Pelakon terkenal, Aprena Manrose yang merupakan adik kepada pelakon Oktovia Manrose hadir ke sebuah majlis ilmu dengan memakai purdah ternyata mencuri perhatian ramai. Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman hadir ke sebuah majlis ilmu yang dihadiri dalam kalangan wanita sahaja dengan memakai jubah dan berniqab.
Menerusi hantaran video dimuat naik oleh Aprena di laman Instagramnya, dia menitipkan rasa syukur apabila diberi kesempatan menghadirkan diri ke majlis ilmu tersebut demi tujuan memperbaiki diri agar menjadi lebih baik berbanding sebelum ini.
“Alhamdulillah atas rezeki yang diberi untuk menghadiri majlis ilmu agama. Ramai sangat yang datang. Alhamdulillah. Ya Allah bantulah aku untuk sentiasa menghadiri majlis ilmu kerana sesungguhnya aku ini insan yang lemah. InsyaAllah. Semoga kita semua terus usaha atas iman dan istiqomah ke jalan Allah,” katanya dalam hantaran tersebut.
Aprena turut terharu bilamenerima maklum balas positif daripada netizen dan meminta doa agar dia sentiasa istiqamah untuk menutup aurat dengan lebih sempurna.“Terima kasih atas komen yang baik. Allah Maha Baik. dalam kita mencariNya, Dia sentiasa membuka ruang dan jalan seluas-luasnya.
Ads
Ads
“Allahuakhbar. Mohon doa dari kalian untuk sentiasa doakan saya terus istiqomah dan semoga doa berbalik pada kalian. Insya-Allah,” katanya. Meninjau ke ruangan komen di hantarannya itu, ramai dari peminat serta rakan artis menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan Aprena sentiasa istiqamah dalam menutup aurat dengan lebih sempurna.
Sebut saja kolesterol, ramai yang maklum tentangnya. Ada yang prihatin, ada juga yang tak ambil pusing tentang risiko kewujudannya.
Sampaikan sanggup bergurau ‘I love cholesterol’ tatkala mengambil makanan kesukaan yang berpotensi sarat kolesterol.
Acap kali juga golongan obesiti dikaitkan dengan kolesterol. Jangan pandang remeh, sebenarnya orang kurus pun berisiko mengalami tinggi kolesterol!
Pendapat kebanyakan pakar kesihatan, kadar kolesterol tidak boleh diukur hanya dengan melihat tubuh secara fizikal. Kegemukan cenderung melibatkan penyimpanan kolesterol di bawah kulit manakala masalah berlebihan kolesterol lazimnya berkait dengan pengumpulannya di dinding saluran.
Kadang-kadang pemeriksaan terhadap pesakit yang gemuk didapati tahap kolesterolnya adalah normal. Justeru, seseorang yang berasa dirinya kurus dan sihat tidak semestinya mempunyai kolesterol yang rendah.
Fenomena ini berkait rapat dengan pelbagai faktor. Meskipun begitu, tidak disangkal bahawa kegemukan boleh mendedahkan seseorang kepada masalah kolesterol berlebihan.
Mati mengejut
Kolesterol merupakan suatu istilah saintifik. Ia merupakan sejenis bahan kimia yang boleh dikategorikan di bawah kelompok lemak. Kandungannya yang melebihi paras normal mengakibatkan seseorang dilanda masalah kardiovaskular seterusnya meningkatkan kebarangkalian kes mati secara mengejut.
Namun kekurangannya pula boleh meninggalkan impak pada tubuh. Acap kali dipandang negatif, kolesterol sebenarnya merupakan komponen penting dalam penghasilan hormon dan pertumbuhan sel saraf badan.
Kolesterol boleh diperoleh daripada pelbagai sumber makanan. Antaranya kulit ayam, kuning telur, daging berlemak, santan dan makanan laut selain ikan.
Walau bagaimanapun, kolesterol dalam badan kebanyakannya dihasilkan sendiri oleh tubuh melalui proses sintesis di hati. Lantaran itu, pengambilan sumber kolesterol dari luar perlu dikawal melalui pengamalan diet yang seimbang agar arasnya tidak berlebihan.
Dalam badan manusia, kolesterol yang disintesiskan di hati akan dibawa ke dalam darah oleh lipoprotein. Kemudian lipoprotein akan membawanya ke sel-sel badan. Jika berlebihan, kolesterol ini akan mendap pada dinding arteri (salur darah). Ini akan menyebabkan berlaku penyempitan dan akhirnya tersumbat.
Pemendapan kolesterol ini dikenali sebagai atheroma. Penyumbatan ini boleh berlaku pada salur darah di jantung, otak, buah pinggang, usus dan bahagian lain di seluruh tubuh.
Proses penyempitan dan penyumbatan lazimnya memakan masa yang lama dan bukan cuma sehari dua. Komplikasi utama ialah penyakit jantung koronari dan strok. Keadaan ini boleh mengakibatkan kematian secara tiba-tiba.
Kolesterol berlebihan dalam darah tidak banyak mempamerkan simptom. Namun, bagi segelintir individu, antara simptomnya adalah seperti kelihatan ada kumpulan lemak pada bahagian bawah kulit di sekitar kelopak mata dikenali sebagai xanthelasma.
Selain itu, ada juga yang memiliki bonjol lemak pada tempat lain di bawah kulit. Antaranya ialah di sendi tangan, siku dan pergelangan kaki. Namun, simptom ini lazimnya dialami oleh individu yang memiliki masalah kolesterol bertitik-tolak daripada faktor genetik.
Ujian paras kolesterol
Aras kolesterol boleh dikesan menerusi ujian darah sama ada disuntik pada pembuluh darah ataupun penghujung jari. Cara ini dianggap paling praktikal serta merupakan satu-satunya kaedah mengesan tahap kolesterol. Ia juga boleh dilaksanakan di mana-mana hospital mahupun klinik.
Melalui ujian darah, paras total kolesterol boleh diketahui. Pemeriksaan lebih teliti biasanya pada paras low density lipoprotein (LDL), high density lipoprotein (HDL) dan triglycerides (TG). Umumnya LDL dan TG merupakan kolesterol tidak baik. HDL pula adalah sebaliknya.
Menyentuh kaitan kolesterol dengan gaya hidup yang kurang sihat, setiap individu khususnya yang berhadapan dengan masalah ini perlu mengamalkan diet seimbang.
Senaman secara berkala juga perlu iaitu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 30 hingga 40 minit. Kadar metabolisme badan akan menjadi tinggi apabila seseorang aktif dan membuat senaman. Ini membantu merendahkan kadar kolesterol khususnya dalam darah.
Untuk mengawal peningkatan kolesterol, apa yang perlu diambil perhatian adalah kawal pemakanan dan mengamalkan diet seimbang selain senaman. Nampak mudah, namun susah untuk diamalkan.
Sesetengahnya malas untuk bersenam dan diet, sebaliknya lebih bergantung pada ubat sahaja, tetapi, perlu diketahui, ubat cuma untuk sementara waktu dan harganya pun agak mahal.
Menerusi penyelidikan, ubat memang terbukti bagus dan berkesan, namun apabila berhenti mengambilnya, potensi untuk kolesterol naik semula tidak mustahil. Justeru, beringat sebelum kena, bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati? Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anda mungkin telah melihat kegemaran Jennifer Lopez terhadap solekan semasa menatal melalui media sosial. Dalam kebanyakan foto, penyanyi dan pelakon itu berkongsi pakaian yang dipakainya bersama solekan yang menakjubkan.
Walau bagaimanapun, J. Lo tidak takut untuk menunjukkan dirinya dalam keadaan semula jadi. Lagipun, kulitnya yang kelihatan muda adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.
Berjaya mengekalkan kulitnya yang sempurna tanpa sebarang campur tangan buatan. “Saya tidak pernah menggunakan Botox sehingga hari ini. Saya bukan orang itu,” kata J.Lo.
“Saya tidak mempunyai tentangan dan pendapat peribadi jika mereka berbuat demikian; cuma itu bukan urusan saya.” Dia berkata dia sedang mencari cara yang lebih semula jadi untuk merawat kulitnya.
Peminatnya mungkin tertanya-tanya bagaimana, pada usia 53 tahun, kulit Jennifer Lopez kelihatan begitu segar, sempurna dan bercahaya. Dan J.Lo gembira untuk berkongsi rutin penjagaan kulit setiap hari yang membantunya memelihara keadaan kulitnya.
Baru-baru ini, Lopez mengeluarkan barisan kosmetik penjagaan kulit, JLO Beauty dan rutin yang dikongsinya baru-baru ini terdiri sepenuhnya daripada produknya. Rutin penjagaan kulit agak mudah dan hanya terdiri daripada 4 langkah, jadi anda boleh mencuba sendiri dengan cepat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suasana raya tahun ini pastinya berbeza di kebanyakan negara terutamanya negara jiran seperti Indonesia ekoran penularan wabak Covid-19 ketika ini. Memandangkan virus ini masih belum reda ditambah pula dengan puluhan ribu kes di Indonesia memaksa rakyatnya untuk menghadkan aktiviti ziarah Aidilfitri. Turut terkesan dengan keadaan ini ialah selebriti popular Indonesia, Datuk Seri Rossa.
Tanpa berselindung situasi yang dialaminya bersama anak tersayang, Datuk Seri Rossa terbuka berkongsi foto 1 Syawal buat tatapan peminat. Melalui perkongsian gambar
tersebut, jelas kelihatan kedua-duanya dalam keadaan mata sembab seperti baru menangis namun masih menguntum senyuman. Tanpa kelibat ibu bapa Datuk Seri Rossa mahupun ahli keluarga yang lain, pastinya ia menjadi lebaran paling sayu buat dua beranak ini.
Lengkap berselendang dan berbaju tradisi, ibu berusia 41 tahun berkenaan tenang di sisi satu-satunya anakanda tersayang, Rizky Langit Ramadhan. Kongsinya, “Selamat lebaran
dari kita berdua. Rizky tetap mau pakai baju lebaran tahun lalu kerana rindukan Sumedang. Mata sembab kerana tak bisa pulang dan peluk datuk dan nenek. Sabar nak, inshaAllah kita bisa cepat kumpul. Aamiin.”
Terdahulu, Datuk Seri Rossa turut menzahirkan ucapan hari raya buat semua peminatnya. “Kita berdua mengucapkan Selamat Idul Fitri untuk semuanya. Yang tidak mudik (balik berhari raya) bererti berkorban demi kesihatan dan keselamatan keluarga. Tak mengapalah kita tahan rasa rindu dan sedih. InshaAllah diberikan waktu yang lebih baik untuk saling berpelukan.
Semoga sihat semua ya teman-teman. Mohon maaf lahir dan bathin. Sungguh, aku rindu mama papa, keluarga dan Sumedangku tercinta.”
Biarpun lebaran tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya namun sebagai ibu, Datuk Seri Rossa tetap menyediakan persiapan dan juadah raya buat Rizky. Ruang kediaman tampak
tersusun cantik dan diserikan dengan bunga-bungaan segar yang menghiasi ruang rumah mewah miliknya. Begitu juga hiasan meja makan yang penuh dengan hidangan ketupat rendang serta kuih-muih raya.
Dalam keadaan terhad seperti ini, tidak kira siapa pun… kita semua perlu menyesuaikan diri dengan situasi pandemik Covid-19. Berkorbanlah seketika untuk tidak bertandang
ke rumah sanak saudara demi memutuskan rantaian virus maut tersebut.
Selain tertarik dengan gambar raya Datuk Seri Rossa, tumpuan pastinya lebih tertumpu kepada anak lelaki beliau yang semakin meningkat dewasa. Rizky Langit Ramadhan
yang lahir pada 3 Oktober 2006 kini meniti usia 14 tahun dan merupakan anak kepada Datuk Seri Rossa hasil perkongsian hidup bersama drummer kumpulan Padi iaitu Yoyo. Mereka bagaimanapun bercerai pada tahun 2009.
Walau baru belasan tahun tapi terserlah wajah tampan Rizky.
Kredit: Instagram Rossa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!