Tawan Hati MESUT OZIL, Bekas Ratu Cantik Turki Ini Makin Bahagia Bersama Anak Comel

Sememangnya bergelar isteri kepada Mesut Ozil ibarat ‘rezeki’ yang tak disangka-sangka apabila hidup dilimpahi dengan kemewahan. Hidup bintang bola sepak ini cukup mewah dan pernah menerima anggaran pendapatan RM1.89 juta seminggu.

Foto: Instagram @gulseamine

Menjadi isteri kepada bintang bola sepak ternama dunia mungkin sesuatu yang tidak diduga oleh wanita cantik ini. Namun, kalau sudah jodoh, tak akan ke mana. Tuah berpihak kepada bekas Ratu Cantik Turki yang bernama Anime Gulse apabila berjaya menambat hati bintang bola sepak terkenal dunia, Mesut Ozil.

Foto: Instagram @gulseamine

Perkahwinan eksklusif pasangan sama cantik sama padan ini mendapat perhatian dunia dan mencipta sejarah apabila Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan turut menghadiri majlis gilang gemilang itu bersama isterinya. Kini pasangan ini hidup bahagia lebih-lebih lagi setelah menimang cahaya mata pertama pada bulan Februari 2020.

Foto: Instagram @gulseamine

Anime Gulse sememangnya cantik dengan ketinggian 5’10” mencipta nama sebagai model yang berjaya. Malah wanita yang mempunyai mata yang cantik ini juga bergelar pelakon dan aktif berlakon di Istanbul. Terpancar riak bahagia di wajahnya setelah bergelar seorang ibu. Comel sungguh anak pasangan sama cantik sama padan ini.

Foto: Instagram @gulseamine
Foto: Instagram @gulseamine

Dikhabarkan pemain bola sepak berusia 31 tahun ini juga mempunyai kediaman mewah bernilai RM54.2 juta di Utara London. Selain itu, Mesut Ozil menggemari kereta mewah jenama Mercedez Benz dan mempunyai deretan kereta mewah jenama tersebut yang dianggarkan bernilai RM4.3 juta.

Foto: Instagram @gulseamine

Di sebalik kemewahan yang dimiliki oleh suaminya, Anime Gulse sudah tentu bangga apabila bintang bola sepak itu rajin berkongsi rezeki. Mungkin sikap pemurah Mesut Ozil ini membuatkan rezekinya melimpah-ruah.

Foto: Instagram @gulseamine
Foto: Instagram @gulseamine

Sekitar tahun 2019, bintang bola sepak itu telah membiayai sebanyak 1,000 pembedahan untuk kanak-kanak di seluruh dunia. Tidak cukup dengan itu, dia juga berbesar hati memberi bantuan berbentuk bekalan makanan kepada 100,000 pelarian di 16 kem pelarian di Turki dan Syria.

Foto: Instagram @gulseamine
Foto: Instagram @gulseamine

Sifat pemurah Mesut Ozil ini nyata mencuri tumpuan peminat bola sepak antarabangsa sehinggakan ada yang melabelkan Mesut Ozil sebagai HERO kanak-kanak!

IKLAN
Share