Gaya Hidup

Tanda Harta Menggunung, Golongan SUPER RICH Pilih Kubu & Pulau Persendirian Untuk ‘Self Isolation’

Kalau duit dah bertimbun-timbun, harta dan kekayaan melimpah-ruah, cukup petik jari saja enjin jet berderum, sedia membawa tuannya terbang jauh dari jangkitan virus Corona.

Meskipun turut terjejas dengan krisis wabak COVID-19, namun golongan taikun atau super rich tidak berminat mahu memborong seluruh pasar raya atau membeli segudang stok hand sanitizer, tisu tandas dan mask muka macam kita. Tidak. Dikuarantin bagi mereka bukan begitu caranya.

Golongan ini memilih memencilkan diri di rumah peranginan mewah atau terkini, di kubu pertahanan bencana, yang dibina khas untuk menampan serangan jangkitan COVID-19. Laporan The Guardian mendedahkan, mereka turut membawa doktor dan jururawat peribadi untuk merawat jikalau terjangkit virus tersebut.

“Permintaan untuk menghasilkan kubu pertahanan kalis bom kian meningkat,” kata pemilik Rising S, Clyde Scott kepada CNBC. Meskipun beroperasi di Amerika Syarikat, namun banyak tempahan diterima dari jutawan luar negara seperti Croatia. Modal untuk membina sebuah kubu pula dianggarkan bermula dari harga USD150,000.

PIC FROM HARRY NORMAN REALTORS / CATERS NEWS – (PICTURED: A 3D image of the facility.) A one-of-a-kind luxury property has hit the market targeted at those fearful of a NUCLEAR BLAST. The giant underground bunker comes with a whopping 7.5 MILLION (11.57M) price tag and is able to withstand a 20 kiloton nuclear explosion. According to the listing, the facility can survive all kinds of potential threats – including natural disasters, civil disturbances and terrorist attacks. Located near Savannah in Georgia, USA, the unique property was built in 1969 by the army corps and engineers. – SEE CATERS COPY

Semenjak krisis COVID-19 tercetus, pasaran kubu atau nama komersialnya ‘Survival Condo’, terus memancing minat pelanggan termasuk dari Timur Tengah, United Kingdom, Jepun dan Perancis. Selain golongan super rich, ia turut menjadi pilihan doktor dan jurutera. Setiap unit berharga lingkungan USD500,000 hingga USD2.4 juta, dilengkapi kemudahan kolam renang indoor, gimnasium dan dinding rock climbing.

Pulau Persendirian

Bayangkan kekayaan di luar imaginasi anda, beli saja sebuah pulau untuk mengasingkan diri. Pulau Gladden umpamanya, membenarkan privasi menyeluruh ke atas tetamu. Semua kakitangan menginap di pulau kecil berdekatan, dan setiap kali lampu merah menyala dari pulau utama, menandakan mereka diperlukan untuk bertugas.

Ia mungkin tempat paling selamat di atas bumi untuk memencilkan diri dari virus Corona. Lokasinya sejauh 20 batu dari daratan dan harga sewaan seluruh pulau ini hanya sekitar RM13,000 semalam untuk dua orang.

Satu lagi lokasi pulau persendirian popular ialah Pulau Biru di Bahamas kerana dilengkapi landasan pesawat sendiri. Ia amat popular di kalangan tetamu dengan jet peribadi, tapi tidak dibenarkan melancong ke mana-mana kerana sekatan penerbangan dalam tempoh krisis ini. Tanah peribadi seluas 700 ekar itu hanya bernilai USD70 juta.

Jet Peribadi & Kapal Persiaran Peribadi

Bagi super rich yang memilih untuk belayar di lautan, ada juga yang sanggup menempah pelayaran mewah selama 4 ke 7 minggu bersama keluarga. Menariknya, keluarga kaya raya ini turut membawa guru untuk mengajar anak-anak mereka serta chef untuk menyediakan makanan sepanjang tempoh tersebut.

Begitu juga pasaran jet peribadi. Meskipun terkesan dengan impak COVID-19 yang melumpuhkan majoriti besar syarikat penerbangan komersil, namun permintaan terhadap jet peribadi meningkat sejak beberapa penumpang sanggup membayar harga tinggi semata-mata untuk sampai ke destinasi.

IKLAN
Share