Tempat Kerja Impian, 5 Sebab Ini Pasti Buat Kita Bermimpi Dapat Berkhidmat Dengan GOOGLE

Siapa tak kenal Mr. Google? Encik serba tahu, doktor anak-anak dan ustaz Internet yang selalu dirujuk dalam kehidupan kita setiap hari. Taip saja keywords dan keluarlah result yang dicari-cari.

Google tidak sekadar berdiri sebagai enjin carian paling terkenal di dunia tapi juga sebuah syarikat dengan kemudahan terbaik untuk kakitangannya.

Disebabkan dunia Internet bergerak terlalu pantas, maka Google harus menjadi orang paling hadapan menerajuinya. Ini bermakna, barisan kakitangan Google juga harus lebih cekap, kreatif dan berfikir di luar kotak.

Itulah yang mendorong Google membangunkan pelbagai kemudahan terbaik, yang tidak akan ditemukan di mana-mana tempat kerja pun. Work and play comes alive! Bayangkan interior yang funky dan perabotnya yang direka bak taman permainan.

Pelaburan besar terhadap kemudahan ini membuatkan semua kakitangannya sentiasa terinspirasi, produktif, bekerja dalam suasana sihat dan gembira serta bersedia memberikan yang terbaik untuk syarikat.

Kalau anda belum pernah bermimpi bekerja di Google, cuba lihat ini dulu…

(a) Ruang riadah atau gimnasium supaya kakitangannya boleh bersenam sewaktu rehat atau selepas waktu kerja. Terdapat juga ruang mandi dan bersiap untuk kemudahan mereka kembali bekerja dalam keadaan segar.

(b) Terdapat ruang santai yang cozy dan berwarna-warni. Sambil beristirahat, mereka juga boleh berdiskusi atau membincangkan idea baru dengan selesa.

(c) Terdapat bar minuman dan kafetaria dengan pelbagai makanan lazat serta menyihatkan secara PERCUMA untuk semua kakitangan. Ia merangkumi sarapan, makan tengah hari dan makan malam bagi yang pulang larut malam.

(d) Banyak permainan disediakan seperti biliard, table football, ping pong dan sebagainya untuk menghilangkan tekanan sambil bersosial secara sihat. Kalau mengantuk? Ada juga hammock untuk tidur!

(e) Anda tidak perlu membawa kereta atau menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja. Bas Google yang dilengkapi Wifi ini akan datang menjemput anda di rumah, juga secara PERCUMA.

Selain itu, Google juga menawarkan cuti bersalin hingga 18 minggu untuk kakitangan wanita dan cuti bergaji 6 minggu untuk kakitangan lelaki yang menyambut cahaya mata baru. Dapat bonus ‘baby bonding bucks’ pula tu! Menarikkan? Norzalina Mohd Alias

IKLAN
Share