Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat kembali ke tanah air hari ini, selepas empat hari melakukan lawatan negara ke Singapura, bermula Selasa lepas (25 Oktober).
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Sejurus ketibaan itu, Tunku Azizah dipersembahkan jambangan bunga oleh seorang kanak-kanak sebagai mengalu-alukan keberangkatan pulang Seri Paduka berdua ke tanah air.
Seri Paduka berdua kemudian menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada empat pegawai diketuai Mejar Abdul Hafizi Abdul Halim dan 103 anggota dengan diiringi tembakan meriam 21 das serta lagu Negaraku.
Istiadat menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka berdua itu disusuli dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.
Ads
Seri Paduka berdua berangkat ke Singapura pada Selasa lepas atas undangan Presiden Singapura Halimah Yacob.
Jadual lawatan Al-Sultan Abdullah bermula dengan lawatan ke Asian Civilisations Museum dan Edible Garden City pada 25 Oktober, manakala Tunku Azizah turut berangkat melawat Gardens by the Bay pada sebelah malamnya.
Seri Paduka berdua turut berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong serta beberapa menteri Singapura disusuli Majlis Santapan Tengah Hari yang dihoskan Lee dan isteri, Ho Ching pada 26 Oktober.
Ads
Pada hari sama, Seri Paduka berdua berangkat ke Majlis Santapan Malam di Istana dan diberikan sambutan negara selain mengadakan pertemuan dengan Presiden Singapura Halimah Yacob dan suami Mohammed Abdullah Alhabshee.
Ketika lawatan negara Seri Paduka berdua, Singapura menamakan satu spesies orkid hybrid sempena dengan nama Raja Permaisuri Agong iaitu ‘Queen Azizah of Malaysia’ dalam Majlis Penamaan Orkid yang diadakan di Istana pada Rabu.
Program Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong diaturkan berasingan pada sebelah pagi hingga petang semalam, dengan Al-Sultan Abdullah berangkat mengadakan dua lawatan bermula di Pusat Pelawat NEWater iaitu loji merawat serta memproses air yang digunakan untuk bekalan rakyat Singapura, disusuli lawatan di Kem Pasir Ris yang merupakan institut latihan ketenteraan republik itu.
Ads
Tunku Azizah pula berangkat mengadakan lawatan di National Library of Singapore, National Museum of Singapore serta Persatuan Pandu Puteri Singapura dan mengurniakan sumbangan wang S$15,000 kepada organisasi tersebut pada 27 Oktober.
Pada Khamis malam, Seri Paduka berdua berangkat ke Majlis Santapan Malam bersama diaspora Malaysia di Hotel Shangri-La dan meluangkan masa lebih dua jam serta bergambar dengan rakyat Malaysia yang hadir di majlis itu.
Lawatan Seri Paduka berdua ke Singapura mencerminkan hubungan dua hala yang rapat dan istimewa di antara kedua-dua negara bermula sejak 57 tahun lalu.
Sumber: Bernama
Kredit Foto: Istana Negara
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bertuahnya dua anak kesayangan Datin Aida Yusof dan Dato’ Adi Putra! Hanya beza usia sebulan, kedua-dua puteri tersayang iaitu Az Zahra dan Zara Adelia diraikan penuh meriah oleh pasangan selebriti tersebut sempena ulang tahun kelahiran mereka yang ke-10.
Lebih bermakna, meskipun mereka berdua merupakan anak angkat kepada pasangan romantis berkenaan namun Datin Aida mahupun Dato’ Adi Putra tidak pernah membeza-bezakan Zahra dan Adelia.
Berkongsi momen indah sambutan ulang tahun kelahiran tersebut, Datin Aida yang juga Pengarah Urusan syarikat pembinaan Mahligai Perkasa Sdn Bhd menitip ucapan terbaik buat kedua-dua puteri kesayangan.
Koleksi foto Majalah NonaCredit Instagram @adpaidaputraCredit Instagram @adpaidaputra
“Selamat Hari Lahir anakku Az Zahra 22.09.2022 dan Zara Adelia 18.10.2022 (10 tahun). Walid dan ibu mendoakan kamu berdua.
Semoga Allah SWT melindungi setiap langkahmu, diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat, menjadi insan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.”
Dalam temu bual bersama Nona tidak lama dulu, Datin Aida mendedahkan dia pernah menjalani prosedur IVF sebanyak empat kali namun masih belum diizinkan untuk timang cahaya mata sendiri. Dia bagaimana pun reda dengan takdir berkenaan.
“Saya percaya kalau ditakdirkan tak ada anak, saya tahu itu bukan hak saya. Kena percaya Qada dan Qadar. Allah kata je ‘Kun fa ya kun’ maka waktu itu ada rezeki kita. Mungkin kita tak diberi kelebihan ‘di situ’, tapi Dia beri kita rezeki lain.
Alhamdulillah, saya jenis yang reda. Saya tak mahu meletakkan syarat yang saya perlu ada anak. Kalau rezeki anak tak berpihak dengan saya, saya dah pun ada dua orang anak angkat iaitu Az Zahra dan Zara Adelia.
Waktu mereka kecil lagi saya dah susukan kedua-duanya. Zahra dan Adelia masing-masing berusia 7 tahun cuma beza sebulan je.
Zahra yang sulung, normal seperti kanak-kanak lain cuma Adelia ni sebenarnya anak OKU. Dia anak istimewa, kami dapat tahu keistimewaan Adelia masa masih bayi apabila dia tak tunjukkan sebarang reaksi terkejut dan seumpamanya,” luah Datin Aida yang merupakan anak sulung daripada 11 adik-beradik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan penghibur ‘evergreen’, Tina Turner dilaporkan meninggal dunia pada usia 83 tahun. Turner yang menderita sakit berpanjangan meninggal dunia pada Selasa di rumahnya di Küsnacht dekat Zurich, Switzerland.
Turner yang popular dengan lagu hit ‘What’s Love Got To Do With It’ dan ‘The Best’ telah menjadi warganegara Switzerland sejak sedekad lalu.Turner dilahirkan sebagai Anna Mae Bullock di Tennessee, Amerika Syarikat (AS) dan menghabiskan tahun-tahun terakhirnya di ladang seluas 260,000 kaki persegi di Tasik Zurich.
Foto: Wikipedia
Turner mencapai status kegemilangan pada usia 40-an apabila kekal dalam undian konsert teratas ketika itu.
Semasa hayatnya, Turner berjaya menjual 150 juta album di seluruh dunia, memenangi 12 anugerah Grammy dan telah diberi penghormatan di Kennedy Centre pada tahun 2005.
Penyanyi itu pernah mencetuskan kontroversi dengan mendedahkan kisah rumah tangganya dengan bekas suami Ike Turner akibat penderaan fizikal dan mental sehingga mengakibatkan muflis.
Turner bagaimanapun berjaya bangkit semula dan mencapai kejayaan walaupun sudah meningkat usia. Turner menderita penyakit seperti bronkitis, radang paru-paru dan pneumothorax.
Foto: GETTY
Dalam pada itu, White House berkabung atas kehilangan penyanyi superstar Tina Turner.
Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre berkata pemergian besar kepada komuniti yang menyayanginya dan kepada industri muzik.
Jean-Pierre yang mengaku dirinya sebagai salah seorang peminat Turner berkata bahawa lagu-lagu Turner akan terus hidup dan dikenang peminatnya.
Sumber: Astro Awani
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terharu melihat usaha kerajaan Jepun terhadap kebajikan umat Islam ketika melancong di sana. Meskipun ia bukanlah negara Islam namun inisiatif sedemikian membuktikan penghargaan dan penghormatan mereka kepada seluruh penganut Islam seluruh dunia sepanjang berada di bumi bertuah tersebut. MasyaAllah, besarnya nilai Islam di mata masyarakat Jepun!
Tak dinafikan, rata-rata pelancong beragama Islam yang pernah bertandang ke negara matahari terbit ini selesa dengan persekitaran di sana. Mana tidaknya, budaya dan amalan yang diterapkan masyarakat Jepun cukup dekat dengan Islam terutamanya apabila melibatkan soal kebersihan. Dari orang dewasa sampai kanak-kanak, semuanya sangat disiplin dan menghormati di antara satu sama lain.
Bakal menjadi tuan rumah bagi temasya sukan terbesar, Olimpik Tokyo 2020… pelbagai persiapan telah dilakukan dan salah satunya ialah kewujudan masjid bergerak ini. Difahamkan ciptaan trak yang diubahsuai menjadi masjid bergerak tersebut sudah diumumkan sejak tahun lalu lagi. Semuanya gara-gara rasa prihatin dengan masalah umat Islam mendirikan solat.
Dalam usaha untuk menyediakan lebih banyak ruang solat menjelang Olimpik Tokyo tidak lama lagi, trak masjid bergerak ini turut dilengkapi dengan pintu masuk dan tangga menuju ke ruang solat selain mempunyai kemudahan paip untuk berwuduk serta mampu menampung sehingga 50 jemaah.
Buat masa ini, belum ada lagi laporan berhubung berapa banyak masjid bergerak disediakan dan ditempatkan di tempat-tempat tertentu… bagaimana pun kini masjid bergerak berkenaan diletakkan di Stadium Toyota di Toyota City, Nagoya.
Jujurnya, rasa bangga dengan usaha Jepun ini! Moga Islam terus harum dan dihormati bukan saja di Jepun tapi juga di serata dunia.
Sumber: Have Halal Will Travel
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, tahniah buat Afifah Nasir dan Syed Hariz atas kelahiran cahaya mata sulung mereka baru-baru ini. Sejak hari pertama disahkan hamil, pasangan ini cukup teruja menjadi ibu bapa dan amat menanti-nantikan kelahiran permata hati kesayangan ...