Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru Masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Nak kuruskan badan, nak kumpul duit, nak berkahwin dan macam-macam lagi. Tapi apa kata bermula 1 Muharram 1444H ini, azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru Hijrah.
Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat tersebut.
Jadikan kehidupan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari seterusnya lebih baik dari hari-hari sebelumnya.
Foto: Unsplash
Percayalah lebih rapat kita dengan Allah SWT, akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.
Bersempena ketibaan Maal Hijrah 1444H, bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah:
Ads
“Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.”
Ads
Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun.”
Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharram:
Ads
“Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.”
Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,
“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
Jelas Ibni Abbas, siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharram, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu. Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.
Mewahnya rezeki anak Noor Neelofa Mohd Noor dan Haris Ismail! Mana tidaknya, baru berusia tiga bulan Muhammad Bilal dah dapat duit raya cecah belasan ribu ringgit. Malah angka itu lebih daripada jumlah pengeluaran wang KWSP yang diterima ramai baru-baru ini.
Kisah duit raya Muhammad Bilal meraih perhatian ramai khususnya dalam kalangan peminat apabila ibunya yang juga selebriti terkenal, Neelofa berkongsi perkara tersebut di akaun TikTok.
Daripada perkongsian itu, jelas kelihatan Neelofa dan Haris sedang rancak mengira duit raya yang diberikan kepada anak tersayang.
Ia nyata menarik tumpuan apatah lagi duit raya yang diterima itu kebanyakannya daripada notes RM100! Juga, terselit sekeping wang bernilai 1,000 Dirham! Banyaknya!
Yang pasti, video yang dimuat naik Neelofa mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya. Ada yang sempat berseloroh mengatakan kanak-kanak tak boleh pegang duit banyak. Ada juga yang gembira melihat rezeki anak personaliti glamor ini yang melimpah ruah.
Neelofa dan Haris selamat menimang cahaya mata sulung mereka, Muhammad Bilal pada 29 Januari lepas. Pengumuman pasangan ini mengenai kelahiran anak tersayang amat dinanti-nantikan namun kedua-duanya masih belum bersedia mendedahkan wajah Muhammad Bilal kepada khalayak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenama tenusu, Fernleaf menyumbangkan sebanyak 500 kilogram (kg) susu tepung kepada kanak-kanak di 10 buah rumah amal, bermula dengan Agathians Shelter di Petaling Jaya hari ini. Kerja amal ini adalah hasil daripada kempen Goodness Feeds Greatness Fernleaf yang telah bekerjasama dengan rakan perniagaannya, Mydin untuk menyeru kepada para pembeli untuk menyokong usaha jenama tersebut dalam menyumbangkan kelazatan dan nutrisi susu kepada kanak-kanak yang memerlukannya.
Bermula daripada 15 Oktober hingga 15 November lalu, Fernleaf menjemput para pengunjung Mydin untuk menyokong kebaikan dan usaha jenama tersebut dalam menyediakan nutrisi dan pemakanan susu kepada kanak-kanak tersebut. Bagi setiap pek susu tepung Fernleaf yang dijual di Mydin sepanjang tempoh tersebut, 50g tenusu penuh nutrisi akan disumbangkan kepada kanak-kanak di rumah amal yang terlibat dan pusat perlindungan di seluruh negara.
Encik Jose Miguel Porraz-Lando, Pengarah Pengurusan bagi Fonterra Brands Malaysia & Singapore, berkongsi tujuan di sebalik sumbangan amal syarikat tenusu ini: “Setiap impian besar bermula dengan langkah yang kecil – kata-kata positif serta dorongan dari keluarga, rakan-rakan, orang tersayang, dan terutamanya dari dalam diri sendiri memainkan peranan penting dalam membantu kita dalam perjalanan mencapai kecemerlangan.”
Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Binti Mohd, Pengarah Mydin Mohamed Holdings Bhd turut meluahkan keterujaannya dalam membantu kanak-kanak kurang bernasib baik ini untuk berusaha ke arah kecemerlangan. “Sebagai ibu bapa, impian terbesar kita adalah untuk melihat anak-anak kita cemerlang dan mencapai impian mereka. Antara tanggungjawab paling penting yang wajar kita penuhi adalah untuk memberikan mereka nutrisi terbaik dan Fernleaf dapat membantu daripada aspek tersebut”.
Sembilan lagi rumah yang selebihnya adalah Asrama Damai Rumah Anak-anak Yatim Kuang di Rawang, Rumah Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah di Klang, Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA) di Seremban, Vision Home di Ipoh, Rumah Anak-Anak Yatim Islam Jasin di Melaka, Chrystal Home di Perak, Villa Paulos di Johor, Rumah Amal Permata Hatiku di Kuala Lumpur dan Sinar Ceria Care Centre di Pulau Pinang. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Model, pelakon, dan pengacara Intan Ladyana atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Muhammad Yahaya sudah lama tidak muncul di kaca televisyen bukan, apatah lagi selepas berkahwin dengan pelakon tampan Harris Alif dan seterusnya melahirkan cahaya mata pertama mereka, iaitu Eviee Khadeeja pada penghujung Januari lalu.
Intan Ladyana dan Harris Alif mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu dan perkahwinan menjadi perhatian ramai dek jarak usia yang agak jauh iaitu 17 tahun.
Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka tetap tampak sepadan dan cukup bahagia apabila kedua-duanya diliht aktif di media sosial sambil berkongsi kisah seharian mereka sekeluarga untuk tatapan peminat.
Dan baru-baru ini, Hariss telah memuat naik gambar percutian mereka bersama anak tersayang, Evie Khadeeja di Instagram miliknya menaiki kapal persiaran. Apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan Intan yang manis berhijab ketika bergambar bersama suami dan anak di atas kapal persiaran yang dipercayai kapal persiaran Resort World Cruises.
Perkongsian di Instagram serta IG story Hariss nyata mendapat perhatian ramai rakan selebriti serta peminat mereka, dan rata-rata begitu gembira dengan penampilan Intan yang terkini. Mereka juga mendoakan agar pelakon terbabit terus istiqamah mengenakan hijab.
Walaupun masih belum ada kenyataan rasmi dari Intan berhubung dirinya sudah berhijab penuh atau sebaliknya, yang pasti Intan tampil lebih manis dan ayu bila berhijab. NONA doakan semoga Intan turut istiqamah mengenakan hijab. Insya-allah..
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.