Status ibu tunggal nyata bukan satu gelaran yang mahu disandang oleh mana-mana wanita sekalipun. Namun, jika itu takdirnya siapalah kita untuk menolak? Aktivis, usahawan muslimah dan Instafamous, Farah Lee yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak sempat berkongsi kisah sayu yang dialaminya baru-baru ini ketika menyertai misi kemanusiaan ke Bosnia.
Sebagai salah seorang Squad Celebrity Global Volunteers untuk kempen Misija 4 Bosnia bagi program Ukhwah 4 Ummah dan Islamic Relief, Farah yang sepasukan selebriti Diana Amir, Ashraf Muslim dan Ustazah Asni Mansor telah ‘berkampung’ ke Bosnia selama seminggu sejak 18 April hingga 25 April lalu. Ia adalah satu usaha untuk membantu masyarakat Islam di negara tersebut mencapai keselesaan hidup setelah tercetusnya perang pelupusan etnik di bumi Bosnia sekitar tahun 1992.
Pelukan semangat Farah ketika bertemu Alma
Paling menyentuh perasaan apabila Farah merungkai realiti hidup seorang wanita bernama Alma, ibu tunggal yang ditemuinya di sana.
Memperincikan butiran perbualannya bersama Alma, berikut perkongsian yang dititipkan Farah di laman Instagram miliknya.
================
Farah: I’m a single mother too and I know how hard it’s to raise child on our own. But I cannot imagine your struggle raising two kids without money, place to stay, food and even family. So where did you find strength to keep motivated all this while?
“Despite the challenges, she raised her kids very well. They are so briliant and bright and respectful. Suana dapat very good grades in school, Rijad pun suka sekolah. Alhamdulillah Suana dapat bantuan al-Yatim dari salah seorang donor dari Malaysia yang bernilai 100 euro every three months. Tapi oleh kerana Alma tidak dapat bekerja (peluang pekerjaan di Bosnia sangat kritikal lebih-lebih lagi untuk ibu tunggal), jadi mereka bertiga hidup sebulan berbekalkan duit yang lebih kurang hanya RM160 nilainya itu.
Sekali-sekala, Alma jadi cleaner, itu pun jika ada permintaan. Dalam banyak-banyak keluarga yang kami lawat, keluarga Alma paling dekat di hati Farah. Rasa nak bawa mereka datang Malaysia dan hidup sama-sama.
InshaAllah, ini tanggungjawab kita. Ini tanggungjawab kita. Ini tanggungjawab kita. Dengan misi Misija 4 Bosnia ni inshaAllah kita dapat tolong lebih banyak ibu-ibu tunggal di sini. Kita tolong mudahkan urusan orang, berkali ganda Allah akan tolong mudahkan urusan kita.”
Ads
==============
Insaf bila didedahkan dengan kesusahan orang lain. Selama ni kita fikir hidup kita dah cukup susah tapi rupa-rupanya ada yang lebih memerlukan daripada kita. Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan untuk misi ini boleh melayari laman www.ukhwahforummah.org atau pautan islamic-relief.org.my/squad-global-celebrity-volunteer.
Moga bantuan tak seberapa kita ini menjadi saham akhirat kelak di samping membantu meringankan kesulitan hidup umat Islam yang sedang ditimpa kesusahan.
Sumber : Instagram Farah Lee
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak berkerdip mata tengok aktres Dosa Terlindung, Jue Aziz baru-baru ini. Sudahlah memang terkenal dengan raut wajah cantik, kulit gebu yang dimiliki isteri Bayu Pramana Putra Achmad Daniel Thandian ini pun lain macam mulusnya. Putih melepak persis artis Kpop!
Lepas diselidik, rupa-rupanya rahsia Jue makin cantik disebabkan produk keluarannya sendiri iaitu Snowing Angles yang lengkap dengan set Vitta C Premium, gold serum, sabun kolagen dan perfume inspired. Patutlah makin berseri-seri sekarang. Dengar khabarnya, gerai jualan Jue di Expo Hall Singapore dua hari lalu turut diserbu orang ramai. Sambutan yang diterima pula memang luar biasa. Kata Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, jualan Snowing Angles memang laku keras!
“Alhamdulillah.. penangan Snowing Angels Vitta C Pure Premium dapat sambutan hangat sampaikan kena pre order. Thank you support Jue!”
Jue di samping suami dan anak angkatnya
Difahamkan selain rangkaian produk kosmetik di bawah Jue Universal Beauty, pelakon berusia 35 tahun ini juga aktif menghasilkan seleksi pakaian wanita dengan label Jue Aziz Creation. Disebabkan baru saja berjinak-jinak dengan dunia bisnes, Jue tidak kekok belajar memotong kain dan menjahit baju di rumah sambil dibantu kakaknya. Salute dengan kegigihan Jue. Iyalah, bukan mudah hendak hidup senang. Kena bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian.
Apa-apa pun, moga Jue terus sukses dalam lapangan yang diceburi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpesona dengan aura dan keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud ketika berangkat ke ibu pejabat Siti Khadijah di Nilai, Negeri Sembilan pada 8 Mei lalu.
Turut mengiringi DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan ialah anakanda Yang Amat Mulia (YAM) Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz.
Tampil menawan dalam persalinan kurung batik dan berhijab, gaya sederhana dan elegan Tuanku Aishah Rohani berkenan mencemar duli merasmikan Galeri Pelawat Siti Khadijah nyata menarik perhatian khalayak.
Aura DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan
Pastinya tanggal 8 Mei menjadi lakaran sejarah bagi jenama Siti Khadijah kerana menerima kunjungan dan sokongan daripada Baginda Tuanku Aishah.
Keberangkatan tiba DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan bersama para tetamu kehormat dan kenamaan disambut mesra pengasas Telekung Siti Khadijah, Padzilah Enda Sulaiman serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Enda Group Sdn Bhd iaitu Mohammad Munzir Aminuddin.
Galeri berkonsepkan ‘One-Stop Centre’ ini merangkumi pelbagai elemen yang memperkaya pengalaman pengunjung.
Ia mempersembah kisah sejarah penubuhan dan perjalanan Siti Khadijah sepanjang 15 tahun dari sebuah jenama sederhana hingga menjadi ikon keanggunan, ketelitian dan kekuatan nilai tradisi.
Antara tarikan utama di galeri berkenaan termasuk ruang pameran rekaan bentuk muka telekung, makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan sudut interaktif yang memberi peluang kepada para pengunjung merasai sendiri kualiti fabrik.
Selain itu, rombongan Tuanku Aishah Rohani turut dibawa melawat ke kilang penghasilan telekung Siti Khadijah. Majlis turut diserikan dengan demonstrasi eksklusif menjahit sejadah mini di ruangan ‘Experience Centre’ oleh kakitangan Siti Khadijah, Puan Zaidah Abu Bakar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanggal 6 Februari 2022 pastinya menjadi detik ‘hitam’ bagi seluruh rakyat India apabila mereka kehilangan sebutir bintang yang banyak berjasa dalam industri seni Bollywood. Mendiang Lata Mangeshkar yang berusia 92 tahun meninggal dunia selepas hampir sebulan bertarung melawan Covid-19.
Lata Mangeshkar dilaporkan meninggal dunia pagi Ahad kerana kegagalan fungsi organ di Breach Candy Hospital di Mumbai. Dia dimasukkan ke hospital pada 11 Januari selepas disahkan dijangkiti wabak maut Covid-19.
Lata MangeshkarPerdana Menteri India, Narendra Modi hadir beri penghormatan terakhirNarendra Modi bersama Lata Mangeshkar suatu ketika duluShah Rukh Khan turut hadir beri penghormatan terakhir
Perdana Menteri India, Narenda Modi dilaporkan sanggup ‘terbang’ dari New Delhi untuk memberi penghormatan terakhir kepada penyanyi lagenda tersebut di Shivaji Park, Mumbai. Upacara pengebumian Lata Mangeshkar juga dihadiri rakan-rakan industri muzik, selebriti Bollywood seperti Shah Rukh Khan dan pemimpin politik.
Daripada perkongsian di Internet, kelihatan mendiang Lata diarak beramai-ramai ke Shivaji Park dengan potret wajahnya dan ratusan kalungan bunga serta diselimuti bendera India.
Sebagai menghargai sumbangan penyanyi bersuara emas berkenaan, India turut mengisytiharkan perkabungan negara selama dua hari dengan bendera dipasang separuh tiang.
Lata Mangeshkar mula menyanyi di perhimpunan keagamaan bersama bapa tersayang. Memetik laporan Cultural India, nama wanita berbakat besar ini tersenarai dalam Guinness Book of World Records sebagai artis paling banyak merakamkan lagu di dunia.
Lebih mengujakan, dia merakam lagu pertamanya untuk filem Bollywood ketika baru berusia 13 tahun. Sepanjang lebih 7 dekad dalam industri muzik India, mendiang telah berjaya merakam hampir 30 ribu lagu untuk filem Bollywood dan sebagainya.
Bersandarkan bakat dan pencapaian luar biasa itu, Lata Mangeshkar merangkul pelbagai anugerah dan menerima pingat Bharat Ratna iaitu pengiktirafan tertinggi India pada tahun 2001.
Antara lagu nyanyian Lata Mangeshkar yang popular dalam kalangan peminat Bollywood termasuklah Ho Gaya Hai Tujhko dari filem Dilwale Dulhania Le Jayenge dan Humko Humise Chura Lo untuk filem Mohabbatein.
Lata Mangeshkar dilahirkan di Maharashtra pada 28 September 1929 merupakan anak sulung daripada lima beradik kepada pasangan Dinantha dan Shevabti Mangeshkar yang berasal dari keluarga Marathi Brahmin.
Mendiang memiliki tiga adik perempuan iaitu Meena, Asha dan Usha serta seorang adik lelaki, Hridaynath Mangeshkar. Kelima-lima mereka mempelajari muzik klasik India daripada bapa tersayang.
Dikurniakan suara emas, Lata tidak pernah berkahwin dan menjadi penyanyi playback wanita paling berjaya dari tahun 1940an hingga 1980an. Meskipun biduanita ini sudah meninggal dunia namun legasi dan nyanyiannya berjaya menyentuh hati pendengar di seluruh dunia hingga ke hari ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kate Middleton ketika menyambut Donald Trump di Istana Britain, mengenakan mahkota mutiara kegemaran Puteri Diana yang digayakan bersama gaun renda.Putera William dan isterinya, Kate...