangkan berat badan. Buah beri mengandungi antioksidan yang lebih protektif berbanding makanan-makanan lain. Antioksidan ini bukan hanya melindungi tubuh daripada penyakit berbahaya malah membantu mencegah lemah daya ingatan. Amalkan makan semangkuk buah beri segar atau beku setiap tiga kali seminggu.
SERAT
Selain membantu membuatkan anda rasa kenyang, serat juga menjadikan program diet anda lebih mudah dan membantu melindungi penyakit jantung dan kanser. Selain itu, serat juga menjaga fungsi saluran pencernaan agar kekal normal dan terhindar daripada masalah sembelit. Serat juga dikatakan dapat membantu mencegah kanser payudara. Sumber terbaik bagi serat ialah gandum, biji-bijian, buah-buahan serta sayur-sayuran yang dimakan bersama kulitnya, kekacang, tepung beras, tepung gandum, epal serta strawberi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.