Ads

13 Tahun Kahwin Khairul Fahmi & Leuniey Kian Matang Layari Perkahwinan Di Samping 3 Cahaya Mata!

Leuniey & Khairul Fahmi Bahagia Layari Perkahwinan
Leuniey & Khairul Fahmi Bahagia Layari Perkahwinan

Alhamdulillah, makin bahagia Khairul Fahmi di sisi isteri tercinta. Satu ketika dahulu, majlis perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini pernah meraih perhatian luar biasa khalayak khususnya peminat sukan bola sepak tanah air.

Waktu itu populariti Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex melonjak sebagai penjaga gol kebangsaan. Sementara Leuniey Natasha pula merupakan anak kepada usahawan di Kelantan. 

Perkahwinan Khairul Fahmi & Leuniey Natasha

13 Tahun Kahwin Khairul Fahmi & Leuniey Kian Matang Layari Perkahwinan Di Samping 3 Cahaya Mata! 13 Tahun Kahwin Khairul Fahmi & Leuniey Kian Matang Layari Perkahwinan Di Samping 3 Cahaya Mata!

Mengimbas kembali momen ijab kabul Leuniey atau nama penuhnya Nur Eilunie Natasha Jaafar baru berusia 21 tahun. Selain berjaya menambat hati bintang bola sepak terkenal tersebut yang sedang berada di puncak kerjaya, kecantikan Leuniey mencuri tumpuan ramai.

Khairul Fahmi pula ketika itu berusia 23 tahun. Meskipun berkahwin pada usia muda namun kedua-duanya kian matang melayari alam rumah tangga. 

Kedua-duanya sah bergelar suami isteri pada tanggal 28 Disember 2012. Hasil perkongsian hidup, Leuniey dan Apex dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kayla Elayna, Khaleel Emir dan Ebrahim Fayaaz. 

Ads

Berkat kesabaran dan sikap tolak ansur, mereka berjaya harungi dugaan perkahwinan bersama-sama. Sempena ulang tahun perkahwinan ke-13, suri hati kesayangan Khairul  Fahmi ini menitipkan ucapan bermakna buat suami tercinta.  

“13 years of love, patience and growing together. Every season, every test and every blessing, still choosing each other, guided by faith, love and sabr. Alhamdulillah for this journey. Happy anniversary to us.” 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by خير فهمي (@fahmiapexs)

Ads

13 Tahun Kahwin Khairul Fahmi & Leuniey Kian Matang Layari Perkahwinan Di Samping 3 Cahaya Mata! 13 Tahun Kahwin Khairul Fahmi & Leuniey Kian Matang Layari Perkahwinan Di Samping 3 Cahaya Mata!

Leuniey, Suri Hati Khairul Fahmi

Meniti usia 35 tahun, Leuniey Natasha gemar berkongsi tip dan pengalaman dengan followers. Bukan sahaja mengenai rutin harian bahkan tidak lokek berkongsi amalan kecantikan dan tutorial mekap. 

Dia tidak sekadar dilahirkan sebagai seorang wanita yang cantik malah sangat menjaga kurniaan tersebut. Seperti kebanyakan wanita yang sinonim dengan kecantikan, Leuniey juga tidak terkecuali. 

Ads

13 Tahun Kahwin Khairul Fahmi & Leuniey Kian Matang Layari Perkahwinan Di Samping 3 Cahaya Mata! 13 Tahun Kahwin Khairul Fahmi & Leuniey Kian Matang Layari Perkahwinan Di Samping 3 Cahaya Mata! 13 Tahun Kahwin Khairul Fahmi & Leuniey Kian Matang Layari Perkahwinan Di Samping 3 Cahaya Mata!

Dalam kesibukan urus keluarga dan suami, Leuniey juga rancak mengusahakan bisnes tudung miliknya iaitu Luni.  

Artikel https://www.nona.my/usahawan-tudung-ibu-3-anak-kejelitaan-leuniey-natasha-isteri-pemain-bola-sepak-ini-tarik-perhatian/

Menelusuri kerjaya Khairul Fahmi, dia meninggalkan pasukan bola sepak Sabah FC pada Mei lalu selepas lima tahun berkhidmat. Sebelum bersama skuad Sabah FC, bapa tiga orang anak ini pernah bersama-sama pasukan bola sepak Melaka dan Kelantan.  

Semoga rumah tangga yang dibina Khairul Fahmi dan Leuniey bahagia sampai syurga di samping anak-anak tersayang.   

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Pengurusan Projek

Pengurusan Projek: Di Sebalik Pembangunan Hebat, Semuanya Bermula Dengan Perancangan Tepat

Pengurusan projek sering menjadi faktor yang membezakan antara pembangunan yang berjaya dengan sebaliknya. Di sebalik setiap pembangunan hebat, semuanya bermula dengan perancangan yang tepat.