Penyanyi terkenal Indonesia Krisdayanti yang cukup terkenal dengan lagu-lagu seperti Aku Wanita Biasa dan Menghitung Hari mengumumkan pertukaran nama pentasnya yang sebelum ini dieja Krisdayanti (rapat) menjadi Kris Dayanti (berasingan).
Menurut sumber ejaan Kris Dayanti ialah nama asalnya sebelum diubah menjadi Krisdayanti kerana dianggap lebih menarik dan senang diingati.
“Sebetulnya nama pada kad pengenalan Kris Dayanti. Tapi saya banyak kerjasama dengan jenama besar dan memerlukan nama yang lebih menarik,” ujarnya.
Sementara itu, penyanyi yang lebih mesra disapa KD itu berkata, dia mahu kembali menggunakan nama sebenarnya sebagai tanda cinta terhadap Allahyarham bapanya yang sudah meninggal dunia.
Untuk rekap, bapa Kris Dayanti meninggal dunia pada usia 79 tahun di Denpasar, Bali pada Khamis. “Sejak ayah meninggal dunia pada 2021, saya sangat terkesan dan mahu menggunakan semula nama asal saya. Tindakan saya itu sebagai satu bentuk cinta kepada ayah,” ujarnya.
Rezeki Bienda! Tidak segan berniaga di tepi jalan dan berusaha mencari peluang rezeki yang halal, personaliti wanita berjiwa besar ini bersyukur bisnes Papapau miliknya kian dikenali dan laris di pasaran. Memang kecur tengok seleksi pau Bienda, gebu dan padat dengan isi. Alhamdulillah, rezeki Allah SWT itu luas!
Sejak menjadi viral beberapa hari lepas, Bienda dan suami tidak menyangka perniagaan mereka makin maju dengan kehadiran ramai pelanggan yang membeli jualan mereka. Khabarnya bisnes pau tersebut diusahakan suami Bienda dan dia hanya membantu.
Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razali memberitahu kepada Harian Metro, perniagaan pau dikenali Papapau Bienda Gebu itu baharu diusahakan suaminya, Kamarul Zariman Abdul Rahman atau Boy pada hujung Disember tahun lepas.
Selain gebu dan berinti penuh, istimewanya Papapau juga kerana kepelbagaian perisa yang dihasilkan. Antaranya Pau Kaya, Pau Kelapa, Pau Kacang, Pau Coklat Beryls, Pau Kari Ayam Dara dan Pau Kari Daging Empuk. Paling rare, perisa Pau Bolognese Mozarella Cheese dan Pau Carbonara Cendawan Subur.
Akui penyanyi dan pelakon cantik ini lagi, gerai jualan mereka dikunjungi ramai sejak gambarnya menjual pau di tepi jalan bertebaran di media sosial.
Sebelum menjual pau, Bienda memang aktif berniaga dan pernah menjual tudung dan inner. Malah dia juga tidak kisah berniaga di tepi jalan seperti yang diusahakannya bersama suami ketika ini. Asalkan produk yang dijual berkualiti dan sedap.
Ujarnya lagi, sejak viral dia tidak putus-putus menerima panggilan pelanggan yang bertanyakan mengenai perniagaan tersebut dan mahu berkongsi rezeki dengan membuat infaq. Gerai jualan Papapau beroperasi seawal jam 7.30 pagi dari Isnin hingga Jumaat.
Atas sambutan menggalakan itu, pasangan berkenaan turut bercadang untuk membuka satu lagi cawangan di Setapak yang bakal diuruskan ibunya yang juga penyanyi, Sheeda.
Bienda berkahwin dengan suaminya yang merupakan bekas penerbit sebuah stesen televisyen pada 10 Oktober 2009. Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lavienda Namiraz berusia 10 tahun dan Laxiendra Namiraz, 8 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantik manis orangnya dan sangat merendah diri biarpun berasal dari golongan bangsawan. Engku Liyana Zafirah Engku Mohd Suhaimi, kerabat Diraja Pahang, 29, yang mesra digelar sebagai Engku Liyana ini sebenarnya seorang yang sangat aktif dan bijak.
Dalam erti kata lain beauty with brain! Engku Liyana juga seorang anak muda yang sangat komited serta cemerlang dalam kariernya.
Sebelum bergelar Pegawai Eksekutif di salah sebuah universiti tempatan, siapa sangka Engku Liyana pernah bekerja sebagai juruwang di sebuah farmasi kesihatan sekitar tahun 2007. Terbukti, sejak usianya belasan tahun Engku Liyana sudah pun mempunyai semangat juang yang tinggi untuk berdikari.
“Saya seorang yang komited dengan apa yang dilakukan dan sukakan cabaran. Prinsip saya sentiasa berusaha, ikhtiar, tawakal dan doa. Namun dalam masa sama saya perlu beringat juga, tak semua yang kita nak tu akan dapat.”
AKTIF BERSUKAN
“Selalunya selepas waktu kerja jadual saya penuh dengan aktiviti sukan. 1-2 kali dalam seminggu saya bersama rakan-rakan akan turun ke Kuala Lumpur untuk bermain badminton atau futsal. Namun memandangkan keadaan semasa sekarang, saya hanya melakukan aktiviti kecergasan di rumah.
Kadang-kadang lepas kerja saya akan berjoging saja di trek berhampiran tempat kerja. Kalau terlalu penat barulah saya akan berehat di rumah sambil meluangkan masa bersama anak-anak saudara. Walaupun aktif bersukan saya juga seorang yang family oriented. Saya juga tak akan membawa semua urusan kerja ke rumah kecuali kalau terlalu mustahak.”
AMAL PEMAKANAN SIHAT “Saya hanya amalkan air kosong secukupnya setiap hari. Disebabkan aktif bersukan telah mendorong saya untuk minum air dengan banyak. Saya turut mengurangkan makanan berminyak dan bergoreng.
Sejak kecil keluarga saya memang tak galakkan kami ambil makanan ringan, minuman manis dan bergas. Alhamdulillah sampai sekarang kami masih pegang nasihat itu.
Selain itu, saya sentiasa melalui hari-hari dengan positif demi kesihatan mental dan fizikal yang baik sekaligus dapat mengekalkan awet muda.”
MAHU MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA
“Sebagai anak saya sentiasa berusaha untuk membahagiakan dan menyenangkan kedua ibu bapa. Mungkin tak akan terbalas jasa mereka tapi saya akan merasa puas jika dapat melihat mereka bahagia dan gembira.
Merekalah sumber inspirasi saya sejak kecil. Kedua-duanya tegas dan berdisiplin dalam mendidik. Sejak kecil saya dan adik beradik dah diajar untuk melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh sampai jadi. Seterusnya saya mahu fokus kepada kerjaya. Saya bersyukur kerana keluarga sentiasa menjadi tulang belakang untuk saya lakukan yang terbaik.”
WANITA INSPIRASI
“Perjalanan untuk mencapai gelaran sebagai wanita inspirasi masih jauh. Setiap wanita ada potensi tersendiri untuk berjaya walaupun apa pun statusnya. Tuhan menjadikan wanita untuk memberi manfaat luar biasa buat keluarga, masyarakat dan negara.
Apa yang penting yakin untuk menjadi yang terbaik dalam bidang kerjaya masing-masing. Seorang wanita inspirasi mampu berdiri di kaki sendiri dan tak bergantung sepenuhnya dengan lelaki walaupun bergelar isteri dan ibu.” akhirinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertitik tolak dari pemergian ibu tercinta, semuanya berubah sekelip mata. Bangkit dari episod duka, dia mendapat ilham menghasilkan produk berasaskan durian belanda dan memformulasikannya dalam bentuk mudah diambil.
Malah nama Annona sendiri diambil dari nama saintifik durian belanda, Annona Muricata. Dan pada tahun 2012 jus Annona dipasarkan secara rasmi. Malah mak pun dah mula mengambil jus Annona dan ternyata nampak perubahan positif.”
Namun akui Ony, siapa dirinya untuk melawan takdir dan qadar Allah. Ibunya akhirnya pergi dijemput Ilahi pada 21 Januari 2013. Selepas pemergian arwah ibunya, Ony melalui satu fasa gelap dalam kehidupannya.
Bagaikan berada di dunianya sendiri malah seakan ‘merajuk’ dengan produknya sendiri, Ony mengakui tidak boleh langsung melihat botol jus Annona yang gigih diusahakan olehnya selama ini.
“Bayangkan saya langsung tak boleh tengok produk malah saya sendiri tidak boleh dengar perkataan Annona. Saya membenci produk saya sendiri! Saya merasakan seperti seorang yang gagal kerana asalnya memang saya mencipta jus Annona ini untuk menyembuhkan penyakit ibu, namun bila ibu dah tiada seakan separuh jiwa saya berkubur”.
Dari ahli farmasi kini usahawan berjaya, siapa menyangka Ony Nurhusny memilih laluan berbeza bagi mengecap kejayaan. Walau timbul kegusaran, beliau memilih untuk terus mara tanpa menoleh ke belakang lagi.
Keunikan Annona? Akui berpegang pada prinsip, etika dan keberkatan dalam menjalankan bisnes, Ony mengakui sebagai seorang ahli farmasi, dia cukup yakin dengan kepakaran yang dimilikinya.
“We know what we are doing, menerusi ilmu farmaseutik dan pendispensan. Kami sangat menekankan setiap produk yang nak di hasilkan melalui fasa-fasa yang ketat bermula dari formulasi, persampelan, penghasilan dan kawalan kualiti.
Dan kini, Annona mulai terkenal dengan produknya Birds Nest yang mengandungi sarang burung asli, di mana dengan pengambilan konsisten mampu membantu menganjalkan kulit, melambatkan tanda penuaan, memperbaiki tisu kulit yang rosak, memberi tenaga dan menjadikan kulit menjadi lebih halus dan lembut, dengan formulasi bahan-bahan premium seperti Ginseng Amerika, Kulat Putih & Gula Batu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.