Tangan Kita ‘Kenderaan Kuman’, Ini Gentle Reminder Penting Bila Duduk Di Rumah!

Kenapa Ketua Pengarah KKM dan seluruh petugas kesihatan berkali-kali mengingatkan kita tentang SOP mencuci tangan? Tangan dah bersih, kenapa mesti cuci berkali-kali? Kalau duduk di rumah pun kena cuci selalu ke?

Jawapannya, ya! Memang kebersihan tangan secara amnya sukar dilihat dengan mata kasar, namun inilah ‘kenderaan’ utama bagi penyebaran kuman. Khasnya ketika kes varian baharu COVID-19 semakin bermaharajalela sekarang.

Selain kuman seperti virus COVID-19, kuman lain yang boleh menyebabkan jangkitan adalah kulat, parasit dan bakteria.

Macam mana kuman tersebar melalui tangan?

  1. Kuman berada pada kulit pesakit (pembawa) atau di permukaan persekitan mereka.
  2. Kuman berpindah ke tangan kita melalui sentuhan.
  3. Kuman hidup aktif dan bertahan beberapa minit pada tangan.
  4. Tangan yang tidak dcuci dan tercemar menjadi ‘kenderaan’ pembawa kuman ke merata tempat atau orang lain.
  5. Jangkitan berlaku apabila orang lain pula terkena kuman, tidak mencuci tangan dan ‘membawa’ pula kuman tersebut!
Anak-anak mudah dijangkiti kuman

 

Cuba bayangkan kerana tangan yang tidak bercuci itu, orang lain seperti anak-anak atau ibu bapa kita yang sudah berusia jatuh sakit. Mereka mungkin nampak sihat, tapi ingat, daya ketahanan badan manusia berbeza-beza!

 

CARA CUCIAN

Terdapat dua cara cucian tangan yang terbaik iaitu menggunakan air dan sabun atau produk berasaskan alkohol (hand sanitizer).

Situasi wajib guna air dan sabun:

  1. Apabila tangan kelihatan kotor.
  2. Apabila terdedah pada kuman-kuman yang mengeluarkan spora (seperti kuman Clostridium difficile yang menyebabkan cirit-birit) atau setelah menjaga pesakit cirit-birit.
  3. Selepas menggunakan tandas.

PERINGATAN: Jangan cuci tangan dengan air dan sabun bersama produk hand sanitizer pada masa yang sama.

Jadikan waktu di rumah masa terbaik mendidik anak-anak tentang langkah mencuci tangan dengan betul

 

Momen mencuci tangan sepatutnya menyeronokkan!

 

Tip Seronok: Sambil cuci tangan dengan sabun, ajak anak-anak kita menyanyi lagu ‘Happy Birthday’ dua kali. Cukup 40 saat!

 

Tempoh cucian tangan dengan sabun dan air = 40-60 saat

Tempoh cucian tangan dengan hand sanitizer = 20-30 saat

 

KIREI KIREI MESRA KANAK-KANAK

Produk cucian tangan Kirei Kirei (maksudnya ‘Bersih Bersih’) merupakan produk sabun No. 1 di Jepun dalam kategorinya. Selain membersih dengan efektif, buih sabunnya juga mesra kanak-kanak.

Berbanding produk cecair cucian tangan biasa, Kirei Kirei mengeluarkan 12 kali lebih banyak buih tanpa air dan mudah diratakan ke seluruh tapak tangan serta jari-jemari. Nak bilas pun senang!

 

 

Selepas mencuba sendiri Kirei Kirei di rumah, tak dinafikan memang bagus sangat produk ni. Pilihan Moisturizing Peach dan Nourishing Berries kedua-duanya berbau manis!

Yang penting ia dirumus 100% dari sumber tumbuh-tumbuhan serta memberi perlindungan anti-bakteria sepenuhnya! Memandangkan PKP tengah berkuat kuasa ni, Kirei Kirei boleh dipesan je melalui online.

Boleh add cart Kirei Kirei di Lazada atau Shopee ya!

 

BAPA KEBERSIHAN TANGAN

Tangan yang bersih adalah satu cara yang paling berkesan dalam pencegahan dan pengawalan jangkitan kuman.

Menurut Ignaz Semmelweis, cucian tangan menggunakan cecair limau yang mengandungi klorin boleh mengurangkan kadar kematian ibu-ibu bersalin akibat jangkitan kuman Streptococcal.

Kuman Streptococcal ini asalnya tersebar melalui tangan bidan, doktor obstetrik, jururawat atau pekerja kesihatan yang menguruskan proses bersalin ibu-ibu pada zaman itu!

IKLAN
Share