Tampil Berhijab Ketika Bercuti Menaiki Cruise, Penampilan INTAN LADYANA Raih Pujian, Ramai Doa Semoga Istiqamah

Model, pelakon, dan pengacara Intan Ladyana atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Muhammad Yahaya sudah lama tidak muncul di kaca televisyen bukan, apatah lagi selepas berkahwin dengan pelakon tampan Harris Alif dan seterusnya melahirkan cahaya mata pertama mereka, iaitu Eviee Khadeeja pada penghujung Januari lalu.

Intan Ladyana dan Harris Alif mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu dan perkahwinan menjadi perhatian ramai dek jarak usia yang agak jauh iaitu 17 tahun.

Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka tetap tampak sepadan dan cukup bahagia apabila kedua-duanya diliht aktif di media sosial sambil berkongsi kisah seharian mereka sekeluarga untuk tatapan peminat.

Dan baru-baru ini, Hariss telah memuat naik gambar percutian mereka bersama anak tersayang, Evie Khadeeja di Instagram miliknya menaiki kapal persiaran. Apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan Intan yang manis berhijab ketika bergambar bersama suami dan anak di atas kapal persiaran yang dipercayai kapal persiaran Resort World Cruises.

Perkongsian di Instagram serta IG story Hariss nyata mendapat perhatian ramai rakan selebriti serta peminat mereka, dan rata-rata begitu gembira dengan penampilan Intan yang terkini. Mereka juga mendoakan agar pelakon terbabit terus istiqamah mengenakan hijab.

Walaupun masih belum ada kenyataan rasmi dari Intan berhubung dirinya sudah berhijab penuh atau sebaliknya, yang pasti Intan tampil lebih manis dan ayu bila berhijab. NONA doakan semoga Intan turut istiqamah mengenakan hijab. Insya-allah..

Kredit foto: Instagram (@harrisalif

)

Majalah Nona pun ada di Telegram tau.Dah follow Telegram Majalah Nona? 👇

Follow kami sekarang di link berikut: https://t.me/majalahnona

 

 

IKLAN
Share