Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor baru-baru ini berkongsi sebuah video yang menyaksikan kegembiraan terserlah di wajahnya apabila anak saudaranya, Aiman berjaya melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang.
IKLAN
Untuk pengetahuan, menurut beliau, Aiman merupakan anak arwah adiknya yang mesra digelar Ajil. Ketika adiknya meninggal dunia, Aiman baru berusia tiga tahun.
“Sebaik saja saya mendarat, dia meninggal dunia. Ajil koma semasa saya berada di angkasa”, itu perkongsian Dr. Shiekh bila ditanya bila beliau mengetahui akan pemergian adiknya.
Sejak dari itu, Dr. Sheikh Muszaphar mengambil tanggunjawab menjaga Aiman sebagai penjaga yang sah. Menerusi hantaran, Dr. Sheikh Muszaphar bersyukur Aiman meraih kejayaan dan melanjutkan pengajian dalam bidang yang diminati.
Tambah Sheikh Muszaphar, Aiman seorang pelajar yang pintar dan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Aiman juga dikhabarkan telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.
IKLAN
IKLAN
Namun, anak saudaranya itu memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang. Walau apa jua keputusan yang dibuat, Sheikh Muszaphar sentiasa mendoakan kesejahteraan dan memberi sokongan buat Aiman.
Menjengah di ruangan komen, ramai warganet memberi pujian buat Dr Sheikh Muszaphar kerana berjaya mendidik dan menjaga Aiman dengan baik. “Berkat menjaga anak yatim”, itu antara komen-komen yang diberikan netizen.
Melihat pada kasih sayang yang diberikan oleh Sheikh Muszaphar kepada Aiman sama seperti kasih sayang yang diberikan kepada anak-anaknya sendiri, padanlah Dr.Sheikh Muszaphar sentiasa dimurahkan rezeki, mudah didekati dan dihormati.
Cantik manis orangnya. Bermula sebagai model muslimah seawal usia 14 tahun, kini Nur Alya Iman Azmil Mustapha atau mesra disapa Alya Iman kian mendapat tempat dalam industri seni tanah air. Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni sejak tahun 2018, Alya telah membintangi pelbagai telemovie, drama dan sitkom.
Meniti usia 21 tahun, gadis genit ini merupakan anak kepada pelakon popular era 80an iaitu Allahyarham Azmil Mustapha. Sememangnya anak bongsu daripada lima beradik ini mewarisi bakat lakonan bapa tersayang.
Mana tidaknya, bukan hanya mendapat tawaran lakonan yang tidak putus-putus bahkan Alya juga terpilih sebagai Top 10 Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 2020.
Kongsikan perkembangan terkini Alya
Alhamdulillah atas segala rezeki yang Allah turunkan, Alya kini sibuk dengan penggambaran drama dan bidang peragaan. Drama terbaharu Alya ialah Ku Punya Hati arahan Azmi Hatta. Selain itu, Alya juga sedang menjalani penggambaran untuk drama Dia Pria Terhebat arahan Pali Yahya.
Kredit Instagram @alyimnKredit Instagram @alyimnKredit Instagram @alyimnKredit Instagram @alyimn
Makin sibuk sebagai anak seni, apa perancangan Alya untuk 5 tahun akan datang
Ketika ini Alya hanya berpeluang menceburi bidang peragaan dan lakonan. InshaAllah dengan izin Allah, sekiranya ada rezeki untuk ke luar negara Alya berhasrat untuk sambung belajar. Dalam lima tahun akan datang juga Alya ingin fokus dengan bisnes.
Bagaimana Alya menjaga kecantikan diri?
Amalan kecantikan Alya tidaklah terlalu rumit dan tidak ada istilah penjagaan muka yang ‘heavy’. Jujurnya penjagaan dan rutin kecantikan Alya biasa saja. Alya amalkan banyak minum air masak dan pastikan cuci muka selepas memakai mekap supaya kulit wajah dapat bernafas serta bersih daripada sebarang kotoran.
Dalam sebulan, berapa kali buat rawatan di pusat kecantikan?
Alya sangat jarang pergi buat rawatan facial atau spa sebab kekangan masa. Kalau pergi pun, Alya akan ambil pakej rawatan untuk menyegarkan wajah sahaja.
Tip kecergasan dan kesihatan tubuh badan
Sebenarnya Alya seorang yang sangat sensitif dan mudah sangat sakit. Jadi, untuk elak daripada sakit yang berterusan Alya mengamalkan pengambilan vitamin, senaman dan makan makanan yang berkhasiat. Itu yang Alya buat untuk jaga kecergasan dan kesihatan tubuh badan.
Semestinya arwah Babah. Bukan sahaja inspirasi dalam bidang industri seni tapi personaliti yang dimiliki arwah juga saya sangat kagum. Dia seorang yang sangat merendah diri, not judgmental, menghormati orang lain dan terima baik buruk seseorang dengan seadanya.
Impian Alya yang masih belum tertunai
Dalam usia 21 tahun, banyak impian yang tidak tertunai lagi dan masih dalam perancangan untuk merealisasikan impian tersebut. Semoga Allah mempermudah segala impian yang Alya rancang. Dari segi kerjaya, Alya ingin menceburi filem antarabangsa. Dari sudut personal pula, Alya mahu beri apa sahaja yang Mama saya impikan.
Bergelar ‘public figure’, bagaimana Alya menonjolkan diri agar menjadi inspirasi kepada generasi muda?
Motivated untuk berjaya! Alya dari usia muda sudah berkerjaya. Saya juga seorang yang belajar berdikari dan tidak mudah putus asa walaupun gagal di tengah jalan. Prinsip saya ialah terus bangkit dan berjuang selagi berdaya. Semoga kejayaan dan pengalaman ini mampu menjadi kekuatan semangat buat orang di luar sana.
Ingat bagaimana anda pertama kali jatuh cinta? Ya, saya percaya peringkat pertama melibatkan sesi perkenalan di antara satu sama lain. Apabila masing-masing merasakan keserasian sudah bertakhta di hati, maka perhubungan itu menjadi semakin indah dan seterusnya berjaya.
Begitulah juga halnya dengan alam pekerjaan. Saling tidak tumpah dengan alam percintaan.
Peringkat pertama melibatkan keseronokan di mana satu jam pertama boleh berpanjangan menjadi bertahun lamanya jika anda sudah jatuh cinta pada kerja.
Tanya pada hati, “Mungkin kerjaya sekarang menjanjikan bayaran berganda berbanding kerja terdahulu ditambah pula pelanggan yang mudah diurus.”
Keseronokan bekerja di organisasi baru membuatkan anda mempunyai semangat tinggi jika anda sudah serasi dengan pengurusan dan budaya kerjanya.
Seterusnya, peringkat kedua melibatkan kenyataan yang mungkin anda sukar untuk diterima.
Anda masih menyukai skop kerja yang diberikan, namun anda sudah mula mengenalpasti sedikit sebanyak kesukaran dalam melaksanakannya. Antaranya:
Deadlines mula mengerikan hidup anda!
Kesukaran untuk tiba ke tempat kerja awal.
Bebanan kerja bertambah.
Masalah yang mula timbul seterusnya membawa anda ke peringkat ketiga iaitu kekecewaan!
Kesulitan sudah mula menjadi realiti, minat dan fokus mula menjadi terpesong. Perasaan bercelaru terhadap masalah yang sedang dihadapi membuatkan persoalan ‘mungkin’ tiba-tiba menjengah fikiran anda.“Mungkin saya akan mendapat gaji lebih di organisasi X dan bebanan kerja tidak berat?”
“Mungkin saya gembira dengan tanggungjawab yang diberikan di organisasi Y?”
“Mungkin organisasi Z membenarkan saya datang lewat kerja dan balik kerja awal,”
Dalam karier yang sedang anda bina, amat penting untuk mencari jalan keluar agar kerjaya senantiasa meningkat dan bukannya terpaksa bermula dengan pekerjaan baru sahaja.
Anda perlu bekerja keras untuk membangkitkan kegembiraan yang merupakan kepentingan dalam memuaskan semangat bekerja. Semarakkan perasaan seronok pada saat anda mula-mula melangkah ke organisasi sekarang.
Tetapi harus diingat bahawa anda perlu ada senarai semak mengapa hendak melakukan perubahan terhadap bidang kerja. Pastikan perubahan yang bakal dihadapi mampu menjadikan anda seronok bekerja dan boleh diguna pakai untuk rutin harian anda.
Sarapan yang berkhasiat memberi and lebih tenaga untuk mengharungi beban kerja seharian.
Berpakaian cantik dan menarik seperti mana anda masuk kerja pada hari pertama.
Mulakan hari-hari anda dengan berbicara mengenai perkara positif dengan rakan kerja mempunyai niat yang sama. Sekali sekala bangun pagi awal, jemput rakan sekerja untuk bersarapan bersama-sama nescaya hubungan sesama pejabat semakin rapat.
Datang ke pejabat awal sebelum rakan sepejabat lain menyusul tiba. Manjakan diri anda dengan secawan kopi bagi pembuka selera di pagi hari sebelum menyemak peti e-mel.
Jika ada masa terluang selepas waktu pejabat, senaraikan apa yang telah anda pelajari, perkara yang menyeronokkan semasa bekerja dan teman sekerja yang sporting.
Jangan hanya bekerja ala kadar sahaja semata-mata untuk mendapatkan gaji bulanan. Berniat sedemikian menyebabkan anda akan bergelar sebagai pekerja untuk jangka masa pendek!
Belajarlah mencintai kerjaya anda sekarang. Semai minat dan komitmen dalam melaksanakan tugasan yang telah digariskan semasa hari pertama anda melapor sebagai pekerja baru.
Percayalah tugas yang disertakan ‘cinta’ yang mendalam pasti membuahkan pulangan untuk pencapaian serta kedudukan anda di dalam organisasi. KR
Walaupun sudah beberapa hari diijabkabulkan, aktres dan usahawan, Zarina Anjoulie Lavocah akhirnya berkongsi foto pernikahan yang diadakan secara kecil-kecilan. Cantiknya Zarina mengenakan busana serba putih, sedondon dengan suami, Eilyas Azhar.
Melalui posting Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju semalam, dia mengungkapkan terima kasih di atas ucapan tahniah yang diberikan di atas perkahwinan yang telah pun berlangsung.
“Salam semua. Thank you so much for all the warm wishes. Semua orang dok ucap tahniah Anju dan Yas. Sumpah terharu nak menangis. Sebelum ni tak ada anjing dan kucing pun kisah pasal Anju.”
Anju yang dilahirkan pada 9 September 1987 merupakan anak kacukan Melayu, Iran dan Scotland. Turut meraikan kegembiraan ini adalah anak Anju, Martin Ezra Mikael yang berusia empat tahun.
Khabar gembira yang dikongsikan Anju turut mendapat perhatian dari warganet. Memang ramai yang mendoakan kebahagiaan Anju dan keluarga serta ucapan tahniah bersilih ganti di ruangan komen.
Tidak dinafikan, perkongsian foto keluarga mentua yang dipaparkan menjadi perhatian ramai. Anju sendiri begitu menghargai penerimaan keluarga mentuanya terutama ibu dan ayah mentua.
Patutlah duta rasmi produk Lush by MKhan ini semakin cantik dan berseri. Aura positif yang sentiasa dibawanya begitu terserlah. Mungkin selepas ini kita boleh tonton lakonan Anju kembali di televisyen mahupun layar perak. Kami di Nona ingin mengucapkan tahniah dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.