Lama tak dengar khabar Dayang Zaira Erema Awang Moshdad atau lebih dikenali sebagai Erema. Mengikuti perkembangannya sejak bergelar anak seni, Dayang Erema mula mewarnai industri hiburan sekitar tahun 2006. Bahkan lagu dendangannya ‘Pelita Di Bawah Purnama’ masih segar di ingatan peminat seni sampai ke hari ini.
Antara rakan seperjuangan Dayang Erema dalam industri hampir dua dekad lalu termasuklah Allahyarham Siti Sarah dan Misha Omar.
Nama selebriti kelahiran Sarawak ini kembali menjadi bualan apabila foto baharunya di samping anak gadis yang lengkap berjubah konvokesyen tular di media sosial.
Bukan hanya tertarik dengan imej muslimah figura ini. Malah kejayaan anak perempuan iaitu Nur Irsya Amyra Jamaludin melanjutkan pengajian di menara gading turut meraih pujian.
Difahamkan gadis berusia 22 tahun ini ialah graduan Diploma Bangunan (Fakulti Seni Bina) di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Ads
Bangga dan syukur dengan kejayaan itu, Dayang Erema menitipkan ucapan istimewa buat puteri kesayangan.
“Tahniah anakku. Walaupun dulu mama ingin di tempatmu tetapi Allah berkehendak yang lain. Namun dapat juga membesarkanmu, memberi pendidikan sehingga tahap ini.
Kebanggaan ini bukan untuk mama tapi dirimu sendiri menentukan masa depanmu sendiri. Sebagai wanita yang melahirkanmu, sudah pasti bangga kami memilih pelajaran yang pertama.
Tahniah, walaupun diploma dah habis. Tinggal setahun lagi untuk degree. Semoga maju ke hadapan.”
Ads
Nur Irsya Amyra merupakan anak Dayang Erema dengan bekas penulis lirik dan komposer, Allahyarham Seri Bayu atau nama penuhnya Jamaludin Sulik. Mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 namun Allahyarham Seri Bayu meninggal dunia pada tahun 2011.
Kehidupan Dayang Erema
Meskipun tidak lagi aktif menyanyi dan hadir ke majlis hiburan tanah air namun bakat dan pesona Dayang Erema masih lagi bersinar. Apatah lagi dia kini tampil dengan gaya sopan dan menutup aurat. Tenang dan sejuk mata memandang penampilan selebriti ini!
Memandangkan karier nyanyian bukan lagi fokus utama, Dayang Erema dilaporkan aktif dengan perusahaan Dayang’s Abaya.
Ads
Menerusi salah satu postingnya di Instagram, Dayang Erema mendedahkan tidak pernah terlintas dia menceburi bisnes abaya namun seronok dengan sambutan yang diterima.
“Alhamdulillah, kadang-kadang Allah dah tulis rezeki kita kat mana. Walaupun sebenarnya tak terfikir dan terlintas untuk berbuat sesuatu di luar fikiran kita.
Rasa seronok pula berniaga abaya Dubai (preloved) secara live. Dalam masa yang sama, boleh mengajak orang lain untuk menutup aurat dengan sempurna dengan abaya yang flowy, cantik dan material yang sejuk.”
Khabarnya, Dayang Erema kini menetap di Kuching. Semoga kehidupan Dayang Erema di samping keluarga sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Inilah yang dikatakan beauty with brains! Kisah kejayaan anak Dato’ A. Aida yang berjaya menggenggam ijazah di sebuah universiti luar negara baru-baru ini meraih perhatian ramai. Bukan hanya kagum dengan pencapaian yang diraih. Malah wajah cantik yang dimiliki turut mendapat pujian.
Dalam perkongsian terbaharu di media sosial, penerbit jelita berkenaan sanggup ‘terbang’ ke Australia demi meraikan majlis graduasi anak gadis kesayangan, Wan Azevanatassha.
Anak Dato’ A. Aida Genggam Ijazah Perakaunan
Difahamkan Wan Azevanatassha atau mesra disapa Azeva merupakan graduan di Victoria University, Melbourne di Australia dalam bidang perakaunan.
Dedah figura popular ini, “Anakanda Azevanatassha, tahniah akauntan. Lepas ni boleh masuk office dan jaga duit. Alhamdulillah. Penat-lelah membesarkan anak hingga berjaya ke menara gading dan menggenggam segulung ijazah. Thank you Allah.
Azevanatassha dah berjaya menjadi akauntan. Sekarang tinggal anak lelaki seorang je lagi Rahul yang akan meneruskan pengajian dan semoga berjaya menjadi lawyer.”
Ketika majlis graduasi tersebut, Azevanatassha menerima skrol Bachelor of Business (Accounting). Pada majlis itu, puteri kesayangan Dato’ A. Aida kelihatan anggun dan sopan dalam persalinan rona navy blue.
Wan Azevanatassha merupakan anak kedua Dato’ A. Aida hasil perkahwinan bersama penyanyi Ameng Spring. Selain Azevanatassha, dia turut mempunyai seorang kakak iaitu Wan Az Aleesa.
Dato’ A. Aida Penerbit & Usahawan Inspirasi
Wanita berjiwa cekal ini juga dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rahul berusia 16 tahun hasil perkahwinan keduanya dengan seorang pegawai polis.
Ibu penyayang ini sememangnya lambang wanita berjaya yang menjadi inspirasi ramai hari ini. Mana tidaknya, meskipun berstatus ibu tunggal namun ia tidak pernah menjadi halangan buat penerbit tersebut untuk mengejar impian.
Meniti usia 54 tahun, gaya hidup Dato’ A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang menjadi perhatian terutamanya dalam kalangan golongan wanita.
Ini kerana selain mengusahakan syarikat produksi, A Aida Production, dia juga pemilik rumah percutian eksklusif Tuah D’Manggis di Janda Baik, Pahang.
Moga Dato’ A. Aida terus sukses dalam lapangan yang diceburi dan kejayaannya dalam bidang perniagaan serta kehidupan menjadi inspirasi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang kita tahu, rata-rata wanita Indonesia sinonim dengan penjagaan kecantikan semula jadi. Antaranya amalan pemakanan jamu untuk penjagaan luaran serta dalaman.
Yuni Shara bersama adiknya,Krisdayanti yang sama cantik. Macam kembar!
Yuni Shara serta adiknya yang merupakan diva pop Indonesia, Krisdayanti memiliki raut wajah yang cantik dan seakan-akan sama. Tak sekadar cantik, kedua-duanya tak kalah dalam berfesyen!
Apa yang menariknya tentang pelantun lagu ’50 Tahun Lagi’ ini, ialah biarpun usianya baru menginjak 50 tahun pada Jun lalu tetapi Yuni Shara sering tampil elegan dan gemar berkongsi OOTD di Instagram. Bukan saja penampilan, Yuni Shara juga amat menitikberatkan soal kecantikan.
Menurut ibu anak dua ini, semua wanita dilahirkan cantik dan memiliki kecantikan tersendiri.
Yuni Shara bersama dua anak lelakinya.
Bagi Yuni Shara, faktor kerjaya turut mempengaruhi agar sentiasa menjaga penampilan diri. Salah satu gaya Yuni Shara yang sering menjadi perhatian ialah gaya kasualnya yang ringkas tapi stylish. Contohnya, padanan celana ripped jeans yang menyerlahkan ‘sisi muda’ Yuni Shara.
PETUA DAUN LIDAH BUAYA
Salah satu rahsia awet muda Yuni Shara ialah menjadikan daun lidah buaya sebagai masker. Seperti kita tahu lendir daun lidah buaya mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kulit wajah. Salah satu kebaikannya membantu melambatkan proses penuaan.
Menurutnya, masker daun lidah buaya dapat mencegah kedutan termasuk jerawat jika diamalkan secara konsisten. Selain digunakan sebagai masker, Yuni Shara turut memakan isinya pada setiap pagi yang dicampur bersama madu.
RAJIN BERSENAM
Satu lagi rahsia wanita jelita ini ialah tak pernah meninggalkan rutin senamannya setiap hari antaranya yoga dan pilates. Namun sejak pernah mengalami kecederaan, Yuni Shara kini hanya melakukan senaman ringan seperti push up, sit up dan plank.
Yuni Shara turut berpesan kepada wanita-wanita di luar sana agar mengubah mindset tentang senaman.
“Ubah mindset, senaman bukan semata-mata untuk kurus atau awet muda tetapi untuk sihat,” kongsi Yuni Shara atau nama sebenarnya Wahyu Setyaning Budi.
BERFIKIRAN POSITIF
Bagi Yuni Shara, untuk nampak awet muda bukan hanya bergantung kepada amalan petua saja. Berfikiran positif dan saling memberi motivasi juga salah satu rahsianya. Hal yang kecil tetapi besar manfaat dan ganjarannya bukan saja buat followers bahkan dirinya sendiri.
Justeru, Yuni Shara sering berkongsi content yang positif termasuk kata-kata motivasi di Instagramnya.
Kredit Foto: Instagram @yunishara36
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemunculan kumpulan penyanyi wanita paling lama di Malaysia dan popular sekitar 90an, Elite pada Konsert GenKRU baru-baru ini kembali mencetuskan fenomena.
Ternyata, aura ‘legend’ masih berbisa biarpun masing-masing sudah berstatus isteri dan ibu serta memiliki kehidupan peribadi tersendiri.
Kumpulan di bawah naungan syarikat rakaman, KRU Records ini dianggotai oleh Abby Abadi, Linda Rafar, Azza, Sasha Saidin dan Watie Sadali.
Antara lagu-lagu popular nyanyian kumpulan Elite yang masih menjadi siulan hingga kini ialah Trauma, Di Pintu Syurga dan Tamparan Wanita.
September ini, kumpulan yang ditubuhkan pada 1995 ini bakal mencipta satu lagi sejarah dalam industri sen tanah air apabila bakal mengadakan Konsert Elite Live ’25 di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre.
Lebih istimewa, Konsert Elite Live’25 itu juga bersempena ulang tahun kumpulan Elite ke-30 yang bakal menggabungkan kembali Abby Abadi, Azza, Sasha Saidin, Linda Rafar dan Watie Sadali sebagai ahli kumpulan asal.
Tarikan persembahan Elite di Konsert GenKRU mencetuskan inspirasi buat mereka untuk mengadakan konsert. Ia juga sebagai ‘buah tangan’ istimewa buat para peminat.
NONA kongsikan gaya ranggi Abby Abadi, Linda Rafar, Azza dan Sasha Saidin pada usia 40-an.
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.