Model, pelakon, dan pengacara Intan Ladyana atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Muhammad Yahaya sudah lama tidak muncul di kaca televisyen bukan, apatah lagi selepas berkahwin dengan pelakon tampan Harris Alif dan seterusnya melahirkan cahaya mata pertama mereka, iaitu Eviee Khadeeja pada penghujung Januari lalu.
Intan Ladyana dan Harris Alif mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu dan perkahwinan menjadi perhatian ramai dek jarak usia yang agak jauh iaitu 17 tahun.
Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka tetap tampak sepadan dan cukup bahagia apabila kedua-duanya diliht aktif di media sosial sambil berkongsi kisah seharian mereka sekeluarga untuk tatapan peminat.
Dan baru-baru ini, Hariss telah memuat naik gambar percutian mereka bersama anak tersayang, Evie Khadeeja di Instagram miliknya menaiki kapal persiaran. Apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan Intan yang manis berhijab ketika bergambar bersama suami dan anak di atas kapal persiaran yang dipercayai kapal persiaran Resort World Cruises.
Perkongsian di Instagram serta IG story Hariss nyata mendapat perhatian ramai rakan selebriti serta peminat mereka, dan rata-rata begitu gembira dengan penampilan Intan yang terkini. Mereka juga mendoakan agar pelakon terbabit terus istiqamah mengenakan hijab.
Ads
Walaupun masih belum ada kenyataan rasmi dari Intan berhubung dirinya sudah berhijab penuh atau sebaliknya, yang pasti Intan tampil lebih manis dan ayu bila berhijab. NONA doakan semoga Intan turut istiqamah mengenakan hijab. Insya-allah..
Reen Rahim baru-baru ini sudahpun melangsungkan upacara akad nikah dan seterusnya bersanding pada 24 Disember lalu. Dan pada Ahad lepas, dia sekali lagi diraikan menerusi majlis menyambut menantu di sebelah keluarga suaminya.
Namun apa yang menarik perhatian warga maya, meskipun pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini merupakan seorang selebriti terkenal, Reen Rahim dilihat tidak kisah diraikan bersama adik iparnya dalam sebuah majlis kenduri ala kampung nyata mencuri tumpuan ramai. Manakan tidaknya, Reen dilihat langsung tidak kekok diraikan bersama-sama orang kampung belah suaminya.
Ramai warga maya memuji sikap rendah diri Reen atau nama penuhnya Noreen Ashikin Abdul Rahim yang tetap ceria diraikan dalam satu majlis berkonsepkan desa dalam suasana sederhana tetapi tetap meriah.
Berkongsi kemeriahan sambutan majlis tersebut di Instagramnya, Reen dan suami, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 29, dilihat menggayakan busana songket berwarna hijau zamrud, manakala adik iparnya dan isteri menyarung songket berwarna maroon. Kedua-dua mempelai nyata secocok dan perarakan pengantin masuk dilihat cukup gamat sekali.
Dalam video berkenaan turut menyaksikan pasangan pengantin sedang berarak ke khemah perkahwinan yang memperlihatkan Reen tersenyum berjalan sambil memaut lengan suami.
Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Reen Rahim yang cukup merendah diri dan tersenyum gembira bergambar dan sempat bermesra dengan peminat walaupun berkongsi majlis dengan adik iparnya. Malah Reen sempat menulis di Instagram nya dengan kepsyen “Sederhana Itu Indah”.
Apa-apa pun NONA memang puji lah sikap humble Reen nih! Selamat berbahagia Reen dan suami, semoga kekal ke Jannah hendaknya! ♥️
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari ratusan penyertaan yang diterima, hanya 12 yang terpilih meneruskan perjalanan dalam program realiti TV, Pencarian Nona Superwoman.
Dalam episod sulung yang menemui penonton buat julung kalinya di ASTRO PRIMA, seramai 12 usahawan wanita diperkenalkan sebagai peserta. Menariknya, setiap peserta ini datang dari latar belakang dan industri bisnes yang berbeza namun majoriti mereka terjejas akibat pandemik COVID-19.
Menyasarkan usahawan B40 dan M40 yang terkesan dalam keadaan sekarang, matlamat program untuk menyuntik inspirasi sambil memberi peluang baru kepada para peserta agar terus bangkit memajukan bisnes menjadi motivasi.
Paling terhibur melihat keletah pengacara, Uyaina Arshad yang petah serta mampu menghidupkan suasana. Meskipun rakaman terpaksa dijalankan dalam keadaan SOP ketat, namun debaran melihat peserta yang bertanding mengatasi segala-galanya.
Turut menarik perhatian, kehadiran juri tetap iaitu Ketua Pegawai Eksekutif USANITA Sdn Bhd, Datin Adzliana Dato Sri Dr Hasan dan selebriti, Awal Ashaari membuatkan perjalanan episod pertama Pencarian Nona Superwoman lebih mendebarkan.
Penjurian dikira berdasarkan jumlah keseluruhan markah bermula episod pertama hingga kelapan. Ayuh kenali 12 peserta yang bertanding!
(1) NOR SYUHADA RAMLI
Wanita yang mmepunyai nama sebenar Nor Syuhada Ramli ini merupakan pemilik produk Wow Sambel. Ibu kepada seorang cahaya mata ini gemar memasak dan mendapat ilham perniagaan menerusi hasil masakannya.
Berusia 33 tahun, Syu Ramli baharu memulakan perniagaan sejak pandemik COVID-19 kini semakin rancak mengemudi perniagaannya. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kimia Gunaan dan pernah terlibat sebagai Icon TVC bersama Telekom Malaysia untuk iklan bulan puasa.
_______________________
(2) NORFAZLINA MOHD FAOZI
Bermula dengan minat kepada kecantikan menjadikan Fazs Fouzi atau nama sebenarnya Norfazlina Mohd Faozi menceburkan sebagai jurusolek sehingga terciptanya jenama Fazsbeauty miliknya.
Usahawan kosmetik yang berusia 35 tahun dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri ini terus bersemangat mengejar cita-cita menjadi usahawan berjaya. Fazs Faozi juga pernah ditonjolkan dalam sebuah rancangan realiti bertajuk Wow Terpukau sebagai MUA Versatile.
_______________________
(3) NOOR FAZLINDA ROOS AFFANDEY
Wanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini begitu optimis menjalankan perniagaan hiasan dinding. Linda Roos atau nama sebenarnya Noor Fazlinda Roos Affandey telah sepuluh tahun menjalankan perniagaan di bawah label Myprontopix.
Selain itu wanita yang berusia 36 tahun ini aktif dalam sukan gimnastik serta pernah ke SUKMA mewakili Kuala Lumpur. Malah, pernah terlibat dalam Teater Puteri Gunung Ledang sebagai ensemble pada tahun 2006.
_______________________
(4) ANA NAJIA SHARIN
Baru berusia 26 tahun namun Ana Najia begitu bersemangat menjadi usahawan dengan mengemudi perniagaan kek di bawah label Halwa.an.
Mengambil inspirasi ibunya yang merupakan pemilik perniagaan katering Ana Najia mahu menguji keupayaan dirinya dalam program ini. Kini menetap di Perak dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Inggeris dari Universiti Malaya.
_______________________
(5) NURINA HASHIM
Ibu kepada empat orang ini mengusahakan perniagaan berasaskan makanan iaitu kambing dan ayam perap di bawah label Makeydaps. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berasal dari Kelantan, Nurina Hashim atau Rina aktif di media sosial menjalankan aktiviti pemasaran perniagaannya.
Wanita yang berusia 35 tahun ini juga rajin berkongsi resipi makanan berasaskan daging dan ayam perap jenama miliknya.
_______________________
(6) RAHAYU OMAR
Ekoran ditamatkan kontrak sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan ketika COVID-19 melanda telah menjadikan Rahayu Omar atau lebih mesra disapa Ayu Omar bergelar usahawan.
Menjalankan perniagaan bakeri di bawah label Bella The Bakers, Ayu Omar juga seorang yang mementingkan penjagaan kesihatan. Berusia 28 tahun dan berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Ayu Omar mengembangkan lagi perniagaan dan meningkatkan keyakinan diri dalam bidang perniagaan.
(7) NURUL SYAMIMI MOHD FAUZI
Bergelar isteri kepada pegawai tentera memang sangat mencabar. Sebagai usahawan makanan laut kering seperti ikan bilis, kerang kering dan ikan kering, Nurul Syamimi Mohd Fauzi, 32, berkongsi pengalaman cabaran dalam perniagaan dan pada masa yang sama terikat dengan tugas suami yang sering bertukar unit sehingga terpaksa berpindah.
Anak jati Kelantan ini merupakan ibu kepada 4 orang anak serta merupakan graduan Diploma Komunikasi dan Media.
_______________________
(8) FAUZIAH ABU SAMAT
Cantik manis, gemar tersenyum serta mudah terhibur itu antara pesona yang dimiliki oleh sumandak Sabah berusia 26 tahun ini. Jiejie atau nama sebenarnya Fauziah Abu Samat merupakan seorang usahawan produk penjagaan wajah, Fofaskinn.
Biarpun hanya berkelulusan SPM, namun berkat kerajinannya bekerja sambil berniaga memberikan banyak pendedahan tentang dunia perniagaan sebenar.
_______________________
(9) NUR AIDA NAZILI NORAZLAN
Mesra disapa sebagai Ayda, wanita berumur 30 tahun yang berasal dari Kelantan ini merupakan ibu anak 3. Ayda kini mempunyai dua rangkaian bisnes iaitu Beautsahara (inai) dan Nutellabanana (makanan).
Berbekalkan niat mahu membantu menambah pendapatan keluarga, Ayda yang asalnya seorang suri rumah memulakan bisnes online dari rumah dengan bantuan suami dan Mama tersayang. Ayda juga tekad mahu mengembangkan bisnes inai yang diusahakan ini ke tahap yang lebih tinggi.
_______________________
(10) NURBASMA KHALID
Memulakan kerjaya sebagai seorang pramugari di Malaysia Airlines System (MAS) dan kemudian AirAsia Berhad sebagai Ketua Pramugari selama 10 tahun, Nurbasma Khalid atau Emma Bee, 38 tahun kini tekad beralih arah.
Selepas mencuba beberapa jenis perniagaan, akhirnya dia memutuskan untuk melahirkan produk Jamu Diva yang berkhasiat untuk kesihatan. Percaya dengan ramuan tradisional dan bahan-bahan alami yang menjadi amalan nenek moyang telah mendorong Emma untuk berkongsi pengetahuannya tentang kecantikan dengan wanita lain.
_______________________
(11) MAISARAH ISMAIL
Impiannya dalam bidang perniagaan mungkin berbeza dari mereka yang lain. Bukan mengejar kepuasan dengan menjual produk kecantikan atau makanan tetapi mempertaruhkan vokal sebagai produk dan brandingnya.
Maisarah Binti Ismail (Sarah), 34 tahun merupakan seorang guru vokal dan underground singer. Memiliki Diploma, Degree dan Master Degree in Music National Academy of Arts Culture and Heritage (ASWARA), Sarah aktif menjalankan kelas vokal online secara one-to-one dan group session dalam keadaan pandemik.
_______________________
(12) FAZLIATUL AKMAR ZAINUDIN
Bijak merebut peluang lantaran menyedari kepentingan penjagaan hijab, Fazliatul Akmar binti Zainudin memberanikan diri menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan produk pencuci dan penjagaan tudung.
Produk pertamanya Niqa Hijab Wash mendapat sambutan memberangsangkan sebelum beberapa produk lain dikeluarkan. Kini selepas empat tahun di pasaran, wanita ini memberi tumpuan terhadap agent development dengan melancarkan NIQA Academy pula.
Siapakah yang bakal bergelar juara? Jangan lupa mengundi peserta favourite anda bermula episod depan!
Program yang bersiaran setiap Rabu jam 9.00 malam itu dibawakan secara eksklusif oleh Majalah Nona dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd serta diperkasakan sepenuhnya oleh USANITA.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang ejen jualan produk kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim yang didakwa dilarikan tiga lelaki dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu Kelantan pada 13 September lalu berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke Malaysia pada 29 September 2022.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, kejayaan itu adalah hasil bantuan dan kerjasama pihak berkuasa Thailand.
“Seramai tujuh lelaki warga tempatan ditahan di Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatandi bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.
“Polis turut merampas sebuah kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa,” katanya.
Acryl Sani berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menubuhkan satu pasukan khas merangkumi aspek siasatan dan operasi bagi menyelesaikan kes penculikan itu.
“Kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan polis Thailand serta perkongsian maklumat dan perisikan berjaya menjejaki serta mengenal pasti lokasi keberadaan mangsa di negara itu,” katanya.
Acryl Sani berkata, pihaknya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada polis Thailand dan kedutaan Malaysia di sana atas kerjasama serta bantuan dalam usaha yang dilaksanakan bagi membantu menyelamatkan mangsa culik.
“PDRM juga menyeru masyarakat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian yang menyalahi undang-undang dalam usaha membanteras kejadian jenayah dan memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terpelihara,” katanya.
Pada 13 September lalu, media melaporkan mangsa yang berusia 36 tahun dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Kelantan.
Rosnazirah dilarikan dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios dan terdapat penduduk memaklumkan melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand, sebelum kereta terbabit ditemui jam 10 malam hari yang sama di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor.
Penculikan mangsa dipercayai ada kaitan dengan sindiket dadah dan susulan itu, polis menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang wanita, berusia 35 tahun hingga 47 tahun bagi membantu siasatan.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!