Tawakal Bawa Kandungan 3 Bulan Ke Luar Negara Tanpa Ditemani Suami, DIANA AMIR Hamil Anak Ketiga!

Pertengahan April lalu, selebriti dan juga pengacara televisyen, Diana Amir telah berangkat ke Bosnia untuk misi kemanusiaan yang disertainya di bawah program Ukhwah 4 ummah dan Islamic Relief. Kunjungan Diana dan tiga rakan artis lain termasuk Ashraf Muslim, Farah Lee dan Ustazah Asni ke sana adalah sebagai usaha mengumpul dana bagi penduduk Bosnia yang dilanda kesusahan di samping memberi sokongan moral kepada masyarakat setempat.

Meskipun nampak aktif dan ceria sepanjang seminggu berada di sana, rupa-rupanya isteri kepada Habib Bullah ini sedang berbadan dua. Berita kehamilan itu disahkan sendiri Diana melalui Instagram miliknya dua hari yang lalu.

“Alhamdulillah!! Masa pi Bosnia hari tu untuk Misija 4 Bosnia ada jugak rasa takut dalam hati nak pi sebab tengah pregnant,

tapi tawakal pada Allah untuk jaga keselamatan baby. Setakat ni semua nampak normal. Baby pun dok melompat-lompat je happy nak tunjukkan diri kat mummy.

Yayy, awak nak jadi kakak Khadija!! Doakan semuanya dipermudahkan, anak yang soleh dan sihat, penyejuk mata dan hati, pengikat kasih sayang Diana dan suami, inshaAllah.”

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini turut mengakui berdepan masalah kulit sensitif disebabkan hormon hamil yang dilaluinya ketika ini. Tak apalah Diana, kulit boleh dirawat asalkan kandungan sihat walafiat hendaknya.

Hasil perkongsian hidup, pasangan suami isteri ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Khawlah Khadija, tiga tahun dan Khadija Azzehra berusia setahun lebih.

Sumber: Instagram Diana Amir

IKLAN
Share